Assalamualaikum..
Apa khabar agaknya kawan-kawan semua ye? Harap-harap sihat selalu..
Alhamdulillah hari ke 12 Ramadhan..Zahin masih berpuasa penuh mengalahkan umminye sendri..hehehehe..Ade lah jugak sesekali terdengar keluh kesah..Tapi saya masih menggunakan cara pujukan sambil memberikan semangat..Tahun lepas Zahin hanya berpuasa 18 hari. Mungkin sebab ummi ni baik hati sangat..kesian..
Alhamdulillah..tahun nie dia tak banyak songeh. Najah puasa jugak, tapi puasa tak makan nasi..Roti..susu dan makanan lain dia makan je..
Malam semalam masa tengok drama apa ntah..Mak saya bersuara bila melihat satu adegan dalam drama tu..
Adegan menabur bunga di kubur..Sambil pelakon tu menangis hiba..
Mak kata...." Kalau mak mati nanti..janganlah sesapa pun tabur bunga kat kubur mak..Mak tak mau.."
Saya dan adik-beradik yang lain..seorang pun tak bersuara..Masing-masing diam..
Saya tak pasti hukum menabur bunga di kubur nie..Tapi saya juga tak pernah melakukan perbuatan tersebut..
Cuma rutin kami adik beradik kalau menziarahi kubur arwah Tok Mak,nenek..Tok Wan..cuma akan mencabut rumput dan membaca Yaasin atau sedeqahkan Fatihah serta berdoa. Tapi ada kakak saya tanam pokok bunga melur di kubur arwah Tok Mak saya.. Bila dia berbunga..bunganya akan jatuh di tepi kubur..wangi..
Saya google untuk mencari jawapan di sebaliknya..Tapi saya tetap menghormati amanat mak supaya tidak menaburkan bunga di kuburnya kelak..
Saya jumpa di sini
Soalan: APAKAH pandangan ustaz mengenai adab menziarahi pusara? Bagaimana dengan perbuatan menabur bunga dan daun pandan di pusara dan bagaimana dengan bacaan ayat suci yang sepatutnya? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu di mana pusara ibu atau bapa kerana kematian berlaku ketika anak masih kecil? Apakah memadai dengan sedekahkan ayat suci al-Quran?
MD RADYUWAN, Kuala Lumpur.
Jawapan: Imam al-Bukhari meriwayatkan, daripada Ibn Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW melalui dua kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang di azab dan tidaklah kedua-duanya di azab kerana dosa besar. Adapun yang ini di azab kerana tidak menjaga (kebersihan) daripada kencing manakala yang ini pula kerana suka mengadu domba.” Lalu Nabi SAW meminta pelepah dan mematahkannya (menjadi) dua bahagian. Kemudian Baginda memacakkan di atas (kubur) ini satu dan di atas (kubur) ini satu.
Kalangan sahabat Nabi bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab itu daripada kedua-duanya selama pelepah kurma itu belum kering.”
Hadis kedua pula riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa…lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”
Daripada kisah hadis itu, sebenarnya kalangan ulama berselisih pendapat atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.
Keberkatan ada pada Nabi SAW saja. Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi) berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian.
Pandangan ulama yang mengharuskan pula mengatakan perbuatan itu diharuskan kepada semua orang Islam. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.
Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.
Selain itu ketika menziarahi pusara, anda juga harus membaca al-Fatihah dan surah Yasin. Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca surah Yasin bagi masyarakat Muslimin (yang akan atau sudah) meninggal dunia. Wallahua’lam.

yana kalo g kubur arwah abah pun biasa kami bawak air jer nak siram..pastu bersihkan rumput2 tepi kubur tu la..then biasa jugak petik bunga melur kat kubur tu tabur atas kubur..sbb wangi jer..
ReplyDeleteAs salam Lynn,
ReplyDeleteApa khabar? Puasa tak? hehehe...
Marya pun kurang arif pasal tabur menabur bunga di pusara ni yg penting kita sama2 berdoa moga2 ruh yg telah tiada diringankan bebanannya di sana & tenang2 shj... :))
Selamat berpuasa!
akak, kalau tanam bunga atas pusara dibolehkan kan, setengah yg kata, tanaman tu berdoa kepada jasad dalam kubur...
ReplyDeleteoh...camtu ke...baru tahu.lepas baca ni...terima kasih :)
ReplyDeletepetik je bunga yg ada di laman rumah tue... :)
ReplyDeleteooo kira harus lah.. tp dah mak xnk so, xdalah nak ltk kan.. :-)
ReplyDeleteNice info...tq for sharing.Sis pun kalau ziarah kubur blm pernah lg tabur2 bunga.selalu baca surah Yasin dan AlFatihah.Klik Nuff utk Lynn.
ReplyDelete