27 Nov 2011

Hormat-Menghormati

Masa kita muda..kita kena menghormati orang yang lebih tua..

Teringat masa kecil-kecil dulu..bila lalu depan orang tua..mak kata kena tunduk badan sikit...kena senyum..jangan tarik muka 14...Bila orang tua bersembang..jangan menyampuk..atau melopong dengar cerita orang...Bila bersalaman..kena cium tangan orang yang lebih tua...bila tetamu datang..kena sambut..layan tetamu dengan baik...kena hidangkan walaupun segelas air kosong..tegur/bertegur sapa bila berjumpa dengan orang yang lebih tua..

Korang rasa ada lagi tak sikap hormat-menghormati macam zaman kita kecil-kecil dulu...?

Teringat kisah seorang pak cik yang menginjak usia tua...

Dia tak lagi dihormati oleh adik-beradik..anak buah...sanak-saudara..walaupun jauh di sudut hati tuanya itu..dia tak pernah tahu..apa kesilapan yang pernah dia lakukan sehingga mereka terlalu bencikan dia..tidak lagi menghormatinya..tidak bersalaman dengannya..tidak menjemput dia makan..tidak bertegur sapa dengannya...

Tapi bila selesai solat..dia tak putus-putus berdoa..semoga silaturrahim antara dia dan adik-beradik..sanak saudara..tidah putus sedemikian rupa...

Kasihan dia...

p/s:Hormat orang yang lebih tua..kerana kita pun akan tua juga satu hari nanti..

Catatan Hari Ini..

Hmm..saya kat Kuala Pilah sekarang..Kampung Hubby...Hari Jumaat saya naik bas dari Butterworth jam 8.30 malam..Jam 1.30 pagi saya dan anak-anak sampai ke S.Alam...Yang paling saya tak suka bila sampai di K.L..kena tukar bas...Tension sangat..Dengan anak-anak tidur..saya pulak dengan nak pegang beg...Tapi apalah yang saya boleh buat..memang dah setahun saya tempuh semua nie..saya terpaksa rela lah..

Saya pun tak faham kenapa mesti tukar bas bila sampai di K.L..Sedangkan beli tiket dari Butterworth ke S.Alam..

Sampai S.Alam..lapar pulak..ajak hubby singgah makan burger kat kedai mamak..balik rumah..terus tidur...penat....

Tengahari Sabtu..bersiap pulak..bertolak ke Kuala Pilah..kampung Hubby..Tadi ada jemputan kenduri kesyukuran dan Pertunangan di rumah sepupu abang..Hilda..(About Hilda)

Dan sekarang...saya ngan family hubby tengah layan bola..Malaysia lawan Bahrain..Saya tak lah minat sangat..tapi bila semua jerit time gol,saya tumpang jerit sekali ok...

25 Nov 2011

Sekadar Berkongsi

Nie saya jumpa..so kita ambil ikhtibar lah ye..


Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini. 

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup.Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami di anggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah Restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya.

Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya. 

Indahnya WANITA



"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

" Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."



Copy & Paste : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 

24 Nov 2011

Wanita Sempurna

Seboleh mungkin semua orang ingin menjadi wanita sempurna di mata sesiapa sahaja..terutama suami....Tapi...Mampukah kita????

Insan biasa....Tapi ingin menjadi insan luar biasa...

Cermin Pecah

Saya sampai ofis pagi tadi jam 9.00 am..Pagi tadi sebelum masuk ke laluan menuju Jambatan Pulau Pinang,cermin depan kereta kancil Nurul pecah.Tetiba je dengar bunyi kuat dan serta-merta cermin tu retak seribu.Tergamam dan Nurul pun agak panik.Cepat-cepat saya suruh Nurul slowkan keta dia dan susur ke bahu kiri jalan.

