Assalamualaikum..
Semalam hubby tiba-tiba dapat on call. So terpaksa la dia meninggalkan isterinya ini untuk beberapa jam. Daripada keboringan seorang diri kat rumah mengahadap astro tanpa anak-anak, so lebih baik saya buat sesuatu kan..?
Saya try call seorang kawan yang agak rapat. Ana(bukan nama sebenar). Dia sekarang bertugas di sebuah Jabatan . Lama dah saya tak jumpa Ana(bukan nama sebenar) nie. Agaknya hampir setahun sejak saya bertukar ke penang. Ana (bukan nama sebenar) bagitau dia ada di tempat kerjanya kerana bertugas sebagai urusetia Kaunseling Keluarga anjuran Jabatan tersebut. Dia suruh saya datang jugak ke sana untuk jumpa dia. Mula-mula rasa macam tak nak lah pegi sana mengganggu kerja orang. Tapi dia beriya nak jumpa..Saya pun memang teringin sangat nak jumpa dia.
Lepas hantar hubby ke tempat kerja...(saja je nak suruh orang hantar ek..nak manja la tu..hehe) Saya terus ke tempat kerja dia..Rindu terubat dapat jumpa dia. Banyak perubahan bila tengok dia. Walaupun baru sangat divorce dengan suaminya, tapi Ana (bukan nama sebenar) nampak tabah sangat. Tak sangka dalam usia yang masih muda dia akan melalui kehidupan sebagai ibu tunggal beranak dua. Dia yang sebelum nie kurus macam saya..dah nampak berisi sedikit. Wajah yang dulu suram..bertambah manis dan ceria.Agaknya hidup dia lebih tenang sekarang. Alhamdulillah..
Sebenarnya bukan nak cerita pasal Ana (bukan nama sebenar).. Cuma ketika menunggu program kursus kahwin tersebut tamat, saya sempatla dengar penceramah kaunseling keluarga tu menyampaikan ceramah. Tajuknya kalau tak silap suami malas..(suami-suami jangan terasa ye)..
Antara intipati ceramahnya tu ialah sikap malas suami ini bukan hanya untuk diceritakan apatah lagi ditangisi oleh para isteri. Sikap malas suami perlu ditangani. Saya akui memang payah nak ubah sikap suami apatah lagi oleh seorang isteri. Menyuruh suami berubah sikap memang akan dikatakan isteri bersikap kurang ajar. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati. Kenapa perubahan sikap ini perlu? Kerana dengan perubahan sikap anda sahajalah, anda mampu mengubah sikap suami anda, insyaAllah.
Setelah anda mengubah sikap anda, ubahlah pula cara anda berhadapan dengan suami yang malas. Perlu diingat, suami boleh menjadi malas kerana sikap isteri sendiri. Ada isteri yang terlalu memberi muka kepada suami. Suami nak kerja lebih masa tak diizinkan dengan alasan risau suami beralih kasih. Bimbang dimadukan, ada isteri yang sanggup melakukan dua hingga tiga kerja untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga. Memanglah satu hasrat dan kerja murni tetapi secara tidak langsung, sikap isteri ini menyebabkan suami akan rasa isterinya mampu memegang tanggungjawab mencari nafkah keluarga lebih baik daripada dirinya. Kalau dah begitu keadaannya, tak perlu lagilah suami bekerja. Bagi mengelakkan sikap begini berleluasa, isteri perlu lebih tegas dan berhati-hati ketika membuat keputusan. Sebagai suami yang pastinya seorang lelaki dan terkenal dengan segala kekuatannya, biarlah suami yang bekerja lebih teruk dan kuat daripada anda. Jangan kusutkan fikiran dengan kebimbangan kasih suami beralih arah. Percayalah, jika suami anda merasa betapa perit dan sakitnya menanggung seorang isteri, dia akan berfikir seribu kali untuk mempunyai isteri lagi.
