6 Apr 2012

Takut nak pakai contact lense

Assalamualaikum..

Gambar Google

Petang semalam masa nak balik keje..Asni berlari ke arah saya sambil menangis. Terkejut saya sebab dia tak pernah menangis macam tu. Rupanya Asni bagitau mata dia rasa sakit..pedih..masa dia nak sembahyang asar. Bila dia nak remove lense..dia kata lense tu melekat kat anak mata hitam..Tak boleh nak keluarkan..

Asni cuba jugak keluarkan tapi tetap tak boleh. Bila asni suruh saya tengok..Memang lense tu masih kat anak mata dia..Mata putih Asni dah berdarah sebab mungkin terkena jari atau kuku masa Asni try keluarkan lense tu..

Cepat-cepat saya suruh dia masuk kereta..dan terus drive laju-laju untuk refer ke klinik. Tapi masa tengah drive tu pun saya dah panik tak tahu klinik mana nak bawa. Saya bukan biasa sangat Penang ni. So saya terus bawak dia ke klinik Sg Dua, Butterworth. Nama klinik tu Klinik Dr Wan Noor..

Sampai kat klinik Doktor pulak tak ada..10 minit menunggu baru doktor sampai..Bila doktor tengok mata Asni yang dah membengkak tu, doktor bagi ubat titis dan ubat tahan sakit..Tapi doktor suruh juga Asni pegi Hospital Mata. Doktor tu bagi lah dua klinik terbaik yang dia kenal.

Memandangkan Asni kata suami dia nak hantar dia pegi hospital, saya terus hantar Asni balik rumah dia dulu. Tengah malam tadi Asni bagitau doktor pakar tu cakap lense tu dah remove tapi mata dia terkena jangkitan kuman. So doktor bagi MC dulu dan Sabtu (esok) Asni kena refer sekali lagi untuk pastikan mata Asni ok.

Seram sangat..Takut bila tengok sendiri kejadian tu depan mata. Mata dia membengkak macam kena tumbuk. Yang paling seram bila mata dia dah berdarah. Harap-harap tak ada apa-apa. kesian dia. Asni kata dia dah lama pakai lense tak pernah jadi macam tu. Lense tu pulak belum lagi expired. Baru sangat tukar..


Takut sangat kan.. Tengok la gambar-gambar kat atas nie. Memangla mata Asni tak teruk macam kat atas nie..Tapi berhati-hatilah sebelum terjadi kat kita kan..

Gambar Asni selepas berjumpa Pakar malam tadi.

7 comments:

  1. Eh... ngeri juga.

    Semoga mata Asni kembali pulih. Lepas ni mungkin lebih baik gunakan cerminmata sahaja.

    ReplyDelete
  2. Sib baik tak rabun kalau rabun tingin gak nak pakai.. huk huk...

    eh jom jumpa nak balik kg nih... huk huk...

    ReplyDelete
  3. saya tk penah pake lense mmg tk minat lg la yg color2..kalo ditakdirka mata rabun nt saya nk pakai spek je..sbb pkai lense ni kena jaga rapi kan mata tu..:)

    ReplyDelete
  4. TUE YANG CIK ROSE TAKUT SANGAT2 TUE...KALAULAH CIK ROSE RABUN...CIK ROSE LEBIH SUKA PAKAI KACA MATA HUHUHU

    ReplyDelete
  5. tak penah pakai..tgk org pakai pun takut...rabun gak..tp sekarang dah ok...

    ReplyDelete
  6. pakai lense nih kebersihan tuh sgt penting...seelok-elok pakai monthly disposable...sebulan terus tukar yg baru...daily disposable lebih bagus...harap mato kwn tuh sembuh la secepat mungkin..amin..

    ReplyDelete
  7. pakai jugak lens,tp bile time jumpe geng2 antu jer...huuhuhu...lens merah...keh..keh..keh...
    ermm..penah kene kt adik ipar,duduk wad seminggu,psl lens trlekat kt dalam anak mata tu....

    ReplyDelete