20 Mar 2012

Harapan

Assalamualaikum..

Wah entry kedua hari nie..Jangan marah ye..Ntah, saya rasa macam sorang-sorang je hari nie..Padahal..ada je orang lain..Tapi kenapa ntah ,macam semua orang tak wujud..(hehe..layan perasaan blues..)

Pagi tadi masa nak pergi kerja...terpandangkan Najah yang comel sangat dibuai tidur..Mata dia yang terpejam erat....tangan memeluk bantal yang saya letakkan bagi menggantikan lengan saya..mulut yang terbuka sikit..(hehe..) Nampak sangat pipi dia yang tembam..Saya terus pergi dekat dan pandang je wajah suci dia..Terasa besar sangat anugerah yang Allah bagi..Terus cium-cium pipi dia..hmm..rasa lega..

Rasanya mungkin saya asyik memikirkan tentang apa yang kakak cerita (penculikan Siti Nur Fateha ) menyebabkan saya rasa risaukan Najah. Bukan setakat risaukan keselamatan dia.. Saya bimbang jika saya tak mampu mendidik dia dengan baik..Terlalu risau jika dia tak menjadi seperti yang saya harapkan. Saya nak dia membesar dengan sihat...dengan terpelihara....( camna ye nak bagitau nie..)

Saya nak Najah Safiyya menjadi seorang anak yang suci sehingga dia berkahwin.. Suci dari segala-gala kekotoran yang ada kat dunia nie. saya tak nak dia berpeleseran seperti anak gadis yang sosial sekarang.
( Maaf kalau saya konservatif) Saya faham jika dia ada perasaan untuk bercinta.. Tapi saya harap percintaannya itu terpelihara. Saya tak nak dia dirosakkan oleh insan bernama lelaki. Atau dia sendiri merosakkan dirinya sendiri.

Mungkin kerana bidang kerja saya di sini membuatkan saya melihat banyak perkara yang tak elok berlaku ke atas remaja perempuan. Kadang-kadang perlakuan mereka tu cuma mencari keseronokan, tetapi mereka tak malu untuk menconteng arang ke muka ibu bapa dan agama. Tak takut pada kuasa Tuhan...

Saya pun bukanlah baik sangat.. Tapi jika melihat pengalaman saya berdepan dengan seorang bapa tua yang datang dari jauh dari Kedah.. Nun di kampung pendalaman..menaiki teksi. Semata-mata untuk merayu supaya kes anaknya tidak di bawa ke Mahkamah..amat lah meruntun hati..Betapa terlukanya hati seorang bapa tua yang juga berkopiah putih itu..Apabila mendapat tahu anak yang baru bernikah seminggu lalu sebenarnya pernah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki bangsa lain setahun yang lalu. Dan kes tersebut hanya diketahui apabila mendapat surat dari Mahkamah.

Saya masih tak lupa melihat bapa tua tu mengesat airmata dengan saputangan biru muda. Bersuara dengan suara yang amat perlahan. Tersedu-sedu..Ya Allah..saya tahu betapa hati dia terluka..

Saya teringat masa di tingkatan 3 dulu...saya meradang bila abah menyuruh abang cik menghantar saya untuk ke sekolah (tuisyen)..sedangkan saya dah berjanji dengan kawan-kawan nak keluar berjalan lepas kelas tuisyen tu. Saya memberontak di bilik.. menangis tanpa henti.. Tapi kakak saya datang memujuk..katanya.."saya masih muda, tak faham kenapa abah bertindak begitu (menyuruh abang cik menghantar dan menunggu sehingga saya tamat kelas tuisyen, dan membawa saya balik ke rumah) , sebabnya sangat kecil, tapi impaknya sangat besar. Bila besar nanti saya akan faham sendiri."..

Mujurlah hari nie saya faham..abah, mak dan setiap ahli keluarga bertindak begitu kerana memelihara saya dari kegiatan sosial yang banyak sangat berlaku..(masa tu kes bohsia dan bohjan)

Tapi, mungkin cara keluarga saya lain..amat keras pada pandangan mata orang..Tetapi saya harap Najah lebih terbuka kelak dan berteus-terang dengan saya dalam setiap apa yang dilakukan. Mungkin cara orang dulu tidak menerangkan secara terperinci apa yang mereka takutkan. Saya pula lebih bersedia untuk berbincang mengenainya dengan Najah.. Saya nak terangkan tentang pro dan kontra setiap tindakan. Supaya dia mampu menilai. Dan saya harapkan ilmu agama yang dibekalkan akan menjadi benteng untuk dia. Saya tak minta untuk dia menjadi seorang ustazah. tapi cukuplah untuk bekalan dibawa ke akhirat nanti.

Wahai Najah safiyya anak ummi...Ummi harap sangat Najah menjaga diri dan maruah Najah sehingga ke akhir hayat...Pertahankan diri biar apa pun yang berlaku..Tak salah kan kalau kita berharap seperti ni..

(Saya minta maaf juga jika ada yang menyalah tafsir pendapat peribadi saya nie, buat niat untuk menyakitkan hati sesiapa..sekadar menulis.m Mungkin pendapat kita berbeza..Tapi itu tak membezakan kita)

6 comments:

  1. bila kita dh ada ank sendiri baru kita rasa kan macamna..kalau dulu masa kita kecik asyik nk memberontak jer kalau mak marah ape2..huhuhu...

    ReplyDelete
  2. lya faham apa y diluahkan lynn.. smemangnya kita nk y tbaik utk anak kt.. lya pon baca ksh pculikan tu.. sedih sgt.. n rsa dunia ni mcm dh x selamat.. apa2 pon sama kt doakan agar anak2 kt tpelihara drp sbarang noda2 dunia y merosakkan n smoga anak2 kita n ketrunan kt dilindungi allah swt

    ReplyDelete
  3. Kak Lynnnnnn.... Tersentuh hati Sofia bace entry Kak Lynn ni. InsyaALLAH, mudah2an suatu hari nanti Najah akan jadi anak yang baik.. Kalau Najah dah besar, dia bce entry ni, dia mesti akan faham hati ummi dia ni.. Ummi dia baik sgt! Ummi dia syg sgt kt dia! (^_^)

    ReplyDelete
  4. Betul tu sis Fieda... sekarang bila ada anak sendiri baru tahu betapa risanya nak jaga anak2 yg makin membesar..

    ina... mudahan anak kita dilindungi Allah kerana Doa kita takkan putus bersama peredaran zaman kini...

    ReplyDelete
  5. semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya....

    ReplyDelete
  6. dari pengalaman cik ina yang dah mempunyai anak yang dewasa, semua ibu nakkan yang terbaek tuk anak-anak dia, zaman sekarang lain lynn, kita tak boleh terlalu tekan dorang kita kena jadi sahabat baik dorang boleh berkongsi apa saja, InsyaAllah segala-galanya akan berjalan lancar.

    ReplyDelete