5 Apr 2012

Percaya @ tidak?

Assalamualaikum..

Balik dari kerja petang semalam saya singgah dulu kat Klinik Bersatu di area rumah mak tu. Hajat hati cuma nak ambil ubat untuk Zahin. Zahin ada masalah allergic yang saya dan doktor sendiri tak pasti allergic tentang apa sebenar-benarnya. Antara simptom-simptomnya ialah..Mata Zahin selalu gatal..berair..dan bila digosok berulang kali mata dia akan membengkak dan bertahi. Kalau dia tidur, boleh nampak dan bau air yang keluar dari mata dia seakan air bisa..(Entry nie mengingatkan saya tentang Iman..Anak Marya Yusof)

Seingat saya Zahin memang seorang anak yang sihat masa saya lahirkan dia dulu. Dengan berat dia 3.15 kg..Orang tak sangka saya boleh bersalin normal memandangkan saya mabuk teruk dan keadaan fizikal perut yang kecil selain pengsan beberapa jam sebelum melahirkan dia. Tapi saya bersyukur dapat lahirkan dia secara normal walaupun saya tumpah darah yang banyak. dua pain darah ditambah dan bergelen-gelen air dimasukkan. Saya tak pernah sangka juga saya akan demam teruk semasa dalam pantang sehingga tak sedar sehari semalam.(Hmm malas nak cerita..cerita tu dah lama)

Ok balik cerita pasal allergic Zahin tu..Masa tu Zahin berumur 5tahun. Dia pun baru saja start masuk Tadika. Baru seminggu masuk Tadika, saya dan hubby perasan mata putih  Zahin dah tak kelihatan putih kebiruan..sebaliknya bertukar menjadi putih kekuningan. Kami rujuk pada klinik dan klinik suggest untuk pemeriksaan sampel darah. Masa tu doktor bagi hint seolah Zahin ada masalah pada hati..dan mungkin juga ada masalah Hepatitis B. Tapi dia suruh check dengan pakar dulu.

Bila rujuk kat DEMC, Shah Alam..Darah Zahin diambil sebanyak dua kali. Tapi bila dapat keputusan Alhamdulillah..Zahin tak ada masalah langsung..samaada Hepatitis B atau masalah lain.

Puas jugak kami berubat ke merata tempat..Ke hospital kerajaan..ke hospital swasta...Hospital mata pun ada..Yang pasti bukan sedikit wang yang diperuntukkan. Masa tu saya dan hubby cuma ingat kalau boleh detect cepat, mungkin akan menyelamatkan nyawa Zahin..Saya dan airmata tak payah cakaplah..memang bestfriend masa tu.hihi..

Tambah membebankan masa tu saya hanya bekerja sebagai GSTT manalah saya ada sejumlah wang yang besar. Tambahan pula saya masih belajar masa tu...Tapi saya dan hubby berusaha sedaya upaya mengumpul duit dan kekuatan untuk Zahin. Bukan senang tau nak terima hakikat anak yang kita lahirkan sihat walafiat tiba-tiba dikatakan ada penyakit. Jenuh jugak saya bertahan..Tapi semangat hubby yang kuat yang buat saya lebih kuat seperti Catwoman..hahahahahha..Ada lah beberapa kali mata putih Zahin seakan tersembul keluar seakan membengkak seperti bebola jernih. Berkejar saya bawa dia ke klinik..Tapi sampai ke klinik..mata dia dah tak tersembul lagi dah. Yang nampak mata dia berair je dan berwarna kekuningan berbau air bisa. Pelik kan..?Kuasa Allah siapalah yang tahu..

Teringat masa Zahin Tadika tu..dia asyik ponteng sekolah je. Kejap pegi..kejap tak pegi..Ye lah..keadaan dia agak teruk jugak masa tu. Tapi zahin tak pernah merungut. Dia baik sangat. macam tu jugak cikgu dia.. baik sangat. Nama dia Cikgu Ilah..Zahin pun Alhamdulillah kategori budak yang cerdik kat sekolah Tadika tu.. Jadi tak ada masalah sangat kalau dia asyik ponteng sekolah. Masa tu dia dah pandai membaca dan mengira.

Sehinggalah suatu hari Pakar Kanak Kanak kat KPJ bagitahu Zahin ada masalah allergic. Tapi dia tak pasti puncanya apa..Mungkin makanan,minuman, persekitaran atau apa sahaja. Tapi yang nampak ketara Zahin tak boleh pakai shampoo, sabun, bedak,minyak rambut ikut suka hati..tak boleh kena asap..ubat nyamuk..air kolam..air laut..Tu yang kami nampak la,...Kalau terkena semua tu..mata dia akan keluarkan simptom-simptom yang saya sebut tadi.

Bila dah penat berubat secara moden..Seorang kawan di Sekolah yang sama dengan saya mencadangkan supaya berubat secara kampung dengan seorang ustaz di Sijangkang.Klang. Saya ingat lagi nama Ustaz tu. Nama dia Ustaz Mahin. Mula-mula pergi sana..kami memang tak tahu kat mana letaknya Sijangkang..Tapi hubby redah je dan akhirnya jumpa dengan rumah Ustaz Mahin tu..Bukan Maher Zain ok..hehe..

Masuk dalam rumah Ustaz..Ustaz tu dah pandang tepat ke arah Zahin. padahal saya dan hubby serta kebetulan mak abah saya pun ada belum membuka mulut pun lagi. Bila abah saya cerita tentang mata Zahin tu..Ustaz Mahin menganggukkan kepala. Dia panggil Zahin dan dia ambil limau purut dibelah dua. Dia ambil limau purut yang dibelah dua tadi tu..dia suruh Zahin pejam mata dan duduk tegak. Dalam posisi zahin didepan..dan Ustaz tu kat belakang, dia letakkan limau tu dikedua-dua belah mata dan menarik dari mata keluar ke arah belakang kepala serta ke leher.

Masa proses rawatan tu saya dengar Ustaz tu menyebut Allahuakbar..sambil badannya bergetar..
Rasa agak seram sebab bulu roma meremang..Tapi saya buat tak kisah sebab abah ada. Abahkan orang lama. Kalau apa-apa jadi..abah kena standby la..

Ustaz tu kata..Ada benda yang ada kat Zahin..Benda tu dah beranak..Mungkin Zahin ada terlanggar sesuatu. Benda tu jugak ada kat belakang leher Zahin tu yang effect kat mata tu..Saya ngan Hubby diam saja. Memang kitorang perasan ramai orang Jawa (Jiran saya) kata mungkin Zahin terlanggar sesuatu.

Masa balik..saya tanya abah.."Abah percaya ke apa Ustaz tu kata..?
". Abah kata "Percaya lah kot sebab bulu roma pun meremang tadi, pas tu badan Ustaz tu pun bergetar macam bertarung ja.."

Saya ngan hubby pun tak tahu nak komen apa..Tapi seingat saya..Zahin memang selalu cakap tentang "sesuatu" yang dia nampak masa dia kecil-kecil dulu. kadang-kadang dia nampak atas lampu..atas bumbung..kat luar kereta..Tapi bila dia meningkat besar..dia jarang bagitau "sesuatu" yang dia nampak tu..sebaliknya dia menjadi seorang yang penakut. nak pergi toilet takut..Nak masuk bilik sendiri pun takut..Sehingga lah sekarang..Kadang-kadang rasa geram sebab semua benda dia takut. Bila tanya dia "Kenapa abang takut sangat..?".. Dia akan jawab.."Ummi..abang selalu rasa ada benda ikut abang.."


Saya tak tahulah apaebenarnya yang berlaku. Tapi sebagai seorang Muslim kita kena berusaha sedaya-upaya menyembuhkan dia dengan apa cara sekali pun.Buat masa sekarang kami memang berjaga-jaga. Sejak saya kat Penang..Banyak perubahan pada mata dia berbanding masa kat S.Alam dulu..Nak kata baik dan sembuh seperti sediakala..tak juga..tapi kadang-kadang akan jadi la..

Lagi satu yang saya rasa macam ada kaitan ialah masa Najah dilahirkan..Dia selalu sangat menangis. menangis macam budak terkena sawan tangis. Penat sangat nak jaga Najah. Tak boleh tinggalkan dia sorang-sorang. Tapi bila dia berusia 3 tahun..Najah dah tak kuat menangis lagi..Lagi satu..Najah seorang yang sangat berani..Bila abang dia takut nak masuk ke tempat gelap..atau bilik tersorok..Najah akan temankan dia..

Saya pernah juga cakap kat hubby..Mungkin Zahin betul-betul boleh nampak sesuatu..Sebab tu masa kecil dulu Najah pun selalu menangis..Bila besar, Najah dah tak nampak lagi..sebab tu Najah jadi seorang yang berani..Tapi tak tahu lah sejauhmana kebenaran pendapat dan pemikiran kami ini..hehe

{Teringat masa saya tanya Zahin.."macammana keadaan "sesuatu" yang dia nampak tu..?" Dia kata "Mata merah..baju putih..rambut panjang..abang tak nak tengok lama-lama..Takut.."}


Zahin masa 3 tahun..( Mata dia tak ada masalah lagi)


Najah yang suka sangat melalak tanpa sebab sehingga umur dia 2 tahun baru tak melalak sangat..


Perasan tak mata Zahin membengkak..dan sebenarnya merah kekuningan..

P/S : Marya Yusof...Entah-entah Iman dan Zahin ada Six-sense tak..?


4 comments:

  1. assalm lynn..budak2 memang nampak..anak acik pun pernah nampak..seram acik dibuatnya..siap bagi tau acik.."mk budak ni kacau..aimi nak tidur"katanya..masa tu kul 1 tengahmalam.

    ReplyDelete
  2. Firdaus pun allergic tapi buka kat mata kat badan, tk boleh makan sebarangan.Lyn kalau boleh jangan bagi zahin makan seafood atau makanan yang gatal. Lynn bagi dia makan hovid tocovid , cik ina ada tulis dlm lyn pegi kat link yg cik ina bagi ni

    http://crazymoney71.blogspot.com/2009/05/masa-untuk-bersantai-selepas-balik-dari.html

    InsyaAllah okey. semoga arfan cepat sembuh ye. cakap pasal benda halus ni masa umur Firdaus cam najah pun kerap nampak. meremang bulu roma bila firdaus bagitau cik ina benda halus yg dia nampak tu.

    ReplyDelete
  3. eMM INA BETUL KE NI... MUDAHAN tak ada dah benda tu kat zahin

    ReplyDelete