11 Oct 2012

Mata kiri berkerdip[

Bismillahirahmanirrahim.



Hampir dua minggu mata kiri saya nie asyik berkerdip. Bila saya tengok kat cermin tak nampak pulak dia bergerak. kalau ikut cakap orang tua-tua kalau mata kiri berkerdip maksudnya nak nanges..Hmm kadang-kadang tak nak percaya, tapi risau jugakkan.

Saya pun sebenarnya tengah berdebar tunggu result pertukaran saya. Bila-bila masa je surat hitam putih tu akan sampai. Taktaulah..Tapi memang kadang-kadang rasa berdebar. Tambah-tambah pulak mata kiri nie asyik berkelip-kelip.

Kuasa Allah tak ada siapa yang tahu. Kalau ada rezeki saya..Alhamdulillah. Kalau tak ada..ish..nauzubillah..minta simpang berita buruk tu. Buat masa nie saya berserah segalanya pada Dia. Dia yang akan tentukan segala-galanya dalam hidup kita. Saya dah berusaha sedaya yang ada. Saya cuma hanya mampu berdoa dan berserah. Ramai kawan-kawan yang baik hati ada di sisi saya. Saya tahu doa mereka juga di samping saya.

Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada perasaan sedih dan berdukacita, Aku berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas, Aku berlindung kepadaMu daripada Bakhil dan Penakut, Dan aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan tekanan perasaan..

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pinti-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

4 comments:

  1. mata berkedip kadang2 sebab stress, letih..akak doakan semuanya berjalan lancar k :)

    ReplyDelete
  2. As salam Lynn,

    Marya doakan yg baik2 utk Lynn sekeluarga di sana... Jangan fikirkan yg bukan2 ye... Mata kelip2 byk sebab dear maybe sebab tak cukup tidur ke... mata letih sangat etc.

    Eh, macam doctor pulok doh..hehehe... Psssttt... ada reader blog Lynn PM Marya ttg entry meroyan dulu tu...huhuhuuu... tulah tu komen mcmlah pandai bebenor...mcmlah pakar...huhuhuu ;)

    ReplyDelete
  3. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete