7 Oct 2014

Pembuka bicara

Bismillahirrahmaanirrahim


Assalamualaikum semua..


Lama saya tak menjenguk di sini. Sebenarnya saya dah padam pun blog ni tapi tiba-tiba rasa rindu pada semua kawan2 maya..Rindu di hati hanya Dia yang tahu..


Alhamdulillah..terlalu banyak keajaiban yang berlaku dalam hidup saya. Oh lupa.. saya dah melahirkan seorang cahamata perempuan..dah hamper mencecah usia 4 bulan pada 12/10 ni. Alhamdulillah. Syukur dia lahir sempurna..Insyaallah tubuh badan, aqal fikiran..Walaupun doktor menjangkakan yang saya dan suami akan menghadapi pelbagai kemungkinan..


Hmm..Alhamdulillah juga..suami saya dah berpindah ke sini..Hmm Alhamdulillah..perletakan jawatannya dan sekaligus diterima masuk ke Mazda sangat mudah..Nanti ye saya cerita hehe


Setakat di sini dulu..Saya perlukan bantuan kawan-kawan.. blog ni menghadapi masalah sebenarnya..


Sekian dulu.. Assalamualaikum

20 Mar 2014

Bad News

Assalamualaikum.


Rasa macam kelakar pulak bila difikir-fikirkan. Saya terpaksa tukar address dan title blog sebab nak melarikan diri dari seseorang. So jangan terkejut bila tengok blog ni dah macam apa ntah. Rasa nak create blog baru sebab macam dah tak selamat kat sini. Nanti saya try jemput semua kawan-kawan ke blog baru saya ye. Kita jumpa lagi. Bye.

19 Feb 2014

Perut rasa tak sedap

Assalamualaikum


Malam tadi langsung tak boleh lelapkan mata. Rasa perut ni semacam je. Baby pun aktif semacam malam tadi. Tak taulah apa puncanya. Mungkin jugak akhir-akhir ni tak lalu makan nasi, so makan apa je yang rasa boleh kenyangkan perut.


Pagi semalam lagi dah tiga kali keluar masuk tandas gara-gara makan laksa. Hmm orang tua-tua kata laksa tu boleh sebabkan angin. Dah tu tengahari tak lalu makan nasi, beli pulak rojak buah plus milo blended. Sedapnya tak terkata. Elok petang je dah rasa lain macam.


Berpeluh-peluh, rasa nak pitam. Bila panggil officemate dia terkejut tengok muka saya dah pucat lesi, terus dia sapukan bam kat tengkuk. Drive balik rumah petang tu pun dalam keadaan pening-pening lalat. Balik rumah terus baring, rasa tak nak bercakap dengan sesiapa. Sian Zahin ngan Najah, sory ummi betul-betul rasa tak sihat. Pagi ni pun masih rasa tak sihat.


Sedih jugak bila mengandung tanpa suami di sisi. Layan je lah rasa tak sihat ni seorang diri. Entahlah suami di sana tahu ke tak keadaan isteri di sini. Tapi tak mo sedih-sedih. Tak mo layan-layan blues nanti baby ikut perangai ummi.

10 Feb 2014

20 minggu sudah..

Assalamualaikum


Happy Monday.. Happy ke? Boleh la kan..Alhamdulillah kandungan dah mencecah usia 20 minggu. So masuk 5 bulan sudah..


Alhamdulillah, segala syukur padaMu Ya Allah. Kandungan ini selamat sehingga usia 20 minggu. Doktor kata usia sebelum 20 minggu berisiko besar untuk gugur, sama seperti kandungan yang lalu. Tapi syukur sekurangnya masih ada harapan yang DIA beri pada kami. Syukran Ya Allah.


Yang paling best, dah tak alahan lagi. Dah boleh bau minyak, dapur dan sebagainya. Alhamdulillah. Berat badan pun dah naik sedikit. Lost 5 kg bukan satu benda yang menarik hahaha...Tak sanggup rasanya nak kenang semua alahan tu. Alhamdulillah dah boleh makan walaupun selera tu kejap on kejap off.