Semua diam termasuk K.som,Asni dan saya sendiri.Kebetulan pulak minggu nie naik kereta Nurul.Kesian dia.Walaupun rasa macam takut sebab kita kan perempuan..tapi saya beranikan diri jugak.Lepas bincang dan Nurul pun tanya pendapat suami dia..saya ngan Nurul terus pegang besi apa ntah untuk pecahkan terus cermin tu dan buang serpihan ke tepi jalan.Mula-mula Nurul kata nak drive perlahan-lahan pegi ofis dan tunggu suami dia datang bawa keta gi bengkel..Tapi last-last..suami dia datang situ dan bawa keta tu ke bengkel sementara k.som ngan Asni menumpang Ustaz Hafiz(Staff Jabatan) yang kebetulan masuk ofis WP3 iaitu jam 8.30am.

Saya ngan Nurul apa lagi..merempitla gi keje...Naik motor suami dia.Terketar-ketar jugak nak naik motor merentasi Jambatan Pulau Pinang tu..Hehe..kalau naik ngan hubby mungkinla confident tapi bila nak naik ngan perempuan..aduyai...risau seh..

Tapi nasib baik juga ramai staff Jabatan yang memang menggunakan jalan tu so ramai jugak la yang berhenti memberikan sokongan moral tadi..Thanks guys..

Nak naik motor sempat pose dulu tau tapi tak leh nak upload sekarang..nanti lah ek..Sebelum sampai ofis..singgah la makan dulu kat kedai tepi jalan.Selalu masuk ofis 7.30am terus sarapan pagi..nie dah jadi cam nie..lambat la makan..Cik perut apa lagi..merengek la mintak diisi..

Tapi Alhamdulillah..sekurangnya kami semua selamat.Lepas tu da sampai ofis baru member ofis bercerita kata dorang ingatkan jalan jammed sebab accident..rupanya sebab kitorang duk sibuk mengetuk cermin..semua orang nak tengok..terus jadi jammed..

Hubby terkejut beruk bila dapat tau saya naik motor ngan Nurul.Dia macam tak confident sebab apa..kena tanya dia ok..

23 Nov 2011

Maafkan saya..jika..

Salam..saya dah hampir nak bersiap untuk tidur..tetiba saya terperasan..kak Nani..seorang yang saya baru kenal..seorang yang saya rasa ingin saya kenal...membalas dalam FB saya..

Kak Nani..saya appreciate sangat sebab akak sudi untuk membenarkan saya mengenali akak..Tq..Saya memohon maaf jika penulisan saya di dalam blog ini menyinggung sesiapa sahaja..Termasuk Kak Nani..Mungkin dugaan yang saya hadapi tak seberat dugaan mereka di luar sana..Tetapi izinkan saya meluahkan rasa...cuma untuk memujuk hati..Tak ada niat pun untuk menyinggung..

Salam perkenalan untuk Kak Nani dari Kerikil Kehidupan...Selamat Malam..

Perasaan Blues VS Rock

Salam..

Saya baru sampai umah.Hari nie saya apply cuti untuk 2 hari pada minggu depan.Selasa dan Rabu.Hubby kata dia akan cuti so dia ajak saya cuti jugak sebab nak bawa anak-anak jalan-jalan.Saya ok je sebab memang kesian kat anak-anak.Dulu waktu saya dengan dorang memang fleksibel walaupun saya study setiap hujung minggu.Kami ada masa dengan anak-anak walaupun cuma bawa dorang gi small playground kat Tesco,Giant atau Jusco lepas waktu keje.

Kebiasaannya saya cuma akan booking tiket bas melalui agen tiket yang saya kenal kat bus stand.Then nak naik bas baru gi ambik tiket.Tapi petang semalam bila tepon rupanya baru tau agent tu cuti bersalin pulak.So saya dah tak boleh nak booking tiket macam selalu dan dah tentu saya mungkin tak akan dapat diskaun untuk harga tiket sebab beli melalui kaunter dan berurusan dengan orang yang saya tak kenal.

So balik keje tadi..ingat nak ajak carpool saya,Nurul untuk terus pegi beli tiket.Tapi Nurul tak dapat temankan jadi saya terpaksa beranikan diri pegi beli sorang.Saya memang takut kalau nak pegi area bus stand sorang-sorang.Tak taulah..mungkin persekitarannya yang ramai orang buat saya risau.Tapi sebab nak jugak beli tiket dan itu saja jalan yang saya ada,saya pegi jugak.

