13 Jul 2011

Kesiannya..pak cik..

Pagi tadi saya turun ke Maybank jap..Ingat nak bank in duit jap..Tetiba ada pak cik tua bagi salam..Bila saya jawab salam, pak cik tu mintak tolong saya untuk panggilkan seseorang kat tingkat atas, yang saya sendiri pun tak berapa pasti siapa gerangan orang yang pak cik tu nak jumpa..Tapi saya terus maklumkan pada penyambut tetamu..



Selepas tu baru je saya nak gerak,pak cik tu mengadu kakinya sakit dan tak mampu nak naik tangga ke tingkat atas.Dia datang ke ofis saya pun menaiki bas..Hmm..rasa sedih sangat..tapi saya hanya dapat membantu setakat yang saya mampu..Saya tinggalkan pak cik tu bersama penyambut tetamu sebab saya pasti itu akan lebih membantu.



Masa keluar bank, saya ternampak kat sudut bank seorang lagi pak cik yang sangat tua sedang duduk meminta sedeqah.Rasa kesian lagi.Tapi saya nak buat macammana..kan..?Setakat yang saya mampu sahaja.



On the Way balik bank, saya terserempak lagi seorang pak cik.Sama juga situasa dengan pak cik sebelah Maybank yang meminta sedeqah.Pak cik tu memberi salam pada setiap orang yang lalu lalang kat depan dia.Bila ada yang memberi sedeqah,dia akan mengucapkan terima kasih sambil melemparkan senyuman..Hmm..Dalam hati saya..Bersyukur sebab abah saya dan bapa mertua saya sihat..Dan tak perlu meminta sedeqah untuk sesuap nasi..Hari ni sahaja saya bertembung dengan 3 lelaki tua yang bagi saya amat menyentuh hati..Macammana pula yang lain?Kat mana ayah kita sekarang?Korang terfikir tak kalau kita menjadi anak pak cik2 tu..????



No comments:

Post a Comment