Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Lama sangat dah tak menjenguk blog nie. Blog kawan-kawan pun saya tak sempat singgah. Penat dengan keje seharian. Penat memandu sejauh hmm..berapa kilometer ntah dari ofis ke rumah. Tak perasan pulak.hehe.. Stress sebab selalu sangat terperangkap dengan jammed dan kereta yang banyak sangat. Kalaulah ada LRT dari rumah saya terus ke depan pintu ofis nie, oh alangkah bahagianya..hahaha beranganlah wahai lynn..
2,3 minggu lepas saya berkesempatan melawat seorang kenalan yang kehilangan ayah sebab sakit tua. Masuk ke dalam rumah dia menimbulkan keinsafan sebab keadaan rumahnya yang biasa-biasa sahaja. Tak ada perabot mewah, tak ada aircond..Kipas angin pun cuma satu. Tapi peliknya rumah dia tak panas langsung. Walhal kalau nak diikutkan rumah dia beratapkan zink. Mula-mula saya tak berapa nak kisah sangat. Tapi bila seorang demi seorang tetamu yang datang berziarah tu memuji tentang arwah yang sangat baik dan selalu beramal ibadat buat saya terfikir sejenak. Mungkin Allah nak tunjukkan bahawa arwah seorang yang banyak membuat amal ibadat. Itu yang rumah dia sejuk je, tak panas langsung. Padahal keadaan kat luar rumah memang panas terik. Wajah arwah pun sangat tenang. Macam orang yang tidur. Subhanallah.
Seronokkan macam tu. Kita nie tak tahulah lagi kemanakah hala tuju. Syurga atau Neraka. Saya ada terbaca sebuah buku. Kalau kita fikir mati ialah jalan penyelesaian bagi semua masalah...kita silap sebab di alam kubur kita masih bermasalah. Yelah dalam kubur tu nanti keadaan sempit, dengan azab kubur lagi, mesti kita fikir bilalah kita akan dibangunkan semula untuk ke hari perhitungan. Hmm tak sanggup nak kenang-kenangkan semua tu. Kalau Syurga tempat kita barulah segala masalah hilang. kalau Neraka...? pun masalah juga...Nauzubillah...
Sama-sama kita renungkan...Teringin nak masuk Syurga, tapi layakkah saya?
Maha Suci Allah..mudah-mudahan arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Saya sentiasa berdoa moga-moga Allah panjangkan usia saya untuk merasai nikmak kehidupan ini..entry ni macam mengingatkan bahawa mati adalah pasti
ReplyDeleteWah beruntungnya....,al-fatihah buat arwah.
ReplyDeleteMemang takutkan klu fikir tu semua.
mmg menginsafkan....Al Fatihah utk arwah
ReplyDeleteemm rumah siapa ina? macam rumah arwah ayah tiri aku lah, memang tak berperabot mewah, sekadar kerusi malas sahaja. Tv memang diharamkan... walaupun begitu kami semua senang bersembang dengan dia...
ReplyDeleteperginya pun haritu memang senang dan tenang, seorang yang selalu berzikir walau dimana berada,sentiasa berbuat kebaikan... semoga syurga menantinya...
as salam
ReplyDeleteapa khabar, dah dapat transfer yea?
bagus entry ni..kita kena ingat juga alam di sana walopon belum tiba masa kita lagi kan..akak penah baca..kalau rasa di dunia ni dah perit..kat alam kubur lagi perit..bahkan ada yang ingin sekali nak kembali ke dunia..nauzubillah..moga perjalanan hidup kita dimudahkan di dunia dan akhirat..insya Allah.
INSYA ALLAH. layak.
ReplyDeletesuami itu pintu syurga seorang isteri.
:)
al fatihah...
ReplyDeletesesuai dijadikan renungan.. mg kita akan betmbah baik dr hari ke hari