Tapi masih ada sesuatu yang perlu dirisaukan. Cyst Endometriosis ni. Makin hari semakin tak selesa. Walaupun dia tak membesar just static je, tapi kehadirannya sangatlah tidak menyelesakan. Kadang-kadang terasa seperti kejang diperut, tak pasti samaada sebab cyst atau bukan. Kerap kencing jugak satu dari masalah yang buat rasa tak selesa. Kaki pun dah mula pandai kebas-kebas, tapi tak bengkak besar pun.


Perut masih kecik tak nampak lagi walaupun hakikatnya dah tak leh pakai mini kurung. So fokus pada baju kurung buat masa ni.Huhuhu. Tapi dah start beli sikit-sikit baju maternity. Semangat la pulak hehe.


Seriously...Saya teruja dengan kehamilan ni. Walaupun suami masih belum bertukar ke sini, tapi saya tetap semangat berjuang habis-habisan. Saya nak buktikan kat doktor hospital yang selalu saya pergi check tu bahawa saya buat keputusan yang tepat untuk teruskan kandungan ni. Huish apahal pulak ni?kikiki





20 Jan 2014

Ramainya Warga Asing

Assalamualaikum.


Sejak dua menjak ni saya rasa macam stress sangat-sangat. En hubby kata janganla fikir sangat tak baik sebab saya mengandung, tapi saya rasa tak taulah kenapa rasa jelik tu menebal kat dalam hati ni.


Kat rumah abah saya ni... Ada beberapa rumah sewa kembar dua. Kalu tak silap saya lebih kurang 8 buah rumah. Malangnya, penyewanya ialah orang luar. Ada warga Indon, Warga Bangla, Warga Myammar. kadang-kadang rasa geram tengok diorang di sebab dah la tak faham bahasa kita, pastu tak faham bahasa pulak. kalau saya park keta kat garaj (garaj saya jenis terbuka tak ada pagar), anak-anak dia akan datang main bola, baling-baling batu, sandar-sandar-sandar kat kereta. Haish kenapalah membuak-buak geram ni?


Yang mak-mak dia pulak bertenggek depan pintu rumah. Rumah tu pulak sliding door. Siap bawak kerusi lepak kat situ makan-makan lagi. Yang tak tahan buang sampah kat situ pulak tu.


Saya tahulah tuan rumah tu memang perlukan penyewa untuk rumah dia tapi please janganlah sampai bertukar ganti penyewa dengan warga asing je. Baru-baru ni ada kecurian kat rumah jiran saya tapi polis datang tangkap pastu dilepaskannya balik diorang ni. Hmm mungkin tak ada bukti atau sebagainya kan.


Saya tak suka suasana bila anak-anak saya terpaksa membesar dengan anak-anak mereka yang tak disekolahkan. Bukannya nak menghina, tapi sungguh saya tak selesa. Bila raya, diorang datang berkampung ramai-ramai. Allahuakbar masa tu kita nak pergi beraya, nak keluar pun takut. Diorang akan tengok kita macam kita pulak yang datang negara diorang..Tapi en hubby kata biarlah..


Huwa.........................menjerit dalam hati ajelah....................

15 Jan 2014

Salam semua....

Assalamualaikum.


Lama sangat tak menulis apa-apa kat blog ni. Jangan kata menulis..menjenguk pun tak. Alhamdulillah hari ni baru berkesempatan jenguk blog.




Alhamdulillah, untuk pengetahuan semua......ceewah...


Saya mengandung dan usia kehamilan mencecah 17 minggu esok. Alhamdulillah. Sangkaan doktor bahawa pengidap Endometriosis dalam Rahim susah untuk mengandung meleset sama sekali. Syukur Alhamdulillah, Allah memberi saya dan suami rezeki yang tak ternilai tak lama selepas gugur 6 bulan lepas. Alhamdulillah.


