Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum...
"Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…" MUTIARA HATI
"Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…" MUTIARA HATI
Sepanjang perjalanan balik dari Shah Alam petang semalam ke Butterworth..Mata ni langsung tak boleh lelap.Sepanjang jalan saya tak henti-henti berfikir dan bersuara dalam hati.Jauh di sudut hati rasa penat dan lelah dengan perjalanan yang mengambil masa 6 jam tu. Kasihankan Zahin yang berpuasa dan terpaksa berbuka di atas bas. Sayu juga melihat Najah yang terlena kepenatan.
Saya berdoa sejenak..Sebab saya percaya doa orang yang berpuasa dan bermusafir insyaallah akan dimakbulkan..Semoga urusan pertukaran ini dipermudahkan. Entah kenapa rasa "down" yang wujud dalam diri seminggu yang lalu masih ada lagi. Saya tak menyalahkan takdir Allah. Kerana Dialah..sejujurnya doa saya dimakbulkan. Cuma saya berharap..saya diberi kekuatan untuk berdepan dengan semua ni.
Saya tak faham kenapa susahnya untuk memohon pertukaran ini..? Sejujurnya saya terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh staff di sana yang mengakui susah untuk menerima saya di sana sebab saya bukan anak negeri Selangor.Tapi jika ada kekosongan..apalah salahnya jika saya diberikan peluang..Saya nekad hantar surat pertukaran tu walaupun saya mungkin boleh agak jawapan yang akan saya terima kelak.
"ثَلاَثَةٌ لاَ تُرُدُّ دَعْوَتُهُمْ : اَلصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الْغَمَامِ، وَيَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ، وَيَقُوْلُ لَهَا الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ وَجَلاَلِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ".
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
Mungkin betul cakap hubby..usaha saya belum setinggi mana..Saya kena berusaha lebih gigih lagi..Kasihankan anak-anak yang membesar hampir dua tahun tanpa perhatian dari bapa. Betapa sulitnya menjadi seorang ibu yang berdikari tanpa bantuan suami. Tapi sekurangnya saya bersyukur..berjauhan begini lebih mematangkan diri saya sendiri dan mencambahkan kasih kami dalam rumahtangga ini..amin..alhamdulillah..
Salam Lynn..InsyAllah semua usaha lynn nanti akan beroleh jawapan yg terbaik buat lynn n family, InsyAllah...Btw, maafkan saya coz ada 1 komen lynn pada n3 sy sebelum ni sy baru bls tadi coz tak perasaan,,bulan lepas lagi lynn komen..sorry yea lynn..Anyway, semoga ramadhan ni membawa kesejahteraan for u n ur family..Aminn.
ReplyDeletesabar ye kak. Allah menyimpan cerita di sebalik apa yang Dia bagi kepada akak sekarang ini...
ReplyDeletekuatnya...... itulah kelebihan yg ada pada seorang wanita.... :-)
ReplyDeletesabar ye kak... ada hikmah semua tu.. InsyaAllah nanti pasti berjaya jugak...
ReplyDeletebyk byk kan doa ye dear. lebih lebih lagi di bulan ramadhan ni. Allah Maha Mendengar. mungkin mase ni, ni yg terbaik. :)
ReplyDelete