Dah beli tiket saya terus balik.Saya tak tau kenapa tetiba rasa sayu sangat.Mungkin sebab saya naik bas Shamisha(bas yang saya baru naik sekali sepanjang berulang-alik) atau sebab kak liza(agent yang saya selalu booking tiket) dah bersalin..atau harga tiket tak semurah selalu..Tak tau lah..tapi memang rasa sayu..macam nak nangis..(Tetiba tau)..

Hmm rupanya baru perasan..Saya bawa perasaan sayu nie sejak dari semalam..Sebab semalam saya jadi urusetia Festival Nasyid.Kat sana ramai staff bawa husband masing-masing..bawa anak..dan saya..sorang-sorang..Ntah..tetiba pulak jadi sedih..Biarlah..kalau orang nak kata saya blues pun blues lah..Tapi saya rasa saya memang patut blues..sebab hampir 7 tahun dengan hubby..kemana-mana saja dengan dia..tetiba saya sorang.memanglah saya masih ada dia..tapi dia jauh dari saya.Kalau dari awal perkahwinan dah jauh..mungkin feel saya akan jadi rock sikit kan..Tapi ni..situasi saya..bersama hampir 7 tahun..then berpisah..macam koranglah..apa perasaan bila tetiba masuk asrama dulu-duu?Tentu lah blues kan..?Tapi blues pun blues jugak..Diam tak diam setahun dah saya berpisah dengan dia..

22 Nov 2011

Rindukan dia..Fikirkan dia..


Saya rindukan dia..Rindu sangat...Sebagaimana Zahin dan Najah..yang teramat rindukan abah mereka..Najah yang paling tidak dapat menyembunyikan kerinduan..dia menangis sehingga tertidur malam tadi..Tak dapat hubungi hubby langsung malam tadi..sebab hp dia buat hal..Zahin pula menjadi semakin matang...dia menerima segala ketentuan..tetapi..airmata saya gugur juga bila terdengar doa yang dia lafazkan seusai solat maghrib malam semalam.."Ya Allah..semoga ummi dapat tukar ke S.Alam..abang nak balik umah sana.."

Amin Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin..

20 Nov 2011

Khabar Gembira Itu..

Jumaat lepas..saya dapat tau Sue telah mendapat khabar gembira yang suaminya akan bertukar sekolah dari Sabah ke Penang..Maka berakhirlah PJJ sue dan suaminya selama setahun..

Begitu juga Aiza yang mendapat khabar gembira suaminya bertukar dari Langkawi ke Penang..

Sesungguhnya..saya cuba untuk tersenyum dan berkongsi khabar gembira itu..Walaupun saya tau..empangan mata saya mulai pecah..dan gugur bila saya balik ke bilik..

Ya Allah..Kuatkan hati saya..sebab saya tau..Mawar kehilangan suaminya untuk selamanya..dan saya cuma berpisah hanya untuk seketika...Tapi siapalah saya yang hanya menyandang title insan biasa...saya kena kuat..

Keletihan..

Saya baru balik dari Pulau Aman..oh..terlalu letih..sekarang masa melipat kain ok..pagi tadi operasi membasuh kain..abang..tolong...

10 Nov 2011

Pasar Malam

Hari nie ada pasar malam depan umah mak..saya teringin nak pegi walaupun tak tau nak beli apa-apa.Saya bawa Zahin dan Najah..Sebelum ni saya tak pernah pergi sendiri..keluar rumah sendiri dengan anak-anak.Tapi hari nie saya beranikan diri bawa diorang..Saya belikan apa saja yang diorang nak..

Abang...Saya tengah belajar nak berdikari..cuma kalau boleh saya tak nak kita berada dalam "Zon Selesa"..Maksudnya..rasa dah tak kisah kalau duduk berjauhan...

Kengkawan Pengubat Hati

Bila saya sunyi..saya sedih..selalunya saya kongsi dengan hubby bila balik ke rumah..Bila hubby jauh..hubby sibuk..hubby tak sempat angkat phone..(abg ayg sedih tau abg sibuk)...saya tak suka nak sedih-sedih dan cerita kat kawan-kawan yang lain..Tapi..saya senyum jugak..saya tak nak orang tahu saya sedih..sebab saya tau kisah org lain lagi sedih dari kisah hidup saya..Tapi...kadang-kadang saya suka cerita dengan Nurul Baizura ni tau..Dia tak pernah mengalami kesedihan seperti apa yang saya alami..Tapi dia meletakkan rasa empati...Sehingga membuatkan saya sangat menghargainya..