Tak terucap kata-kata bila disahkan mengandung lagi. Allahuakbar...besarnya kuasaMu Allah. Akan saya dan suami jaga rezeki yang Kau berikan ini.


Zahin dan Najah terpinga-pinga bila saya bagitau saya mengandung lagi. Berkali-kali Zahin tanya, ummi kan dah gugur sebelum ni. Ni baby yang baru ke?




Alahan teramatlah teruk. Bulan Disember je saya ambil unpaid leave. Tak mampu nak drive langsung dengan tekanan darah yang rendah, muntah purata sehari ialah 5 kali. Mudah rasa nak pitam. Hmm sama je dengan kehamilan sebelum ni. Memang saya jenis yang alah hehe.




Cuma mungkin sebab ada Endometriosis ni, keadaan kesihatan saya agak merosot. Saya kerap sakit di bawah perut sebab doktor kata kandungan tu menekan Endometriosis yang berada di posisi bawah kandungan. Doktor  ada beri masa 2 minggu sebelum ni untuk putuskan samaada nak menjalani operation buang cyst tu atau pun tak, tp tetap ada risiko.


Jadi saya putuskan untuk teruskan kandungan ini walaupun doktor nasihatkan supaya tak terlalu berharap. Katanya tak mustahil saya akan gugur lagi ketika kandungan makin membesar atau tak mustahil cyst Endometriosis ni akan pecah dan menyebabkan operation dijalankan serta merta bagi menyelamatkan saya. Hmm biarlah...Saya percaya dengan kekuasaan Allah. Biarlah saya teruskan kandungan ni daripada saya mungkin "membunuh" bayi ini kerana bius yang akan disuntik ketika sessi operation nanti.


Buat masa sekarang doktor nasihatkan saya supaya tidak stress dan melakukan kerja-kerja berat yang mungkin akan memberi risiko lebih besar. Doakan saya ye. Semoga dia lahir dengan selamat amin Insya Allah.







27 Sept 2013

Kursus di ILIM

Assalamualaikum.

Berat rasa hati nak tinggalkan Zahin dan Najah. Tapi saya kena kuat semangat jugak. Minggu depan saya akan terlibat dengan Kursus Pendakwaan di ILIM, Bangi. Jadi saya akan tinggalkan diorang selama seminggu. Sekurangnya ada mak, abah dan kakak yang akan menjaga diorang.

Last week saya dah bagitau awal-awal kat Zahin dan Najah. Zahin okay je. Dia memang matang. Tapi Najah awal-awal lagi dah sebak dan mengelap airmata guna baju yang dia pakai. Alahai...sebaknya ummi nak tinggalkan. Tambah pulak bila dia Tanya, adik nak tidor dengan siapa..siapa nak peluk adik..Adui...lagi la lemah semangat ummi..

Air kencing kotor

Assalamualaikum.

Petang semalam abah buat saya terperanjat bila dia bagitau Najah terkencing dalam seluar masa balik dari sekolah. Aik? biar betul anak ummi ni. Tak pernah lagi dia jadi macam tu.

Dah tu kakak pulak bagitau dia perasan Najah asyik ke toilet buang air kecil sedangkan dia bukannya minum ayaq banyak sangat pun. Hmm musykil sungguh. Memang ada perasan lately ni asyik ke toilet.

Bila tanya dia ada rasa sakit tak kat pet pet or perut, dia kata tak sakit. Tapi dia kata bila nak terkucil, rasa tak menyempat-nyempat. Tu yang terbabas kena kat seluar tu.

Malam tadi jugak saya bawa ke klinik. Mula-mula doktor check kat pet pet dia takut ada jangkitan tapi tak de, okay je. So doktor nak ambik sample air kencing. Menangis-nangis la budak tu bagitau tak rasa nak kencing. Tapi saya pujuk jugak.

