Assalamualaikum...
{Maaf, entry tentang Kelantan nanti saya publishkan sebab saya tak sempat nak kumpulkan semua gambar-gambar kat sana.}
Semalam Alhamdulillah, Zahin dah mula membaca Al-Quran. Saya rasa lega..bangga..terharu sangat. Kalau nak ikutkan sepatutnya dah lama dia naik Al-Quran..tapi kekangan homework yang banyak buat dia penat dan selalu merungut tak nak pegi mengaji. Kadang-kadang geram jugak bila dia beri macam-macam alasan tapi bila tengok dia sampai tertidur kat meja study..siannya anak ummi..penat sangat..
Masa mula-mula daftarkan ke Kafa, hubby bersuara jugak risaukan Zahin yang mungkin akan penat dan tak biasa dengan rutin baru yang pack dengan aktiviti harian. Tapi saya kuatkan juga semangat. memang sedih bila tengok dia terkejar-kejar dengan kafa, then balik kadang-kadang tak sempat makan van dah datang untuk ke sekolah Kebangsaan pulak. Petang balik rumah terus siap pegi mengaji, malam mengadap pulak homework.
Semalam bila dia bagitau dia dah baca Al-Quran terus terpacul "bagus anak ummi dengan abah nie..bijak sangat.." dan dia tersenyum lebar..terus saya cium dahi dan kepala dia. Tak pelah..mungkin agak lewat berbanding anak orang lain, tapi syukur Alhamdulillah sekurangnya dia tak tercicir seperti budak lain yang mungkin tak berpeluang untuk menerokai ilmu.
Teringat masa kecil-kecil dulu. Saya mengaji dengan parents je. Kadang-kadang dengan mak..kadang-kadang dengan abah. paling takut kalau kena mengaji dengan abah. Awal-awal lagi airmata dah meluncur laju. takut...kalau salah baca..suara tak kuat..tajwid tak betul..abah tak buat apa pun. Cuma suara garaunya yang tinggi menggetarkan saya.
Zahin start mengaji Qiraati masa umur 4 tahun. Tapi tak bersungguh-sungguh. Mungkin sebab mengaji dengan saya yang penat dengan tugas sebagai guru dan student sekaligus membataskan masa. Kalau suruh mengaji dengan hubby lagilah dia mengelak. Entah apa yang dia takut pun tak tahulah. nak kata hubby tu segarang abah saya dulu..tak juga..
Najah pun dah nak habis Qiraati 2..Akan masuk Qiraati 3. Kalau boleh biarlah dia lebih cepat dari abangnya.Hehe..harapan biar tinggi..
Sesungguhnya dengan membaca Al-Quranlah hati kita menjadi lebih tenang. Walaupun merangkak-rangkak..tak tahu tajwid betul atau salah..tapi sekurangnya meluangkan membaca sedikit masa membaca Al-Quran sangatlah menenangkan hati.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.
Saya teringat juga, masa kat sekolah dulu seorang ustaz saya pernah berpesan jika lapang luangkan masa sekurangnya sehari sekali membaca sehelai atau satu mukasurat al-Quran. Tapi jika masih tak sempat juga, peganglah Al-Quran itu sekurangnya dengan cara tu kita masih mengingatinya. Wallahua'lam..
Sekurangnya bila saya dah tak ada nanti..anak-anak akan menghiasi kubur saya dengan alunan indah ayat suci Al-Quran. Amin..
Sekurangnya bila saya dah tak ada nanti..anak-anak akan menghiasi kubur saya dengan alunan indah ayat suci Al-Quran. Amin..
salam
ReplyDeletealhamdulillah,
lama-lama nanti biasalah tu..
Alhamdulilh... bgusnya zahin dah baca alquran.. mudahan cpt hbis... dina pun tgh pulun baca muqadam dgn mama dia... setakd la dok ajaq dia ok ja... mudahn cpt belajaq jgk... Yg dia mau baca ni sebb kat pasti dia ada kelas ikraq... blik rumh dia suh mama plk ajaq dia...
ReplyDeleteLynn... syukur kakak suka bila baca N3 Lynn ini. Betul didik anak kena dari kecik baru dia dapat menikmatinya serta jadikan amalan hidup so bila tak buat rasa bagaikan ada sesuatu yg kurang...
ReplyDeleteAs salam Lynn,
ReplyDeleteI'm so touched dgn pesanan utk anak2 tu... Insya'Allah anak2 Lynn pasti akan ingat & buat... :)
Before that, tahniah buat Zahin! Alhamdullillah... :)))
Kdg2 sedih bila tgk anak org yg berabuk ckp omputih but when it's come to mengaji Quran, xreti lsng! :(
Padahal itu adalah bekalan akhirat kelak... Marya risau Iman xpandai ngaji... skrg ni tgh ajar die sikit2... Marya & hubby pun xlah pandai sgt lg2 bab tajwid tu... Insya'Allah plan balik Msia nak rebrush..huhuu... Semoga tercapai niat yg satu ni... Amin Ya ALLAH...
Alhamdulillah...
ReplyDeleteTahniah buat Zahin...:)
betul baca Al Quran..jiwa rasa terisi, tak kosong..sebab itulah caranya kita dapat melepaskan rasa rindu kpd Allah dan Rasul...moga Allah memberkati muslimin dan muslimat ..aamiin..
ReplyDeleteseronok bila dengar story anak2 kecil dah pandai baca Al Quran... :)
Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteSemoga anak2 kita menjadi anak2 yang soleh yang boleh mendoakan kita di sana nanti. Amin.
salam lynn..semasa acik mula mengaji dulu..denran arwah bapak jugak..
ReplyDeletetapi bak kata lynn..belum apa2 air mata dah mengalir..lama2 dihantar kerumah orang..walaupun arwah bapak sendiri mengajar budak2 kampung mengaji.
Alhamdulillah...
ReplyDeletemia baru nak kenal aliff ba ta
alhamdulillah.. bgusnya.... mg mmbesar sbgai ank baik..
ReplyDeletetersentuh pulak hati baca entry ni..doa seorang ibu semoga dimakbulkan..mudah2an anak2 k.lin cepat khatam nanti..:)
ReplyDeleteyana dulu pun mengaji dengan makcik..memang malas la nak pergi mengaji..hehe..darjah 6 jugak baru khatam quran..ok la tu..hehe..
alhamdulillah. budak² skrg mmg byk aktiviti kan. sian dorang. cekgu lagilah. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah Zahin dah baca Al-Quran,suka dgr anak2 kwn yg dah pandai mengaji....
ReplyDelete