Dengan nama ALLAH...
Assalamualaikum..
Pejam celik pejam celik sekejap je masa dah berlalu kan? Tengok-tengok hari ni dah pun hari Jumaat. Padahal macam je baru Jumaat 2,3 hari lepas. Zaman akhir zaman...masa tu bergerak pantas dan meninggalkan hambaNya yang lalai dan alpa..Subhanallah..
Saya tengah menghitung hari untuk bercuti berdua dengan hubby ke Langkawi. Hari Khamis depan sehinggalah hari ahad. Lepas tu balik dari Langkawi baru plan nak bawa anak-anak ke Bukit Merah Lake Town Resort pulak..Qada balik masa yang saya tinggalkan diorang untuk ke Langkawi nanti.
Bukan tak nak bawa diorang ke Langkawi. Tapi setahun sekali saya rasa perlu untuk saya dan hubby bercuti berdua. Lagipun perkahwinan jarak jauh nie banyak membuatkan saya dan hubby kehilangan masa-masa berharga berdua. Serba salah sangat nak tinggalkan budak comey dua orang tu.
Semalam pun saya dah berkias kat Zahin dan Najah...Zahin macam okay..Najah je lah macam susah sikit. Kena la umpan diorang dengan apa-apa..Tinggalkan tab dengan diorang mungkin diorang okay sikit. Selalunya saya tak bagi diorang usik tab hari sekolah.
Hmm mesti Langkawi tengah panas kan....? Dah lama tak ke sana....Last pegi masa Najah kecik lagi tahun 2009 kot.Yang penting kena cari sunblock. Saya memang takut panas. Kulit pulak senang sunburn. Ada gak google cari sunblock yang okay..Yang biasa saya pakai sebelum nie jenama apa ntah dah tak ingat..
Sebab jarang pakai kan. Yang tu tak berapa okay. Tetap ada sunburn. Kadang-kadang tengok macam pakai topeng je.
Yang saya rasa menarik sekarang ni sunblock sunplay spf 130++
Gambar ehsan google..kalau sempat tengahari ni nak grab kat Watsons.
Tapi saya nak tanyalah jugak kat kawan-kawan yang mungkin boleh bagi cadangan yang sesuai. Mungkin kita mengalami masalah sama..Terima kasih.