So bila dah dapat sample baru tau rupanya air kencing Najah kotor. Ada sedikit darah kat dalam sample air kencing tu. So doktor bagi antibiotik dan ubat lawas air kencing. Dalam masa sama doktor suggested kan supaya rebus barli dan beri dia minum sekerap mungkin. Adui..suspens sungguh. Ye lah bila ada anak perempuan nie macam-macam benda yang terlintas di fikiran saya. Saya rasa risau. Alhamdulillah tak ada apa yang perlu dirisaukan. Doktor kata mungkin Najah suka tahan kencing sebab tu kuman merebak ke salur kencing dia.

25 Sept 2013

Saat diaibkan..

Pertama kali dimarahi Hakim hari ni. Di depan semua OKT, Polis, Pegawai Pendakwaan dan audiens. Hilang mood.

Cara Nak Hilangkan Rasa Sedih

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau. 

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur. 

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran 

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’ 

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH

Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Terima kasih kawan...Sebab beri saya kekuatan dengan penulisan di atas..

24 Sept 2013

Orang masih bercakap rupanya

Hmm...tak habis-habis cerita tentang PJJ saya nie. Saya pun dah malas nak cakap apa. Terpulanglah orang sekeliling nak cakap apa lagi. Nak cakap tentang rumahtangga ni saya rasa tak perlu lah. Rumahtangga masing-masing, masing-masinglah jaga. Kalau nak kata bahaya bila berjauhan, kata lah. Siapa yang minta bila kita ditakdirkan menghadapi sesuatu dugaan dalam hidup seharian.


Dah 3 tahun saya kat sini. Hubby pun ada alasan tersendiri kenapa dia masih di Shah Alam. Bukannya saya tak berusaha untuk bertukar, dah tak ada rezeki saya nak buat macammana. kalau nak diikutkan tentang rasa kecewa diorang, hati saya yang kecewa sape lak yang tahu.


Saya tak faham bila isu ni dibangkitkan oleh orang-orang lelaki. Kalau dah orang perempuan tu kita tahu dah diorang memang suka bercakap. Kalau tanya satu soalan, berpatah-patah perkataan yang muncul. Tapi yang peliknya bila lelaki yang mempunyai 9 akal dan 1 nafsu pulak yang mengeluarkan statement berjela-jela.hmm..manusia..


Isu nak izinkan suami berkahwin lain? Isu apa tu? Saya tahu as a wife saya tak melaksanakan kewajipan seperti sepatutnya, sekurangnya saya dah cuba sedaya upaya melaksanakan seadanya. Sekurangnya saya bersyukur hubby tak bersuara. Tapi jika ada yang terlintas di fikirannya...siapalah saya untuk menghalangnya.


Plan untuk sekarang nie, biarlah kami berdua yang tahu. Ataupun mungkin jawapannya ada pada hubby. Saya tak mahu bersuara apa-apa lagi dah. Siapa saya untuk paksa dia berhenti kerja, jual rumah dan berhijrah ke sini. Dan saya sendiri yang tahu risiko jika saya berhenti kerja dan balik ke sana tanpa sebarang pekerjaan. Tolonglah faham setiap manusia ditakdirkan untuk menikmati dugaan dan ujian yang tersendiri.


Hilang mood bila orang asyik bercakap tanpa menjaga sensitiviti kita. Saya tak mampu nak balas balik apa yang diorang kata sebab itu bukan diri saya.


Blog saya telah dipadamkan

Assalamualaikum.

Adeh, 4 hari saya tak dapat buka blog nie. Dengan alas an blog ni telah dipadam. Pelik kan..? So setelah bertungkus lumus selama 4 hari, dan mencuri masa yang ada sikit-sikit tu saya telah melakukan jejak kasih ke atas blog nie. Hmm..letih sangat macam baru balik dari mendaki gunung.

Bila saya check balik rupanya no phone yang saya telah daftarkan ke atas email saya telah digodam. Dan no phone tersebut dah lama saya tak pakai. Saya pun tak pasti sebenarnya apa yang berlaku. Tapi itulah yang berlaku.