Kawan-kawan yang lain pun ada keistimewaan masing-masing...Saya sayangkan persahabatan nie..walaupun baru mengenali...semoga persahabatan nie kekal selamanya...amin..

Nie Atiah...

Dari kiri Nurul,Yana,Su..

Su..suami dia pun jauh..Nun di Sabah...Tapi dia kuat..



Yana..tiga dari kiri..semoga hati yana tenang selalu..semoga awan mendung tu berarak pergi..


Hehe..soryla..gambar pengantin kat bawah...Nabil dan isteri..Abidah..Tahniah..

kat bilik pengantin..hehe

Layan k...mama vogue tu...

Najah Safiyya

Najah da makin besar sekarang.Kejap je dah nak masuk usia 4 tahun bulan Januari tahun depan.Tiap hari ada jer keletah yang buat saya tersenyum.Yang paling best bila dia bercakap tu..penuh perasaan..siap memek muka lagi..

Semalam sebelum tidur sempatla berborak sikit.Saja je saya nak usik dia sebab tengok dia asyik menguap..Terkebil-kebil je dia pandang saya sebab asyik bertanya soalan.Tapi dalam mengantuk tu dia jawab jugak.

Ummi: Adik nakal tak bila ummie pegi ofis?
Najah:Adik tak nakal..tapi abang yang nakal.
Ummi: Abang selalu buat (usik) adik tak?
Najah: Celalu cangat dia buat..tapi adik tampar la dia macam nie(sambil menggayakan tamparan ke arah saya)
Ummi:Adik pandai ke tampar dia?
Najah:Pandai..adik tau..
Ummi:Adik tau mana?
Najah:Adik belajar kat ummi la..kan ummmi ajar adik..
Ummi:Bila pulak?
Najah:Kan Ummi selalu tampar adik dengan abang..

Saya terkelu...Aduyai..terkena balik...

9 Nov 2011

Tahniah..Takziah..

Selamat Pengantin Baru untuk staff yang sama-sama bertugas di Jabatan.Hari nie adalah hari yang sangat istimewa untuk Nabil sebab hari nie dia bergelar seorang suami.Semoga rumahtangga diorang berkekalan dan bahagia.Dan tahniah dari saya dan hubby..

Tengahari tadi sempatla jugak kami,warga Jabatan meluangkan masa pergi kenduri dia.Nun di Sungai Seluang,Kulim noh..Amboi sakan nasib baik la KPS ok jer.Sebab dia pun join jugak.Lebih kurang 6 buah kereta jugak la yang pegi tadi..Dia buat kenduri hari rabu nie sebab nak ambil keberkatan Hari Tasyri'..

Alamak..gambar terlupa pulak..nanti saya masukkan ye..sebab handphone tengah cas tu..

Saya nak selitkan jugak rasa terperanjat saya sebab semalam masa bukak FB..ada seseorang yang saya tak suka di ofis telah add saya.So atas adasar saya tak sukakan perangai dia..dan saya tak nak dia cuba mengenali saya..sory..terpaksa reject ok..Tak nak lah berkawan dengan orang yang berperangai macam tu dan saya rasa saya tak rugi tak kawan dengan dia pun..Hehe..sory ye cik puan berlagak..saya tak nak kawan dengan kamu sebab saya rasa awak tak ikhlas..hehe..Takziah sebab ramai yang tak mau kawan ngan awak..

8 Nov 2011

Renovation

Jap ye..tengah renovate blog nie..Maklumla..budak baru belajar..

Termenung sejenak..

Bila 3 hari hubby bersama anak-anak..Terpancar wajah gembira anak-anak yang terlalu rindukan seorang ayah..Zahin makan bersuap..selalu duduk di riba abahnya..Najah selalu mintak didukung sedangkan da besar panjang pun sampai lenguh tangan hubby..

