15 Feb 2013

Pulau Langkawi

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
 
Assalamualaikum.

Percutian kat Pulau Langkawi baru-baru nie sangat meninggalkan kesan manis di hati. Kalau boleh saya nak pergi lagi bercuti di sana..kali ni nak bawa anak-anak pula. Padahal bukannya tak pernah bawa anak-anak ke sana. Mungkin masa tu anak-anak kecil lagi..pastu pergi pulak ramai-ramai dengan keluarga mertua. Jadi pergerakan agak terbatas sikit.

Saya pergi dengan 3 orang sahabat bersama pasangan masing-masing. Tapi kat Langkawi kami banyak buat hal masing-masing. Cuma masa naik bot ke Pulau Dayang Bunting kami pergi ramai-ramai. Tu pun ada seorang kawan saya yang mengandung 7 bulan tak dapat join sebab ada anak kecil.

Tapi sebelum nak mengecap kemanisan tu adalah sedikit dugaan. Saya dan hubby terlepas flight. Saya pun tak tahu macammana boleh terlepas flight tu. Kalau nak diikutkan kami dah gerak awal dari rumah, tapi sebab kesesakan jalanraya, kami sampai kat airport terlewat 5 minit.
Masa mula-mula stress gile tak tau nak cakap. Tapi hubby kata bukan rezeki. Hmm bergenang airmata jugakla..Sedih wei..frusted.

Bila dah terlepas flight, hubby try jugak tengok tiket kot ada flight lain petang tu tapi esok petangnya baru ada. So kami buat keputusan untuk bermalam di pulau pas tu pagi esoknya baru ambik fery untuk ke Langkawi.

Esoknya pagi-pagi dah check out hotel dan terus ke jeti. Alhamdulillah ada tiket feri kul 8.15pg dan dijangka perjalanan dari Penang ke Langkawi ialah 2jam 45minit. Seronokla kawan-kawan yang dah sampai petang semalam lagi. Tapi takpe dah takde rezeki kan. Sekurangnya dapat pegi juga. Hehe..pujuk hati.

Kat Langkawi kami stay kat Holiday Villa. Kalau untuk kakitangan kerajaan dapatlah harga yang special sikit kan tapi kena booking awal. Asyik full je.

Kat Langkawi sepatutnya percutian tu 4hari 3 malam tapi sebab dah terlepas flight maka jadilah 3hari 2malam. Hmm jadilah..Lain kali nak datang lagi tak kira nak datang jugak.

Masa mula-mula sampai kat sana hubby kata nak sewa motor je. Tapi sesampainya kat sana fuh panas terik so hubby kata takpelah kita sewa kereta je la..Dia tahu memang isteri dia tak tahan panas. So bila dah berdua ambil kereta kecik jela..Sewa RM80 untuk 24 jam. Mungkin sebab nak dekat raya cina so diorang up jadi RM80..patutnya RM60 je..Eleh macam kita tak tau kan..?huhu..Minyak kereta untuk pusing satu Pulau Langkawi dari hujung ke hujung hanyalah RM30 untuk 3hari 2malam. Jimatkan?

Masa balik dari Langkawi pun saya dan hubby naik feri jugak sebab memang dah plan dengan Fiza..pegi naik flight dan balik naik Feri..Tak sangka pulak pegi naik feri..dan balik pun naik feri...huhu..

Jom layan gambar-gambar ni. Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak larat nak tunggu nak upload lembap sangat line tenet ni kan.
 
Kat pantai beras basah, cantik sangat pantai ni pastu sejuknya mandi kat situ wlaupun matahari tegak kat atas kepala. Orang Kedah kata panas lit lit.
 
Kat bilik kami.


Ups..gambar candid la ni tengah bergayut macam Tarzan di Pantai Basah. Hubby kata saya tak matured..Biarla..jelesla tu..hehe
 
Kat Pantai di belakang Holiday Villa. Seram nak ambil gambar lebih-lebih sebab sotong putih tengah berjemur dengan banyak sekali..Seksi you..hehe


Kat area Pantai Cenang. Dulu takde pun board tu.

 Kat atas bot trip ke Tasik Dayang Bunting. Ni la sahabat saya Fiza. Sayang dia sebab dia baik.
 
Ni Cik Di dan somi kesayangan dia..Mak menakan (mak sedara) Fiza. Last minute dia join kitorang ke Langkawi.


Yang baju kuning kak sal dan husband dia. Eh Fiza dan husband dia abg Faizal kat belakang tu dah macam nak menari tarian Sarawak jer..


Kami bertiga. Oh kenapa saya tersepit di belakang?

Me and my Hubby.. Abaikan warna baju saya yang tak sedondon dengan seluar dan baju. Tula akibat bila bawa baju tak cukup..huwa..


Comey je Fiza ngan abg Faizal kat Tasik Dayang Bunting.


Oh cantiknya Pantai di langkawi nie kan.