So lepas ni kenalah berhati-hati walaupun hakikatnya tak tahu pun apa motif blog saya kena padam. Nak kata blog ni sensasi sangat, tak de la pulak kan. Hmm so confius. Anyway..selamat bertemu kembali....Setelah 4 hari lari dari rumah.

19 Sept 2013

Tolong..jerawat kembali lagi..


Pagi masa bangun tidur, tengok cermin. Masuk ofis terus tengok cermin lagi yang letak atas meja ofis. Pastu sembahyang zohor, tengok cermin lagi. Mandi pun tengok cermin, nak tidur pun masih tengok cermin.....Arghhhhh...tu kalau boleh menjerit. Tapi disebabkan kite orang perempuan yang sopan dan santun, jerit dalam hati je la. konon..


Ni la masalah saya sekarang... JERAWAT...


Dah setahun dah jerawat saya on dan off. Kadang saya wat tak kisah je, tapi masa balik kampong hubby baru-baru nie ramai yang menegur..


"Eh lynn, nape muka ko teruk sangat ni?"

"Kak lyn, teruknya jerawat k.lyn, sebelum ni tak ada pun."


Huwa....sedihnya... Teruk sangat ke jerawat nie? Ai tanya la pulak sedangkan memang dah tahu betapa teruknya masalah jerawat nie kan. Hubby pun asyik tegur. Dah la jumpa sesekali. Time jumpa tu la banyak pulak jerawat yang tumbuh subur.


Orang kata wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Sebelum nie saya dah pernah publish pasal jerawat di sini.. Tapi tu la...Bila berhenti ubat klinik doktor Haseenah sebab masalah jauh dan tak larat nak ulang alik (dah jarang balik Shah Alam) masalah jerawat ni makin menjadi-jadi.


So..sebab bahan kimia dah banyak dah kat muka saya nie  (padahal dah tak tau nak guna apa lagi dah)..so dah seminggu saya kembali menggunakan produk asli dan tradisional iaitu kulit kayu manis + bedak sejuk.


Saya tak la rajin sangat. Maklumla umur dah meningkat. Tapi kalaula kawan-kawan ada pendapat dan cadangan, saya alu-alukan. kalau boleh bagi petua yang cepat dan selamat k.. Hehe nak cepat je kan.. terima kasih semua..


3 Sept 2013

Naik Minyak

Assalamualaikum.


Harga minyak naik..Mula-mula memang tak nak sentuh langsung.
Tapi status di FB seorang kenalan menyatakan

"Jika berkira sangat dengan harga minyak yang hanya 20 sen tu lebih baik naik basikal"..

Fuh...agak menyentuh sanubari akak tu...walaupun sebelum tu akak tak komen langsung pasal harga minyak yang naik.

Perjalanan saya berulang alik ke tempat kerja ialah 76km pergi dan balik, tak termasuk harga tol dan makan minum di Bandaraya Pulau Pinang sangatlah tinggi, so saya memang kena hadapinya dengan tabah. Tapi nak naik basikal sejauh 76km...? hahaha..agak-agakla..
Gambar goole


2 Sept 2013

Assalamualaikum.

Hari Sabtu ada dua kenduri yang kena hadir. Sorang adik kat ofis tu. hezra nama die. Sorang lagi anak sorang dari staff saya. nasib baik dua-dua kat sebelah Pulau. Berdekatan. So macam tak aci pulak kalau tak pegi keduanya kan?


Tahniah Hezra dan suami..Semoga perkahwinan hangpa berdua kekal hingga akhir hayat..

Ni menantu staff seofis..Tahniah juga..Tengoklah Najah tu..Comotnya anak ummi..dah la bawah hidung ada parut besar..hai la anak..

Hidup berumahtangga ada pelbagai onak dan duri. semoga mereka semua berbahagia dan kuat menongkah arus rumahtangga.

29 Aug 2013

Hai Semua..

Assalamualaikum.


Lama sangat tak jenguk kat sini. Entah ada yang merindu ke idak ye?Hahaha perasan je lah. Hubby je lah yang asyik duk bertanya, lama tak update belog?

