13 Sep 2011

Basikal Baru Najah

Sejak akhir-akhir nie..Najah asyik merengek minta dibelikan basikal baru.Kitorang memang sedia maklum basikal dia kat S.Alam tu da rosak teruk.Ye lah warisan dari Zahin..anak lelaki..dah tentu basikal tu pon tak lah elok sangat masa bagi kat Najah tu.

Sebab kesian tengok dia merajuk da banyak kali..saya bincang ngan hubby supaya belikan basikal baru untuk dia.Masa bawa g kedai basikal tu..nampak sangat dia rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.Tapi yang pasti basikal tu mestilah warna merah dan ada loceng katanya.

Mula2 pening jugak tengok dia yang berpusing-pusing memilih basikal sendiri.Tapi akhirnya dapat juga apa yang dia idamkan.Tersengih hubby bila tengok kegembiraan Najah..Seronok sangat masa tengok keadaan tu..

Ni lah basikal Najah.Tapi kelabu asap sikit gambar nie..Maklumlah gambar di waktu malam hari.

 Siang malam Najah naik basikal.. Tapi tak boleh bawa keluar sebab musim hujan..Nanti berkarat basikal..huhu

Balik mengaji kelas Qiraati capai basikal dulu..

Zahin tumpang naik basikal Najah.Basikal dia saje je kitorang tak nak bawak balik..sebab nakal sangat..Denda k..

Dah penat naik basikal..Rest kejap ye dik..

Hmm..mak kata sejak kitorang beli basikal baru kat Najah..Dia dah tak gaduh sangat dengan abang dia.Hari-hari.tak kira masa mesti naik basikal.Nasib baik umah mak dan abah saya besar dan luas..Bolehla dia pusing-pusing dalam umah..Tapi Zahin pulak yang buat perangai..mintak saya bawa balik basikal dia kat S.Alam tu.Masalahnya risau tengok dia naik basikal..bukannya reti perlahan..nak laju je dia tu..

No comments:

Post a Comment