Teringat perbualan dengan hubby di petang Aidiladha..."Abang sunyi duduk rumah sorang-sorang..Kalau boleh abang nak ayang bertukar ke sana secepat mungkin..Tapi abang kena kuat sebab ini adalah jalan yang kita sama-sama pilih.Abang tau ayang pun kuat.."

Saya tak terkata apa-apa..sebab dia memang seorang yang jarang berkata-kata tentang isi hati..Jauh di sudut hati saya tau dia sengsara di sana...Raut wajah pun dah cengkung..Badan juga semakin susut...Semoga Allah kuatkan hati dan beri semangat kepada suami saya...Semoga Kami kuat..Kerana kat luar sana lebih ramai lagi insan yang diduga dengan dugaan yang lebih dasyat...

Masih ingat lagi?

Korang masih ingat lagi tak yang saya pernah nak share ngan korang tentang cerita nie..Saya dah jumpa kisah nie..so korang ambiklah manfaat supaya kisah nie menjadi tauladan untuk kita semua k..

Kisah yang saya suka untuk berkongsi kali ini adalah kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai. Ia adalah kisah yang sangat mengesankan saya dalam bertindak dan menghadapi pandangan manusia.

Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

” Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! ”

Berikutnya, Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

” Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! ”

Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :

” Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! ”

Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi :

” Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!”

Apa kalian dapat dari kisah ini?, saya dapat sangat banyak, dan saya mohon berkongsi sendikit. ” Ridhannas ghoyatun la tudrak! “, itu kata pepatah arab yang mampu menerangkan kisah ini, maksudnya ” Kepuasan atau persetujuan dari SEMUA pihak yaitu manusia adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai “.

Inilah yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya silap, jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi hakikatnya pasti ada perbezaan.

Melihatkan kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang memberi komen2 itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komen itu bukan?, ya, memang ada benarnya, saya akui itu, tetapi setiap komen itu datangnya dari pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan,

saya mahu tanya, jika orang ramai itu tahu kenapa Luqman al Hakim berbuat demikian, yaitu utk mendidik anaknya, adakah komen yang sebegitu akan diberikan?, pasti tidak bukan?…begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang terselindung, apa yang tersembunyi.

Apabila berhadapan dengan pandangan manusia dalam menilai sesuatu, apa yang dikatakan mungkin sangat jujur, namun hakikatnya, manusia akan berkata dengan apa yg dia tahu dan lihat sahaja, sedangkan mungkin masih banyak perkara yang tersembunyi yang tidak ia ketahui dan fahami, ia mungkin satu bentuk kejujuran, namun jujurnya pendapat itu bukanlah boleh menafikan pandangan Allah.

Kerna inilah kita perlu sentiasa memohon untuk melihat dengan pandangan Allah yang sentiasa benar, namun seringkali pandangan Allah itu akan diganggu gugat syaitan laknatullah, kerna itu sumpah setia syaitan, memalingkan manusia dari kebenaran, ia bukan silap manusia lain,
bukan silap siapa2, tetapi silap kita sendiri jika masih mahu melihat dengan pandangan manusia yg serba kurang. Kitalah yg lebih tahu situasi yang sebenar, dan Allah lah yang lebih2 lagi Maha Mengetahui.

Kejujuran perlu datang dengan pakej hikmah, ikhlas, dan benar. Tidak bijak jika jujur datang tanpa tiga perkara itu. Malah kejujuran yang sebenar adalah kejujuran yang membuat diri lebih dekat dengan pencipta, apakah boleh dikatakan kejujuran itu membawa manfaat kirannya seorang Kristian datang berdakwah kepada kita, seterusnya dengan jujur mengatakan bahawa agamanya lah yang benar,
kerna itu yang dia ‘iktiqadkan, adakah itu bentuk kejujuran yang kita mahu mempercayainya dan terus memeluk agama kristian?, itu contohnya, namun pokoknya, pandangan manusia seringkali tersilap, pandangan Allah adalah yang haq, jadi pandangan mana kita mahu ikuti?. Lihatlah dengan hati yang dipandu Allah.

Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :
” Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu ”
Maksud sabda Rasulullah SAW :

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: “Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul
(bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

HR : Imam Tirmidzi
Berhadapan dengan kehidupan, kita sememangnya dituntut untuk saling mengingati antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang jika kita lari daripadanya, maka ia akan merosakkan kehidupan. Lengkap melengkapi antara satu sama lain, menampungi kelemahan yang lain dengan kelebihan kita, dan mengizinkan untuk kelemahan kita ditampungi oleh kelebihan insan yang lain.

Manusia tidak dijadikan Allah berbilion bilion ramainya untuk hidup sendiri tanpa mengendahkan yang lain. Namun, dalam berkata dan menzahirkan pendapat, ia perlu datang dengan pengetahuan yang benar, barulah ia bakal membantu, jika bicara tanpa ilmu yang cukup, tidak memahami situasi dengan sebenar benarnya, maka apa yg diperkatakan mungkin tidak membantu bahkan merosakkan.

Maksud sabda Rasulullah SAW:

” Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja ”

HR : Bukhari & Muslim
Saya memohon untuk sentiasa dibimbing Allah, dan bimbingan itu disekalikan dengan kemudahan untuk melaksanakannya, saya berusaha untuk itu. Saya juga pohonkan agar bimbingan, panduan, dan kemudahan dari Allah untuk sahabat sekalian, doakan saya juga.
Semoga kita sentiasa melihat dengan pandangan Allah, dan semoga syaitan tidak mampu mengganggu gugat apa yang datang dariNya. Sesungguhnnya yakin itu dari Tuhan, keraguan itu dari syaitan, maka pilihlah apa yang datang dari Tuhan. Tetapkan hati saya, tetapkan hati kami, dan tetapkan sahabat seluruhnya dengan keyakinan dariMu, Allahumma ameen!
:)
Maksud firman Allah SWT :
” Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu ”
Yunus : 107.

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha tuk semua yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa nie..Macammana Hari Raya korang..?Tentu meriah dengan sambutan yang meriah kan..

Sambutan tahun nie macam biasa kami semua adik beradik berkumpul bersama-sama..Bezanya pada pagi raya cuma ada 3 orang adik-beradik bersama family masing-masing.Yang 3 orang adik-beradik lagi membawa haluan masing lah no..ke rumah keluarga mertua masing-masing.Kalau nak ikutkan saya pun patutnya beraya di Kuala Pilah,umah mertua..Tapi hubby baik sangat tahun nie..Mungkin dia faham dan kesiankan saya yang kena mengusung anak-anak balik ke sana menaiki bas..bawa pulak beg berbondong-bondong..hehe..so dia kata kita raya kat Penang je lah..hehe..Thanks Hubby..luv you..

Tahun nie mula2 biasa lah kan..solat Aidiladha..Alhamdulillah tahun nie berkesempatan.Dah lama jugak tak dapat sembahyang raya tau..ada je halangan dan dugaan..amboi..

Pas tu tengahari dah bersiap-siap di dapur sebab abah saya buat korban..jadi malam tu ada lah buat jamuan sedikit untuk ahli keluarga dan sanak saudara terdekat..Menu of course lah sup tulang..daging bakar..air asam..kerabut perut campur taugeh..dan hati masak kicap..Fuh..banyaknye kolestrol...Tapi masakan abah memang sedap dan tak de tolok bandingan terutama air asam..hehe..

Bercakap tentang pengorbanan...Saya memang tak buat korban pun tahun nie.Belum berkesempatan dan Insyaallah tahun depan saya teringin nak buat..Amin,,Insyaalah..Tapi kalau secara dalaman..memang setiap orang ada pengorbanan dalam diri masing-masing kan..?Saya dan hubby berkorban untuk tinggal berjauhan untuk masa depan keluarga.Biar apa orang nak kata tapi kami berdua dan family tau kenapa kami lakukan pengorbanan nie..

So kat ofis hari nie jugak..ramai jugak la yang melakukan pengorbanan..korban cuti...untuk bersama family tersayang..dan saya berkorban untuk bekerja..selamat bekerja dan selamat bercuti...

Terima kasih kerana sudi menjenguk di sini..

