20 Oct 2011

Tips untuk Kebahagiaan Rumahtangga

Saya tertarik dengan satu artikel yang telah saya baca..Bahawa rumahtangga dibina atas dasar kasih sayang dan kepercayaan yang kuat.Suami dan Isteri kenalah berusaha kuat untuk mengukuhkan rumahtangga masing-masing.Tempoh sesebuah rumahtangga kadang-kadang boleh dijadikan pengukur sesebuah kebahagiaan..Tapi adakalanya juga semua tu tak boleh dijadikan sebagai ukuran kebahagiaan.Suami dan Isteri perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.Masing-masing kena tunaikan hak ke atas pasangan masing-masing.

  1. Berfikiran positif...Hiasi rumahtangga dengan gelak ketawa..Jauhi salah sangka terhadap pasangan..
  2. Berdoa untuk rumahtangga yang baik.Bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan pasangan.
  3. Anggap dan jadikan Suami atau Isteri sebagai kawan rapat dan kawan baik supaya kita dapat share segalanya dengan dia.Kita juga kena bersedia mendengar segala keluh-kesah pasangan dan perlu ada perasaan simpat dan empati.
  4. Jangan cepat melenting dan mudah marah.Sedia memaafkan segala kesilapan dan kesalahan pasangan.Jangan simpan dendam dan benci nanti akan lebih merosakkan rumahtangga.
  5. Banyakkan berkomunikasi dengan pasangan dan perlu ada juga puji-pujian supaya pasangan berasa dihargai walaupun atas perkara atau perbuatan yang kecil.
  6. Banyakkan senyuman dan sentuhan.Bercakaplah dengan penuh kasih sayang dan jangan sesekali meninggi suara.
  7. Jangan memendam perasaan dan luahkan apa yang terpendam supaya pasangan faham.Pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.Seeloknya ketika waktu nak tidur.
  8. Sesakali berilah 'suprise' untuk pasangan supaya lebih hubungan menjadi lebih erat.
  9. Jangan terlalu mengongkong pasangan.Sesekali biarlah dia keluar bersosial dengan rakan-rakan.(Hmm yang nie kalau boleh setakat main bola tak pe saya setuju.Kalau nak ke Night Club of course la saya pun naik hantu..hahahaha)
  10. Bantu pasangan dalam melakukan kerja-kerja rumah..(Yang nie lagi setuju ok..)
  11. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna perlu ada(Yang nie faham-faham je lah..malas nak komen)







No comments:

Post a Comment