4 Apr 2013

Terima Kasih Allah

Assalamualaikum.

Nie entry semalam..saya tak sempat publish sebab line buat hal.

Hari ni genap 9 tahun perkahwinan saya dan suami. Alhamdulillah.
Tanggal 3hb April 2004 tak mungkin dapat dilupakan seumur hidup.
Saat-saat dikelilingi teman rapat dan keluarga amatlah membahagiakan dan meninggalkan kesan manis dalam hidup saya..( ZIE... hang ingat dak hari bersejarah aku tu..Hang ada tepi aku..)


Saat lafaz diijabkabulkan, saat disarung cincin pertunangan dan rantai tangan membatalkan akad nikah masih terkesan di hati..Dia mengucup di dahi dan saya tertunduk malu..cewah..malu giler masa tu..hehe..Flash camera pulak zap zap merelit merelap sampai berpinau mata ni.


Hmm..kenangan mengusik jiwa sungguh..


Dikurniakan sepasang cahayamata membuatkan saya terasa kehidupan begitu lengkap. Sungguh cantik percaturan yang Allah tentukan terhadap hidup saya. Walau adakala pahit dan masam menjentik..Tapi sesungguhnya saya percaya setiap ketentuan yang Allah berikan tersembunyi pelbagai hikmah besar terselindung...


Dan ditakdirkan Allah..saya terima khabar yang menyatakan saya hamil anak ketiga sehari sebelum menjelang Anniversary saya yang ke-9 tahun..Subhanallah..Syukur...Saya menangis mengenangkan apa yang Allah berikan kepada saya..tersedu-sedu..


Sungguh saya tak jangka saya akan hamil. Saya cuma fokus nak bertukar ke sana untuk bersama dengan suami tercinta. Tapi Allah belum maqbulkannya lagi. Doa saya, semoga kandungan yang ada di dalam rahim ini akan membuka peluang cerah dan dipermudahkan untuk saya bertukar ke sana walaupun jalannya masih samar-samar..


Dan sehingga saat ini hubby belum tahu kehamilan ketiga ni. Saya cuba nak buat suprise kat dia. Pagi semalam saya buat pos laju hantar preggy test kat dia. Biar dia terkejut.Hehe..Harap-harap inilah hadiah paling bermakna untuk Ulangtahun Perkahwinan kami.

"Abang, semoga zuriat ketiga ini mengeratkan lagi hubungan dan rumahtangga kita..Saya sayang keluarga kita. Saya harap saya dapat balik dan tinggal bersama abang dan anak-anak kita di rumah yang abang beli untuk keluarga kita.  Selamat Hari Ulangtahun ke-9 untuk kita berdua..Semoga kekal hingga ke SYURGA..Ameen.."

Saya nak share sesuatu yang saya petik dari blog seorang teman. Tapi saya tak ingat link dia sebab dah lama kata-kata ini tersimpan dalam folder. Saya minta maaf pada pengkarya..semoga dia menghalalkannya.



I asked for STRENGTH...
and ALLAH gave me
DIFFICULTIES to make me strong

I asked for
WISDOM...
and ALLAH gave me
PROBLEMS to solve

I asked for
COURAGE...
and ALLAH gave me
OBSTACLES to overcome

I asked for
LOVE...
and ALLAH gave me
TROUBLED PEOPLE to help

I asked for
FAVORS...
and ALLAH gave me
OPPORTUNITIES

"Maybe I received
NOTHING I wanted...
but I received
EVERYTHING I needed"

10 comments:

  1. Slmt ulangthn ke 9 buat Lin dan suami semoga hasrat utk berpindah dan tinggal ngan suami tercapai dan juga tahniah di atas kehamilan yg ketiga......

    ReplyDelete
  2. Happy Anniversary Lynn.

    Maaf sebab kakcik sekarang agak sibuk hingga banyak 'rumah' yang kakcik dah tak sempat nak singgah. :(

    ReplyDelete
  3. Huhu ingatlah,, sedih tau kawan nak kahwin.. kami ni tak kahwin2 lagi.. huhu wa wa ... sekarang alhamdulillah dah 9 tahun yer... moga kekal selamanya...aamiin...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, dah 9 tahun bersama suami...semoga kekal bahagia hendaknya...amin...

    tahniah jugak atas berita kehamilan u sis...tumpang hepi...jaga diri bebaik ye...

    ReplyDelete
  5. As salam Lynn,

    Mabruk! I'm happy for you! Mmg betul tahun ini adalah tahun kita, blogger preggy beramai-ramai! hikhik... take care ya! xoxoxoxo

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, good news..happy annivesarry lin :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..
    tahniah & happy anniversary day buat lyn & suami..
    smoga ikatan ni kekal hingga ke jannah..amin

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. tahniah lynn.. so happy for u... jaga diri baik2 tau.. semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan lynn.. teringat masa mengandung aritu.. rasa nak rasa lagi.. huhuuu

    ReplyDelete