27 Feb 2013

Romantika

Assalamualaikum.
 
 
Macam yang kawan-kawan tau..saya sekarang stay dengan mak abah. Alhamdulillah, bila duduk dengan mak abah ni banyak perkara yang saya sangat-sangat bersyukur. Maklumla bila dah jauh dengan hubby ni, mak abahlah yang banyak membantu terutama dalam penjagaan dan pengurusan anak-anak.
 
 
Ummi Zahin dan Najah ni umur je dah tua..tapi bila hubby takde...bukannya pandai sangat nak urus banyak benda. Jadi, tulang belakang yang menyokong kuat ialah mak dan abah..Ops..terlupa..kakak pun ada..Nasib baik kakak dan abang serta adik lelaki ada dekat-dekat jer.
 
 
Syukur mak abah masih kuat. Abah saya dah berumur 72 tahun nie. Mak pula 67 tahun. Abah saya pesara guru. Selepas bersara dia berkhidmat sebagai kaunselor keluarga pula. Baru 5 tahun lepas dia bersara terus. Mak pun sama. Bekas guru.
 
 
Bila dah jauh dengan hubby...Hidup saya kat rumah tu dah macam "ANAK" dan "UMMI" sahaja. "ISTERI" tinggalkan sekejap. Bila hubby takde..saya pun apalagi..dapatlah bermanja dengan mak abah. Lepas SPM dolu-dolu...saya terus sambung belajar. Dah habis belajar baru nak keje dah kahwin. Hmm pantas sungguh masa berlalu. Tapi alhamdulillah Allah beri peluang saya bersama mak abah dua tahun kebelakangan ni. Dapatlah saya makan air tangan mak puas-puas.
 
 
Saya perhatikan mak dan abah sangat istimewa. Bayangkan di usia emas, mereka berkongsi setiap detik gembira bersama. Banyak perkara yang mak abah selalu buat bersama. Kadang-kadang ada jugak abah mengusik dan mak merajuk. Hmm sweet je. Tapi paling best...Mak abah selalu berjemaah bersama. Sangat syahdu bila melihat situasi mereka sembahyang berjemaah dan mengaji bersama. Saya harap saya dan hubby pun macam tu bila dah tua nanti. Tapi kalau saya still duk Penang nie..camna la pulak kan?hik hik hik..
 
 
Lepas Subuh abah selalu pusing-pusing berjalan menghirup udara segar di sekitar rumah. Mak pulak siapkan sarapan. Pastu diorang akan bersarapan berdua kat depan rumah. Amboi romantik sungguh.Saya nak join pun segan. Huhuhu..
 
 
Mak kata..dulu abah garang. ha..memang pun. Abah memang garang.Sampai kami adik-beradik takut dengan dia. Bila dah bercucu barulah kurang sikit. Sikit je la..tapi tetap garang jugak.
 
 
Tapi satu lagi yang saya suka tentang abah...
Bila dia keluar daerah dulu-dulu...Dia mesti akan belikan sesuatu buah tangan untuk mak. Untuk kami takde pun. Tapi adala jugak sekali dua dia belikan untuk kami. Bayangkan sampai sekarang pun mak masih menerima hadiah harijadi dari abah. Hehe..so jeles....
 
 
Abah ni kadang-kadang angin dia baik..dia suka lah jugak melawak dengan mak tu. Hehe mesti mak suka kan? Saya tak dapat bayangkan kalau salah seorang dari mereka ditinggalkan..Bayang berapa lama mereka berkahwin..? Saya yang baru nak mencecah 9 tahun perkahwinan ni pun terasa bahangnya bila berpisah ngan hubby inikan pulak diorang..


Masa mula-mula pakai handphone..(tak ingat tahun bile dah lama dah la..)..saya sakat abah dengan set kan nama mak dalam handphone dia sebagai.." my darling"..Saya ingat abah dah tukar nama tu tapi sampai hari ni masih lagi menggunakan nama tu..hik hik hik..lawak pulak..kalau orang lain tengok mesti kata abah gediks..tapi yang gedik..anak-anak dia..hehehe..

 
 
 
 
 
 


3 comments:

  1. terkenang arwah mak n ayahda baca entry ni...setelah mak takder..ayahda nampak sunyi jer..hhu

    ReplyDelete
  2. wah! mesranya.... doa2lah moga2 zuan akan menjadi spt abah lynn itewww.... :-)

    ReplyDelete