4 Nov 2011

Keta oh Keta

Sekarang nie asyik hujan kan..Sejuk je kalau tidor...Sedap je tarik selimut..Tapi tu la..bila hujan-hujan nie..rasa risau pulak..Keta saya tu..Tayar dah hampir botak..saya tak perasan.Ye la selama nie hubby yang uruskan semua..Bila dah bersendirian..(huhu)..terpaksa la ambil tahu..

Sejak dua menjak hujan lebat di waktu petang nie..(time balik keje)..saya memang rushed kalau nak balik keje nie..ye la..carpool yang menumpang..Asni dan Nurul tu memang nak kena balik cepat..dorang ada baby..baby pulak kat Babysitter..so dorang nak cepat balik je lah sebab tak best kalau letak anak lame-lame..So saya faham..saya pon rushing la kalau bawak keta tu..

Tapi bila sampai kat selekoh je..ai..lain macam pulak saya tengok..licin semacam je rasa tayar nie..menggelongsor tau..tapi buat relaks lagi..Bila dah banyak kali..ai..makin menjadi-jadi ko..Sekali bila check..Y aAllah..tayar da botak la wei..tahu naik je..dah nampak benang-benang halus(ayat pinjam ayat hubby)..Mau tak terperanjat..Adus..Duit lagi..Baru je servis ri tu..tukar minyak hitam..minyak gear box..wah da kira terer la saya nie dapat sebut semua benda tu..hihi

Dulu memang tak pernah la ambil tahu pasal kereta..Tapi bila hubby kata saya kena la belajar berdikari sebab dia tak boleh nak check selalu..(terasa tau bila dia cakap cam nie)..tapi dalam duk terasa tu..saya rasa memang betul apa dia cakap..

Saya tak taulah..saya memang nak cantik kan kereta Gen 2 saya nie..kalau boleh nak make up dia cantik-cantik..pakaikan lipstic..eyeshadow..blusher..tapi saya tak reti..tu yang kereta tu cam tu..cam biasa-biasa jer..tapi keta saya bersih tau..bersih di dalam(hehe)..kat luar..sebab dia kaler hitam..memangla kotor kan..nama pun musim hujan..ahaks..

3 Nov 2011

Kisah Gembira VS Sedih

Rehat tengahari tadi saya,nurul ngan kengkawan ofis sempat pegi ziarah sorang lagi member kitorang..Nor yang selamat melahirkan baby boy semalam..Kat Hospital Pulau Pinang..Kalau suruh saya pegi sendiri..memang sesat lah..so konvoi dua keta pegi sana.Seronoknya tengok baby..Ni anak ke-2 Nor tau..Yang sulung girl dan da masuk 2 tahun..Comel sangat ibu dan anak..Berseri-seri..

Tapi di sebalik keseronokan tu..saya terkejut tentang satu kes mengenai kisah rumahtangga seorang kawan se jabatan jugak..tentang kecekalan seorang isteri yang berdepan dengan dugaan apabila suaminya membuat permohonan untuk berkahwin lain tanpa menceraikannya.

Zup..tersentap darah saya tau..Selama nie saya ingat dia bahagia dengan hidup dia..Tapi di sebalik wajah manis tu..dia simpan semua kesedihan yang dia rasa.Yang saya pelik..nape la suami dia nak kahwin lain..?Dapat isteri comel..manja..berbudi bahasa..tapi tak reti nak bersyukur tau..

Yang paling sedih..belum kahwin pun si suami da buat macam dia dah kahwin..Siap ada hari balik umah untuk jumpa isteri..dan ada hari pulak untuk keluar dating dengan mak we tu.Apa yang saya tau..isteri dah kering airmata untuk menangisi..Dia hanya berserah memandangkan suaminya masih mengakui sayangkan dirinya dan wanita lain itu..Memikirkan anak dan pujukan keluarga membuatkan dia masih bersabar dan cuba memenangi hati suaminya kembali.

