12 Dec 2012

Ayat Seribu Dinar

Bismillahirrahmaanirrahim.

Assalamualaikum.

Pagi-pagi masuk ofis ni saya terus buka HRMIS, untuk siapkan SKT. Biasalah..bila dah ramai yang berlumba-lumba nak buka..dah tentu sistem pun slow. Sambil tunggu sambil saya BW.

Pagi-pagi buka Hot FM baru perasan tarikh hari ni 12/12/12..satu tarikh yang sangat unik. Tapi tak semestinya bila tarikh tu unik, kenangan yang akan dilalui pun akan unik jugak kan? Terpulang apa yang kita rancang untuk hari ni atau just lalui je hari ni dengan tenang dan normal. Macam saya..saya just lalui je. Cuma saya teringat, tarikh hari ni saya lapor diri di penang dua tahun yang lalu.Fuh..Satu tarikh yang mengandungi cerita pahit dan manis. Manis sebab bertukar ke tempat baru. Pahit sebab saya mengorak langkah berjauhan dengan hubby.NOKTAH.

Lepas subuh tadi selepas saya baca ayat seribu dinar, saya teringat nak share dengan kawan-kawan kelebihan ayat tersebut jika diamalkan.


Maksud ayat seribu dinar

Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendaki) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3)

Seingat saya, masa mula-mula saya amalkan membaca ayat seribu dinar ni 3x selepas selesai solat Fardhu ialah masa saya tingkatan 3. Ustaz pesan sangat-sangat supaya amalkan ayat ni sebab Insyaallah akan murah rezeki dan mendapat keberkatan dalam hidup. Amin.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.

Rujukan http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/

Jom kita sama-sama amalkan..Apa yang baik dari Allah..





3 comments:

  1. Salam Lynn,

    Terima kasih sudi berkongsi tentang ayat 1000 dinar.

    Dulu masa baru2 kawan datuk mertua kak ani selalu pesan suruh amalkan ayat ni.

    ReplyDelete
  2. mmg sgt bagus jadikan ayat seribu dinar ni 1 amalan... rasanya sya pun perlu kembali jadikan ia amalan setiap kali lps solat... terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. Kadang2 ayat pendek pun susah nak hafal.

    Thanks Lynn...kadang2 kita terlepas pandang benda2 yang simple tetapi memberi impak yang besar dalam hidup kita.

    ReplyDelete