Satu lagi sikap isteri yang perlu diubah bagi mengubah sikap suami ialah, jangan berikan duit belanja kepada suami walaupun suami memaksa. Perlu diingat, hasil pendapatan anda adalah hak anda sepenuhnya. Walaupun suami mengizinkan anda bekerja, ianya bukan tiket atau alasan untuk suami anda memeras duit anda. Jika suami mengambil atau menggunakan wang hasil titik peluh anda, ianya adalah hutang yang perlu dibayar oleh suami walaupun isteri tidak menuntutnya, lainlah kalau isteri anda menghalalkannya dan perlu diingat juga, halal daripada pihak isteri adalah halal dengan rela dan sepenuh hati bukan terpaksa. Saya faham, ada kes isteri terpaksa memberikan wang kepada suami kerana suami menggunakan kekerasan. Kalau isteri tak nak berikan duit, isteri akan ditempeleng dan disepak terajang. Jika kes penderaan seperti ini berlaku, jangan fikir panjang lagi, cepat-cepat adukan kepada pihak yang berkuasa. Tidak ada celanya jika isteri berbuat demikian. Kenapa nak simpati pada insan yang langsung tak berperikemanusiaan kepada anda?
Satu perkara lagi yang boleh dilakukan oleh isteri ialah, kenalpasti punca dan sebab suami enggan bekerja kerana tidak semua kes suami tidak bekerja disebabkan malas. Jika suami tidak sesuai dengan kerja yang ada, berikan dorongan dan semangat kepada suami untuk mencari kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwanya. Namun, sebelum menyarankan perkara ini kepada suami, kenalpasti dulu apakah kerja yang suami anda suka dan tidak bosan melakukannya. Perkara suka dan gemar ini juga perlu ditangani dengan berhati-hati. Jika yang disukai suami adalah pekerjaan yang tidak menambah pendapatan keluarga, jangan biarkan suami dengan keseronokan sendiri. Ingatkan suami dengan tanggungjawabnya sebagai suami, mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Peringatan secara halus dan berhikmah.
Jika agak payah, biarkan suami dengan keseronokkannya sementara tetapi anda perlu berubah sikap. Jika selama ini anda menyediakan hidangan di rumah untuk anda, anak-anak dan suami, ubahlah pula pendekatan anda. Jangan beli barang-barang dapur. Biarkan dapur anda kosong tak berasap. Ajaklah anak-anak makan di luar. Jika suami bising tiada makanan, cakap saja makanan tak dapat disediakan kerana suami tak berikan wang belanja. Memang seperti menyerah diri untuk disakiti tetapi jika anda rasakan keselamatan anda tergugat, seperti yang saya tegaskan sejak awal, anda mampu cari jalan keluar.
Ingatlah wahai wanita, betapa besar dan tingginya kasih sayang anda kepada suami, jangan sampai anda menjadi hamba suami. Anda sepatutnya disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini, anda juga sepatutnya dilindungi… jika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah….
Terdiam saya mendengar ceramah tersebut..Cuma kita bolehla ambil ikhtibar ye.. Yang baik dijadikan tauladan..yang buruk dijadikan sempadan..
P/S..Bersyukur seadanya dengan suami yang kita ada..Tak semua orang beruntung mempunyai suami yang baik..yang rajin..Yang tahu erti tanggungjawab..Ni sekadar renungan dan panduan untuk mereka yang buntu di luar sana..
salam Lynn.
ReplyDeleteye lah mcm2 kisah ttg rumahtangga ni.
apa yg kita ada,kita redha ajelah.
suami mls ni,ni dah separuh dah penghuni bumi ni..
assalam lyn..alhamdulillah..dah hampir 30 tahun berumahtangga..suami acik rajin menolong..sebabb kita sama2 bekerja mencukupkan keperluan keluarga.
ReplyDeletejadikan iktibar dlm mnjalani khidupn berumah tangga.. pndek kata.. suamisteri msti saling mbantu n saling melengkapi... sbb setiap org psti ada kekurangan n klebihan..
ReplyDeletecik ina setuju sangat, setakat berdua tak pe lagi esok kalau dah ada anak, cam mana ? tugas cari nafkah ni suami, isteri bantu yang mana perlu. bersyukur ngan apa kita ada, banyak lagi yang kat luar sana tak bernasib baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur dengan apa yg ada sekarang...
ReplyDeleteAs salam Lynn,
ReplyDeleteSeronok baca entry ni, Ilmu yg berguna ni... Alhamdullillah, Marya dijodohkan dgn suami yg berttgjwb... Tp tulah kdg-kala ada juga benda yg berbeza pndpt... asam garam rumahtanggakan...hikhikhik... ;) Thanks... Dah ok ke masalah 'Error' tu?
ada yang elok ada yang tak elok sikap seseorang suami
ReplyDeleteterima seadanya...
ReplyDelete