Makin lama makin sibuk. Macam kat ofis saya sekarang nie, sibuk bebenor minggu depan Audit Sirim. So kena perbaiki apa yang patut untuk kekalkan reputasi sediaada.


Hmm nak cerita pasal apa ye? Kalau nak diikutkan macam banyak benda pulak nak cerita, tapi kadang-kadang rasa macam dah basi pulak.


Ramainya kawan-kawan yang dah selamat melahirkan baby..Jika saya tak gugur, mesti saya sedang membaya seorang bayi comel dalam kandungan kan..Oh so sweet..najah dan Zahin selalu tanya, bila lagi nak ada baby. Saya selalu beri jawapan selamat, tunggu ummi sihat dulu.Insyaallah...apa pun saya kena pegi check up cyst ni minggu depan sebab risau jugak lama-lama dalam perut ni doktor kata takut pecah. hmm entah la kalau doktor tu nak takutkan je ke..

Setakat ini dululah pembukaan untuk hari ini, kita jumpa lagi hari lain ye..Salam kasih untuk semua kawan-kawan..

9 Jul 2013

Mood Ramadhan Anda?

Dah lama tak menjenguk. Apa khabar agaknya kawan-kawan semua?

Malam nie dah berterawih, dan esok dah mula berpuasa. Saya doakan kawan-kawan semua sihat dan selamat Menyambut Ramadhan serta berpuasa ye.

Alhamdulillah, esok saya akan melatih Najah untuk berpuasa. Harap-harap dia mampu berpuasa lah kan. Semalam abah dia dah pesan supaya berpuasa. Tak tahula anak Ummi dan Abah tu boleh puasa ke tak. Tapi kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Usia 5 tahun saya biasanya beri kelonggaran kat anak-anak. Macam Zahin dulu 5 tahun puasa 7 hari je, 6 tahun 15 hari. Tapi syukur alhamdulillah masa tahunlepas usianya 8 tahun, dia berpuasa penuh. Harap-harap tahun ni pun anak lelaki Ummi dan abah tu berpuasa penuh lagi. Insyaallah..Amin.

Buat kawan-kawan .. Tahun ni tahun ketiga saya berpuasa jauh dari suami. Hehe sedih jugak mengenangkan encik abang kat Shah Alam tu. Tapi takpe, hujung minggu bolehlah berbuka bersama. Tak dapat seminggu sekali, dua minggu pun takpe.

Selamat menunaikan Ibadah Puasa ye kawan-kawan.. Sama-sama kita menambah amal ibadah di bulan yang mulia ini. Salam sayang untuk semua.

10 Jun 2013

Endometriosis

Assalamualaikum..

Saya nak share tentang cyst yang saya hadapi, mungkin info ni sangat bermanfaat untuk semua. Artikel ni saya copy dari blog Dr Arshad

Apa punca endometriosis?

Endometriosis




PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.


Bagaimana endometrium terjadi?

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament) ini kes saya.., tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.


Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.


Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.


Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.


Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

6 Jun 2013

Saya GUGUR..

Assalamualaikum.

Lama saya tak menjengah di sini. Mungkin mencari kekuatan untuk berada dan bercerita di sini..Atau mungkin saya mahu melupakan semua yang berlaku..Mungkin..

Hari ni hari kedua saya bekerja..Selepas MC selama 22 hari. Ye..saya gugur ketika usia kandungan 10 minggu. Hampir 3 bulan kandungan di dalam Rahim.

Sempat juga merasa alah, mabuk. Betapa saya bersyukur dikurniakan semua rasa dalam hidup ini. Pada mulanya saya agak tertekan. Entah..taktau kenapa perasaan tu ada. Saya tak pernah lalui keguguran sebelum ini, dan saya tak pernah merasai perasaan itu sehinggalah saya mengalaminya sendiri.

Ketika doktor mengkhabarkan berita tersebut..saya cukup emosi. dengan keadaan yang berada jauh dari suami, saya gugup bila diberitahu bahawa dia telah tiada. padahal saya masih merasa mabuk, pening, muntah.