Saya tak dapat bayangkan kalau saya di tempatnya..Nauzubillah..Harap-harap dia tabah..dan suaminya kembali pada dia..amin

2 Nov 2011

Solat Dhuha

Pagi tadi saya pegi surau sebaik je sampai ofis.Tengok ada 2 orang staff sedang solat dhuha..Hmm da lama saya tak solat dhuha..So saya nak share tentang Solat Dhuha dengan korang ye..Bukan nak tunjuk pandai..tapi just sharing..Ni pun saya copy dari blog Nursyirah.wordpress.com


Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…
           

Tumpang simpati

Pagi tadi saya dapat tau ada sorang kawan saya di Jabatan yang sama..menghadapi situasi PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ngan saya..membuat permohonan untuk bertukar ke Sarawak tapi hampa bila permohonan tu ditolak dengan alasan belum sah jawatan.

Saya tumpang bersimpati dengan Ct..sebab walaupun saya PJJ sekurangnya saya masih dalam lingkungan keluarga.Sedangkan ct asal dari Sarawak..berkahwin dan suaminya turut berada di Sarawak..Sebatang kara menyewa kuarters di Penang ni..Tak de kenderaan..atau saudara mara..Kasihan dia.Saya faham perasaan dia walaupun kami jarang berkongsi cerita.Ct nie pemalu sikit orangnya.Saya makin rapat dengan dia sejak Induksi sama-sama.

Anyway Ct..semoga Ct kuat..Semoga Ct dapat bertukar ke Sarawak kembali...Saya tahu Ct kuat sebab Ct adalah kawan saya...dan saya turut mengalami perasaan yang sama dengan Ct walaupun sikit berbeza.

1 Nov 2011

Kawan?

Saya dan dia memang berkawan sebab sama di tempat keje.Kami sama-sama sambung belajar..dan ketentuan Allah..kami terpisah setelah saya di tukarkan ke sini...

Saya tak tau samaada dia adalah kawan yang betul-betul ikhlas atau tak..Tapi adakala saya senang berbicara dengan dia.Kadang-kadang memang nampak dia seorang yang ikhlas..tapi adakala saya susah nak berkongsi sesuatu cerita dengan dia..di atas sebab-sebab tertentu..Tapi tak bermaksud saya nak mengata dia balik.Saya masih bersabar walaupun kadang-kadang saya perasan dia sindir secara tak langsung tentang sesuatu topik.

Tapi semalam..saya makin tercabar dengan sikap dia..tutur kata dia..saya tak faham kenapa dia cuba memancing saya untuk bercerita dan berkongsi masalah sedangkan di akhir-akhir kata..dia menuturkan perkataan yang sangat-sangat saya tidak selesa..

Saya faham jika dia tidak menghadapi masalah dan kerumitan yang saya alami.Mungkin dia telah ditakdirkan untuk berada dalam situasi yang sangat selesa.Tak pernah berasa seakan telah diuji oleh Allah..

Siapalah saya jika nak berkata-kata tentang ketentuan Allah..Tapi saya mintak dia meletakkan perasaan empati nya di tempat saya.Saya tak pernah untuk mempertikaikan apa-apa pun ketentuan hidup dia.Jika itu yang dia pilih..saya hormati sebagai seorang kawan..

Tapi jika dia memilih untuk menjadi duri dalam daging..saya mintak maaf..saya terpaksa membuang dia dari hidup saya walau tak sepenuhnya..Saya memang terkesan dengan setiap kata-kata dia semalam...Terima kasih..saya bersyukur seadanya dan saya faham jika dia tak memahami situasi saya.

Buat insan bernama H****** ... seperti yang saya katakan semalam...jangan terlalu meninggi diri..jika Allah tarik sesuatu nikmat yang kita ada hari ini..tak mungkin kita tidak terduduk...Allah tu Maha Kaya..Terima Kasih kerana berpura-pura menjadi kawan saya..Kawan?

15 minit terakhir

Alamak..lagi 15 minit lagi nak balik..patutla rasa lenguh pinggang..Mengeliat dulu lah..penat pulak..Jap gi dah nak jam 4.30 petang.Tak pe lah..malas dah nak buat keje.Kat luar tengah hujan lebat pulak tu.Tingkap keta terbuka sikit..harap-harap tak basah la kusyen keta.

Ok nanti saya sambung kat rumah je lah...macam terkejar-kejar pulak..nak menaip..nak mengemas..ok..jumpa korang lagi ye..eh..ade ke orang?huhu