5 Feb 2013

Tawaran Hebat Ke Hat yai

Assalamualaikum..

Ni gambar senario kat Hat Yai saya Google je
 
Balik keje Jumaat hari tu cousin saya NANI called. Dia tanya samada nak join dia ngan husband dia p Hat yai ke tak nak?  Sorang RM250 je ikut Staff Ofis dia. Bayaran pengangkutan dan penginapan. Biar betul..murahnya..Pas tu suruh bagi jawapan immediately..


Saya nak ke Langkawi 7-10hb februari..Pas tu 1-3 Mac ke Hat yai..? Pas tu kena tinggalkan anak-anak lagi?


Jenuh jugak nak wat keputusan. Akhirnya hubby kata nak join so saya fikir-fikir ok la..Mula-mula ingat nak bawa anak-anak tapi mak abah tak benarkan pulak. Harap-harap dipermudahkan jalan..Hmm takut saya menangis sendu la bila tinggalkan anak-anak ni..



So seharian saya kat Jabatan Imegresen semalam..Punyalah ramai orang. Prosedurnya saya menunggu 3 jam untuk proses buat passport lepas tu saya menunggu pula 4 jam untuk mengambil passport yang dah siap tu. Hmm lama kan. So semalam boleh dikatakan macam saya ponteng keje la pulak. Huwa..



Bila saya post kat FB gambar pemandangan yang sesak di Imegresen tu, ramai kawan-kawan saya ingat saya kat Klinik Ibu dan Anak. Sebab terlampau ramai..Sama macam kat kilinik Ibu dan Anak..Sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja yang faham kan betapa sesaknya Klinik Ibu dan Anak tu. Tapi mungkin tak semua tempat macam tu kot..



Okay berbalik pada kisah nak ke Hat yai tu..camna lah tempat tu ye? Maklumlah tak pernah sampai. Orang lain dah serata pelusok Negara dah pegi saya baru pusing sekitar Malaysia. Tapi tu pun dah syukur Alhamdulillah. Ada orang lain langsung tak berjalan. Hmm...


 
 
Ops..saya dah beli sunblock dah. Harganya selepas diskaun RM33.00. Beli kat Farmasi tepi jalan je.  Nanti kita tengok ye samaada sunblock ni betul-betul berkesan ke tak..Wassalam..

2 comments:

  1. wow Hatyai..bestnya..moga dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. wah2.. syoknya nk berjalan cuti2 yer.. selamat berholiday yer...

    ReplyDelete