Saya menangis di hadapan doktor. Bukan kerana semata-mata sedih dengan perkhabaran tu..Tapi sejak kebelakangan ni banyak yang saya lalui dalam perjalanan hidup.

Cyst saya juga makin membesar. Doktor mencadangkan operation dillakukan hujung Julai. Saya masih berusaha menggunakan kaedah tradisional, Islam agar cyst tersebut kecut sendiri. Insyaallah..

Cerita PJJ saya masih sama..Cuma saya mohon doa dari kawan-kawan supaya saya dan hubby diberikan kekuatan untuk mengubah hidup kami yang sedia ada ini. Saya harap kami dapat bersama kembali..

Untuk hubby..

Terima kasih kerana di sisi saya ketika saya lalui keadaan tersebut.. Terima kasih kerana sabar dan menyabarkan saya. Terima kasih kerana berkorban segalanya..Terima kasih kerana menyuap makanan ke mulut saya..Saya sayangkan abang seperti saya sayangkan diri saya. Untuk anak ummi yang tak sempat lahir..Ummi sayang sangat..Ummi takkan lupa setiap saat awak berada dalam kandungan ummi.. Ummi harap dapat berjumpa dengan awak di sana...Insyaallah..amin..

22 Apr 2013

Cyst dalam Rahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Kandungan telah masuk usia 7 minggu. Sehari selepas hubby balik ( 13/04/2013) Saya telah admitted di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang kerana bleeding yang berterusan.

Pada mulanya kami ke Klinik Bersatu Tasek Gelugor then doc yang bertugas telah scan dan memaklumkan tiada kesan kantung janin ditemui. Jujur akui saya hampa sekejap tapi bila hubby ada di sisi dan berikan kekuatan supaya berserah pada Allah, saya redha dengan ketentuan tu.

Doc menulis surat bagi tujuan rujukan di Bahagian Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan keesokan harinya saya sempat hantar anak-anak ke sekolah dengan hubby. Dalam keadaan yang tak berapa nak kuat, tekanan darah rendah, lenguh kaki dan sakit di bahagian ari-ari saya dan hubby terus ke Bahagian Kecemasan.

Di sana saya dinasihatkan supaya ditahan di wad dengan alasan mereka perlu melakukan scan secara ultrasound (betul ke ni?). Dan ketika scan itulah seorang doktor perempuan terus rujuk saya ke pakar 1 di HSJ dengan memaklumkan bahawa dia tidak pasti dengan hasil scan yang telah dilakukan ke atas saya.

Selepas dirujuk ke pakar 1 barulah doc pakar tersebut menerangkan bahawa di dalam rahim saya memang terdapat kantung janin yang masih kecil dan disebelahnya terdapat cyst sebesar tapak tangan. Bayangkan perasaan saya...Dunia perubatan bukanlah satu dunia yang dekat dengan saya, tapi bila dia sebut cyst saya terus terfikir tentang kandungan yang masih kecil tu. Bohonglah jika airmata tak menitik. Terasa betapa daifnya sebab saya tak pernah membaca lanjut tentang cyst.

Doktor nasihatkan saya tidak banyak bergerak, tidak stress kerana ada dua kemungkinan yang akan berlaku kepada saya samaada saya gugur atau cyst tersebut mebesar bertukar menjadi kanser.

Dan hari ni...saya masih lagi bleeding walaupun berehat panjang selama seminggu di hospital dan di rumah.

Tapi bezanya, kekuatan yang saya ada lebih kuat berbanding minggu lepas. Jika Allah lebih menyayanginya..saya redha..Tapi jika takdirkan dia milik saya di dunia..Saya bersyukur dan berdoa semoga dia baik-baik..sempurna tubuh badan dan akal fikiran. Insyaallah.

