15 Jan 2014

Salam semua....

Assalamualaikum.


Lama sangat tak menulis apa-apa kat blog ni. Jangan kata menulis..menjenguk pun tak. Alhamdulillah hari ni baru berkesempatan jenguk blog.




Alhamdulillah, untuk pengetahuan semua......ceewah...


Saya mengandung dan usia kehamilan mencecah 17 minggu esok. Alhamdulillah. Sangkaan doktor bahawa pengidap Endometriosis dalam Rahim susah untuk mengandung meleset sama sekali. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi saya dan suami rezeki yang tak ternilai tak lama selepas gugur 6 bulan lepas. Alhamdulillah.


Tak terucap kata-kata bila disahkan mengandung lagi. Allahuakbar...besarnya kuasaMu Allah. Akan saya dan suami jaga rezeki yang Kau berikan ini.


Zahin dan Najah terpinga-pinga bila saya bagitau saya mengandung lagi. Berkali-kali Zahin tanya, ummi kan dah gugur sebelum ni. Ni baby yang baru ke?




Alahan teramatlah teruk. Bulan Disember je saya ambil unpaid leave. Tak mampu nak drive langsung dengan tekanan darah yang rendah, muntah purata sehari ialah 5 kali. Mudah rasa nak pitam. Hmm sama je dengan kehamilan sebelum ni. Memang saya jenis yang alah hehe.




Cuma mungkin sebab ada Endometriosis ni, keadaan kesihatan saya agak merosot. Saya kerap sakit di bawah perut sebab doktor kata kandungan tu menekan Endometriosis yang berada di posisi bawah kandungan. Doktor  ada beri masa 2 minggu sebelum ni untuk putuskan samaada nak menjalani operation buang cyst tu atau pun tak, tp tetap ada risiko.


Jadi saya putuskan untuk teruskan kandungan ini walaupun doktor nasihatkan supaya tak terlalu berharap. Katanya tak mustahil saya akan gugur lagi ketika kandungan makin membesar atau tak mustahil cyst Endometriosis ni akan pecah dan menyebabkan operation dijalankan serta merta bagi menyelamatkan saya. Hmm biarlah...Saya percaya dengan kekuasaan Allah. Biarlah saya teruskan kandungan ni daripada saya mungkin "membunuh" bayi ini kerana bius yang akan disuntik ketika sessi operation nanti.


Buat masa sekarang doktor nasihatkan saya supaya tidak stress dan melakukan kerja-kerja berat yang mungkin akan memberi risiko lebih besar. Doakan saya ye. Semoga dia lahir dengan selamat amin Insya Allah.







4 comments:

  1. tahniah..mg selamat hingga melahirkan...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lin,semoga awak dan kandungan selamat dan sihat,kak nurul pun ada jgk kwn yg ada sis mengandung dan dah ada tiga org anaknya pun.

    ReplyDelete
  3. akak doakan moga lynn selamat melahirkan baby
    ini nanti, anugerah Allah insha Allah pasti dalam pemeliharaan-Nya,
    :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Semoga semuanya selamat. Banyakkan berdoa dan jaga kesihatan ibu dan anak. Mesti abang dan kakak seronok nak dpt adik.

    ReplyDelete