12 Sep 2011

Hari pertama di ofis

Salam semua..wah wah..hari nie saya 1st day bertugas di ofis setelah cuti raya dua minggu..jangan jeles...hahahha

Sebenarnya saya pon tak terfikir nak cuti beraya lelama macam nie.Tapi bila fikir pasal hubby yang nak kena hantar kitorang balik dari s.alam then patah balik ke s.alam untuk bekerja..alahai sian pulak rasanya.Dah la masa raya dia datang jemput.Nasib baik turn balik raya ke Penang tahun nie.tu yang buat saya terfikir cuti lama sikitlah..Kebetulan pulak Tuan Hayazi dan Tuan zul ok..so..apalagi..hehe..

Memang saya memanfaatkan cuti sepenuhnya..No internet..masa yang diperuntukkan just tuk family..Puas betul beraya kali ni.Tapi sayang kamera pulak buat slack.Geram betul..terpaksa tumpang snap kat kamera orang.Inter frame la pulak.

Raya pertama dan kedua saya di Penang.Raya ketiga,keempat dan kelima kat umah mertua.Pas tu menghabiskan sepenuhnya saki baki cuti di Shah Alam.Umah saya kat S.Alam tak buat open house.Macam saya gitau sebelum nie..memang tak nak buat.Tapi adalah 3 keluarga yang datang beraya..keke..tu pun saya masak ala kadar je.Tak lah macam sebelum-sebelum nie.
 
Pagi tadi masuk je pintu ofis..Ramainya yang mengucapkan Selamat Hari Raya..alaa jeles la tu saya cuti lama..hehe..dah tu pagi tadi dan tengahari siap ada jamuan raya lagi.tu yang best tu..Jimat duit....macam-macam menu ada..Tapi baru teringat tak de sorang pon yang snap gambar..Alamak..rugi betullah kan...

So di hari pertama di ofis nie...buat keje pon alakadar..mood bercuti lagilah katakan,..selamat bertugas semua..

No comments:

Post a Comment