Saya bersyukur walaupun hubby jauh dari saya sekurangnya saya ada ramai kawan-kawan yang mengambil berat tentang saya. Dan saya hargainya. Semoga kawan-kawan semua berada dalam lindungan Allah. Tak kira di mana sahaja berada.

Paling saya syukuri..alah dan mabuk tak lah seteruk ketika mengandungkan Zahin dan Najah. Tapi ada la muntah-muntah dan pening. Bezanya saya lebih kuat berbanding dulu. Mungkin Allah kasihankan saya yang jauh dari hubby dan perlu drive sejam untuk ke tempat kerja.

Keputusan tentang cyst dan scan untuk tentukan samaada kandungan masih ada atau tak pada hujung bulan ni. Setakat ni saya selalu amalkan surah Al-Fatihah, Surah Luqman, Surah Al-Hijr ayar 97-99 untuk mengelakkan gugur. Serta zikir yang diberikan Nurul (kawan saya) iaitu Ya Mubdi Ya Jalil yang bermaksud..Maha memulai dan Maha Luhur iaitu yang memberi nywa dan mencipta sesuatu yang tidak ada sambil memegang perut. Insyaallah..

12 Apr 2013

Hamil dan bleeding

Assalamualaikum.

Kandungan saya baru disahkan mencecah usia 6 minggu. Alhamdulillah. Pening dan loya pun dah datang bagi salam dah tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pengalaman lalu rasanya kira okay lagi yang ni, tak lah teruk lagi. Tapi tak tau la kot masih baru lagi kan. Harap-harap Allah permudahkan sebab bukan senang untuk melaluinya tanpa suami di sisi.

Alhamdulillah, hubby seronok sangat. Zahin dan Najah pun nampak memahami. Zahin makin rajin membantu kalau saya perlukan apa-apa pertolongan. Nampak sangat dia bertanggungjawab memikul tugas sebagai seorang abang.

Najah pun dah kurang buat perangai. Ada la lagi sikit-sikit perangai mengada-ngada tu. Tapi tak lah teruk sampai saya tak boleh handle.

Awal pagi, memang terasa susah sangat nak bangun pagi seawal 5.45 pagi macam biasa. Berat sangat rasa badan, kaki, kepala. Bila nak gosok gigi tu dah mula rasa cam rasa tak best je nak gosok. Tapi takkan la nak pegi keje tak gosok gigi kan..hehehe..ade ke yang tak gosok gigi pegi keje?

Macam sekarang saya banyakkan mengunyah biskut, makan gula-gula. Pengalaman lalu banyak buat saya belajar untuk mengelakkan mabuk yang teruk. Tapi orang kata kalau dah nak mabuk/alah tu nak buat macammana kan..? Cuma mungkin kita dapat kurangkan sikit rasa mabuk/alah tu.

Hmm lupa pulak nak cerita.

Hari Jumaat lepas, ketika bangun dari tidor tu saya dah rasa lain macam. Rupanya saya bleeding. Malam sebelum tu memang saya rasa sakit perut macam nak senggugut, tapi saya buat tak tahu je la ingatkan sebab badan penat. Pagi esok tu, rasa macam ada sesuatu keluar. Bila check terkejut saya sebab ada darah merah diiringi rasa sakit.

Saya gagahkan diri ke ofis, perjalanan memakan masa 1 jam dengan lalulintas sesak sangat pagi tu. Sampai kat parking, nak keluar dari kereta tak boleh. Rasa sakit sangat kat bawah perut tapi gagahkan diri jugak. Lepas punch card terus naik atas dan ke toilet dulu. Tengok bleeding. Terus saya nangis tak tau kenapa rasa takut, sedih, risau semua ada...


Pagi tu jugak terus ke klinik, doktor terus injection dan beri ubat untuk kuatkan rahim. Sehingga hari ni saya masih bleeding tapi tak banyak dah macam hari tu.


Saya pun tak tau nak kata apa, mungkin masih baru. hari ni hubby balik so esok baru nak ke klinik. Doakan kandungan ni baik-baik ye.. Insyaallah..amenn..