7 Jan 2013

Fuh sedapnya Ikan Patin Masak Tempoyak resepi dari Pahang

Assalamualaikum.

Amboi amboi..lamanya tak BW ye..

SELAMAT TAHUN BARU 2013 KAWAN-KAWAN..

Hujung tahun 2012 saya bercuti seminggu di Pahang. Puas jugak melawat Pahang maklumlah betapa besarnya Negeri Pahang tu..dari satu tempat ke satu tempat memakan masa yang agak lama. Hebatnya Pahang kerana terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Fuh memang terangkat.

Nasib baik ada bapa saudara (Pak Tam adik mak) kat Temerloh. Beli Ikan dekat tepi sungai Temerloh tu pas tu balik rumah Mak Tam (adik ipar mak) masakkan masakan yang sangat sedap ni.


(Maaflah ye..pinjam kat Pak cik Google sebab masa tengah sibuk memasak dengan mak tam tak sempat nak snap gambar, sibuk duk menghafal resepi)

Selalunya kita dengar Ikan patin nie akan rasa hanyir..rasa tanah atau berpasir kan..?Tapi yang ini tak rasa pun..Diorang ternak dalam sungai siap ada macam kolam lagi tepi sungai tu. Pas tu kita boleh pilih ikan mana yang kita nak sebab dari kolam tu diorang angkat dan masukkan ke dalam akuarium.

Resepinya saya tak berani nak beri secara detail sukatan sebenar sebab Mak tam pun letak ikut dan je sebab dia dah pro dia pun tak reti nak sukat-sukat.

Caranya, basuh ikan patin dengan limau nipis..biarkan sekejap.
Blender cili api, kunyit hidup pastu masuk dalam periuk. Masukkan air, tempoyak dan daun kesum, asam keping dan masukkan ikan yang telah dibersihkan tadi.

Jerang atas api yang biasa-biasa je. Bila dah mendidih, masukkan garam dan berhati-hatilah ye ketika mengacau tu takut ikan tu hancur pulak.

Dah rasa secukupnya bolehlah dihidangkan. Mak Tam kata terpulang kalau nak tambah serai yang dititik ataupun tambah daun kantan. Tapi Mak Tam memang tak letak.

Memang sedap kawan-kawan. kalau makan kat kedai entah berapa ringgitlah yang kena. Tambahan dulu pernah baca dalam paper ada yang kena cas sehingga puluhan ribu. Fuh..memang dasyat kan..Selamat mencuba lah ye..


P/S : Hari ni Hari Ulangtahun Najah Safiyya yang ke 5 tahun..Tapi saya tak sambut pun lagi sebab Jumaat ni baru Hubby balik. Last week tak sempat nak belikan kek sebab terlampau sibuk dengan urusan persekolahan Zahin dan Najah..Najah...Ummi sayang sangat dekat Najah...Najahlah kekuatan Ummi selama Ummi di sini selain Abang Zahin dan Abah..Ummi doakan Najah baik-baik je seumur hidup di dunia dan akhirat..Sroooooooooooooot......Sedih pulak dah...HUuuuuuuuuUUUuuuuuu....

7 comments:

  1. sedapnya kak suka sgt dgn ikan patin..yg pasti tak hanyir le..

    selamat hari jadi Najah safiyya.:)

    ReplyDelete
  2. Kalau kena gaya masaknya, memang sedap ikan patin ni. Tapi kadang2 terkena juga, dah bayar manall tapi tak boleh nak makan sebab rasa 'rumput'...

    Selamat hari ulangtahun ke 5 buat Najah Safiyya. Semoga membesar sebagai anak yang cerdik, sihat dan solehah.

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday buat Najah Saffiya..moga jadi anak yg solehah..:)

    Saya risau nak gi makan ikan patin kalau gi Pahang, takut terkena yg sampai ratus ringgit macam dlm berita tu! hihihih

    ReplyDelete
  4. ala tak suka ikan patin.. huhu

    Heppy birthday najjah...
    ummi jangan sedih2 nanti abah baliklah tu...

    ReplyDelete
  5. happy birthday Najah, semoga menjadi ank yg cemerlang dunia dan akhirat..

    sedapnya ikan patin masak tempoyak tu..kalo dapat lauk ni tak tgk lauk lain dah..

    ReplyDelete
  6. sedapnyer, makan ngn nasi panas2..

    ReplyDelete
  7. X pandai masak ikan ni. X suka sgt. Tp hb gila2 suka ikan patin ni. Sllnye mak dia yg masakkan..

    ReplyDelete