 
Pasar Malam di Pekan Kuah. Macam-macam ada tapi yang paling ketara makanannya tak sesedap mana pun. Soryla..terpaksa berterus terang.


Atas bot.


Matahari terbenam di atas Feri ketika perjalanan balik dari Langkawi.


Patutnya kami duduk kat dalam Feri. Tapi hubby kata dia pening duduk kat dalam so kami keluar dan duduk di luar. Angin tak yah cakap..memang kuat giler. Rasa nak tercabut tudung saya tau.


Kat Telaga air hangat. Geli sikit tengok berlumut je tapi setakat rendam kaki ok lah..jangan minum sudah ek. ehehe


Dengan k.sal dan husband dia di rumah Mahsuri


Rumah Mahsuri


Di Lobby Holiday Villa


Underwater World. Kami tak masuk sebab kalau masuk nanti teringat kat anak-anak pulakkan..hehe..(Ni suasana waktu malam)


Pantai Cenang di waktu malam.



Pantai Cenang jugak..tapi ni kat area depan..Banyak kedai-kedai..Boleh shopping..


Harbour apa ntah sory tak ingat pulak. Kat sini kapal-kapal mewah berlabuh.
 
Ni gambar atas Feri masa on d way pegi..Muka takde mood sebab terlepas flight..Mood tak sampai lagi..hehe
 
Kereta kelisa...kecik je kan kalau nak compare dengan hubby yang tinggi lampai tu. Tapi muat je..
 
Kat Tasik Dayang Bunting boleh naik ape ntah yang kena kayuh tu...Tapi saya tak kayuh..mengelat biar hubby kayuh seorang saya berehat..huwa...
 
Lepas balik dari Tasik Dayang Bunting kami dibawa untuk melihat Pulau apa saya tak ingat tapi kat sini banyak sangat burung helang yang terbang rendah. So driver bot tu akan bagi kulit ikan ayam lagilah berebut-rebut burung tu turun. Banyak giler..
 
Ops..Interframe lagi..Ni masa dalam Feri nak balik ke Penang.
 
Kat atas Feri jugak..ha yang ni la yang kat tingkat atas Feri tapi di luar. Abaikan tudung saya tu sebab dia kalut sangat nak terbang..
 
Dengan Kak Sal..
 
Percutian kali ni memang saya dan hubby tak pegi banyak tempat kat Langkawi macam Cabel Car, Bird Paradise, Zoo Buaya..dan banyak lagi..sebab tujuan cuma nak berehat tempat-tempat yang tak membuatkan kami terkenangkan anak-anak kat rumah.  baikkan hati kami..hehehe..konon...
 
Aangkah indahnya kalau dapat ke Pulau Langkawi lagi..Ha..baru perasan gambar coklat dan souvenier takde kat sini. Tapi kalau saya upload mesti kawan-kawan terliur..kan kan..hehehe...




















 

 


 

 
 

12 comments:

  1. wah... bestnya gi langkawi. lalu, kita teringat pinggan mangkuk, sudu n kawan2nya.

    ReplyDelete
  2. langkawi mmg x jemu utk ke sana.. pergilah berpuluh kali sekali pun pasti akan nk pergi lagi...

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar....akak lom puas lagi round2 langkawi tu, paling suka kat Pantai Chenang la, dulu duduk kat resort situ, rasa tak puas...

    ReplyDelete
  4. hu hu nak pi jugak...

    eh kak sal dan hubby dia sama tinggi dengan hang lah.. hehehe
    banyak tempat menarik.. habour park tu kan.. hehehe

    pantai chenang deretan kedai tu tempat aku suka shopping dulu2. hehehe


    ReplyDelete
  5. oo sib baikkk dpt tiket ye dik
    kalau tidak memang frust
    cantiknyaaa ..
    bilelah dpt peluang ke langkawi nie huhuh

    ReplyDelete
  6. wah wah...sakan depa g langkawi...bestnyer...

    ReplyDelete
  7. saya pernah ke sana waktu zaman anak dara,jadi teringin lagi ke sana bersama suami dan anak-anak,mesti dah banyak berubah kan...

    ReplyDelete
  8. Seronoknya Langkawi. Sayang juga tu, tak naik ke Gunung Matchincang dgn kabel car tu.

    Next time datang la lagi.

    ReplyDelete
  9. Ye la Nur Ain Syafizah, Queen Teratai, kak Q, Kak Ieda, Zie, Kak Azieazah, Ummiarissa Mahdi, Izan mama mia...seronok sangat langkawi tu...

    Memang tak naik Gunung Matchincang dan Cable car..org ramai sangat pastu dapat tau yang laluan tengah tu ditutup...Saya sempat beli sudu dan pinggan mangkuk jugak untuk mak dan kakak..

    ReplyDelete
  10. bestnyer kak lynn pergi langkawi...

    ReplyDelete
  11. seronoknya jalan2 langkawi.... munna baru je sekali ke sana... ntah bila nak pergi lagi

    ReplyDelete

  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete