10 Nov 2011

Kengkawan Pengubat Hati

Bila saya sunyi..saya sedih..selalunya saya kongsi dengan hubby bila balik ke rumah..Bila hubby jauh..hubby sibuk..hubby tak sempat angkat phone..(abg ayg sedih tau abg sibuk)...saya tak suka nak sedih-sedih dan cerita kat kawan-kawan yang lain..Tapi..saya senyum jugak..saya tak nak orang tahu saya sedih..sebab saya tau kisah org lain lagi sedih dari kisah hidup saya..Tapi...kadang-kadang saya suka cerita dengan Nurul Baizura ni tau..Dia tak pernah mengalami kesedihan seperti apa yang saya alami..Tapi dia meletakkan rasa empati...Sehingga membuatkan saya sangat menghargainya..

Kawan-kawan yang lain pun ada keistimewaan masing-masing...Saya sayangkan persahabatan nie..walaupun baru mengenali...semoga persahabatan nie kekal selamanya...amin..

Nie Atiah...

Dari kiri Nurul,Yana,Su..

Su..suami dia pun jauh..Nun di Sabah...Tapi dia kuat..



Yana..tiga dari kiri..semoga hati yana tenang selalu..semoga awan mendung tu berarak pergi..


Hehe..soryla..gambar pengantin kat bawah...Nabil dan isteri..Abidah..Tahniah..

kat bilik pengantin..hehe

Layan k...mama vogue tu...

Najah Safiyya

Najah da makin besar sekarang.Kejap je dah nak masuk usia 4 tahun bulan Januari tahun depan.Tiap hari ada jer keletah yang buat saya tersenyum.Yang paling best bila dia bercakap tu..penuh perasaan..siap memek muka lagi..

Semalam sebelum tidur sempatla berborak sikit.Saja je saya nak usik dia sebab tengok dia asyik menguap..Terkebil-kebil je dia pandang saya sebab asyik bertanya soalan.Tapi dalam mengantuk tu dia jawab jugak.

Ummi: Adik nakal tak bila ummie pegi ofis?
Najah:Adik tak nakal..tapi abang yang nakal.
Ummi: Abang selalu buat (usik) adik tak?
Najah: Celalu cangat dia buat..tapi adik tampar la dia macam nie(sambil menggayakan tamparan ke arah saya)
Ummi:Adik pandai ke tampar dia?
Najah:Pandai..adik tau..
Ummi:Adik tau mana?
Najah:Adik belajar kat ummi la..kan ummmi ajar adik..
Ummi:Bila pulak?
Najah:Kan Ummi selalu tampar adik dengan abang..

Saya terkelu...Aduyai..terkena balik...

9 Nov 2011

Tahniah..Takziah..

Selamat Pengantin Baru untuk staff yang sama-sama bertugas di Jabatan.Hari nie adalah hari yang sangat istimewa untuk Nabil sebab hari nie dia bergelar seorang suami.Semoga rumahtangga diorang berkekalan dan bahagia.Dan tahniah dari saya dan hubby..

Tengahari tadi sempatla jugak kami,warga Jabatan meluangkan masa pergi kenduri dia.Nun di Sungai Seluang,Kulim noh..Amboi sakan nasib baik la KPS ok jer.Sebab dia pun join jugak.Lebih kurang 6 buah kereta jugak la yang pegi tadi..Dia buat kenduri hari rabu nie sebab nak ambil keberkatan Hari Tasyri'..

Alamak..gambar terlupa pulak..nanti saya masukkan ye..sebab handphone tengah cas tu..

Saya nak selitkan jugak rasa terperanjat saya sebab semalam masa bukak FB..ada seseorang yang saya tak suka di ofis telah add saya.So atas adasar saya tak sukakan perangai dia..dan saya tak nak dia cuba mengenali saya..sory..terpaksa reject ok..Tak nak lah berkawan dengan orang yang berperangai macam tu dan saya rasa saya tak rugi tak kawan dengan dia pun..Hehe..sory ye cik puan berlagak..saya tak nak kawan dengan kamu sebab saya rasa awak tak ikhlas..hehe..Takziah sebab ramai yang tak mau kawan ngan awak..

8 Nov 2011

Renovation

Jap ye..tengah renovate blog nie..Maklumla..budak baru belajar..

Termenung sejenak..

Bila 3 hari hubby bersama anak-anak..Terpancar wajah gembira anak-anak yang terlalu rindukan seorang ayah..Zahin makan bersuap..selalu duduk di riba abahnya..Najah selalu mintak didukung sedangkan da besar panjang pun sampai lenguh tangan hubby..

Teringat perbualan dengan hubby di petang Aidiladha..."Abang sunyi duduk rumah sorang-sorang..Kalau boleh abang nak ayang bertukar ke sana secepat mungkin..Tapi abang kena kuat sebab ini adalah jalan yang kita sama-sama pilih.Abang tau ayang pun kuat.."

Saya tak terkata apa-apa..sebab dia memang seorang yang jarang berkata-kata tentang isi hati..Jauh di sudut hati saya tau dia sengsara di sana...Raut wajah pun dah cengkung..Badan juga semakin susut...Semoga Allah kuatkan hati dan beri semangat kepada suami saya...Semoga Kami kuat..Kerana kat luar sana lebih ramai lagi insan yang diduga dengan dugaan yang lebih dasyat...

Masih ingat lagi?

Korang masih ingat lagi tak yang saya pernah nak share ngan korang tentang cerita nie..Saya dah jumpa kisah nie..so korang ambiklah manfaat supaya kisah nie menjadi tauladan untuk kita semua k..

Kisah yang saya suka untuk berkongsi kali ini adalah kisah Luqman al Hakim, anaknya dan keldai. Ia adalah kisah yang sangat mengesankan saya dalam bertindak dan menghadapi pandangan manusia.

Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan pandangan manusia, Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Mulanya, Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

” Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya, dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! ”

Berikutnya, Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, maka orang ramai berkata :

” Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! ”

Seterusnya, Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, maka berkata pula orang ramai :

” Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!, alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! ”

Akhirnya, Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan membiarkan ia kosong saja, orang ramai berkata lagi :

” Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja!”

Apa kalian dapat dari kisah ini?, saya dapat sangat banyak, dan saya mohon berkongsi sendikit. ” Ridhannas ghoyatun la tudrak! “, itu kata pepatah arab yang mampu menerangkan kisah ini, maksudnya ” Kepuasan atau persetujuan dari SEMUA pihak yaitu manusia adalah sesuatu yang tidak mungkin dicapai “.

Inilah yang kita katakan pandangan manusia, pandangan yang selalunya silap, jika dibandingkan dengan pandangan Allah. Sangat benar, pandangan manusia itu sering berbeza beza, setiap apa yg dilakukan pasti ada saja yang kurang bersetuju, mungkin majoriti, mungkin juga minoriti, tapi hakikatnya pasti ada perbezaan.

Melihatkan kisah ini, saya tidak mengatakan yang orang ramai yang memberi komen2 itu jahil atau silap, ada benarnya setiap komen itu bukan?, ya, memang ada benarnya, saya akui itu, tetapi setiap komen itu datangnya dari pandangan manusia yang pastinya banyak kekurangan,

saya mahu tanya, jika orang ramai itu tahu kenapa Luqman al Hakim berbuat demikian, yaitu utk mendidik anaknya, adakah komen yang sebegitu akan diberikan?, pasti tidak bukan?…begitulah manusia, ia tidak mengetahui apa yang terselindung, apa yang tersembunyi.

Apabila berhadapan dengan pandangan manusia dalam menilai sesuatu, apa yang dikatakan mungkin sangat jujur, namun hakikatnya, manusia akan berkata dengan apa yg dia tahu dan lihat sahaja, sedangkan mungkin masih banyak perkara yang tersembunyi yang tidak ia ketahui dan fahami, ia mungkin satu bentuk kejujuran, namun jujurnya pendapat itu bukanlah boleh menafikan pandangan Allah.

Kerna inilah kita perlu sentiasa memohon untuk melihat dengan pandangan Allah yang sentiasa benar, namun seringkali pandangan Allah itu akan diganggu gugat syaitan laknatullah, kerna itu sumpah setia syaitan, memalingkan manusia dari kebenaran, ia bukan silap manusia lain,
bukan silap siapa2, tetapi silap kita sendiri jika masih mahu melihat dengan pandangan manusia yg serba kurang. Kitalah yg lebih tahu situasi yang sebenar, dan Allah lah yang lebih2 lagi Maha Mengetahui.

Kejujuran perlu datang dengan pakej hikmah, ikhlas, dan benar. Tidak bijak jika jujur datang tanpa tiga perkara itu. Malah kejujuran yang sebenar adalah kejujuran yang membuat diri lebih dekat dengan pencipta, apakah boleh dikatakan kejujuran itu membawa manfaat kirannya seorang Kristian datang berdakwah kepada kita, seterusnya dengan jujur mengatakan bahawa agamanya lah yang benar,
kerna itu yang dia ‘iktiqadkan, adakah itu bentuk kejujuran yang kita mahu mempercayainya dan terus memeluk agama kristian?, itu contohnya, namun pokoknya, pandangan manusia seringkali tersilap, pandangan Allah adalah yang haq, jadi pandangan mana kita mahu ikuti?. Lihatlah dengan hati yang dipandu Allah.

Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya selepas kisah keldai di atas :
” Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu ”
Maksud sabda Rasulullah SAW :

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: “Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul
(bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.”

HR : Imam Tirmidzi
Berhadapan dengan kehidupan, kita sememangnya dituntut untuk saling mengingati antara satu sama lain. Inilah fitrah kejadian manusia yang jika kita lari daripadanya, maka ia akan merosakkan kehidupan. Lengkap melengkapi antara satu sama lain, menampungi kelemahan yang lain dengan kelebihan kita, dan mengizinkan untuk kelemahan kita ditampungi oleh kelebihan insan yang lain.

Manusia tidak dijadikan Allah berbilion bilion ramainya untuk hidup sendiri tanpa mengendahkan yang lain. Namun, dalam berkata dan menzahirkan pendapat, ia perlu datang dengan pengetahuan yang benar, barulah ia bakal membantu, jika bicara tanpa ilmu yang cukup, tidak memahami situasi dengan sebenar benarnya, maka apa yg diperkatakan mungkin tidak membantu bahkan merosakkan.

Maksud sabda Rasulullah SAW:

” Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah perkara yang baik, atau lebih baik ia diam sahaja ”

HR : Bukhari & Muslim
Saya memohon untuk sentiasa dibimbing Allah, dan bimbingan itu disekalikan dengan kemudahan untuk melaksanakannya, saya berusaha untuk itu. Saya juga pohonkan agar bimbingan, panduan, dan kemudahan dari Allah untuk sahabat sekalian, doakan saya juga.
Semoga kita sentiasa melihat dengan pandangan Allah, dan semoga syaitan tidak mampu mengganggu gugat apa yang datang dariNya. Sesungguhnnya yakin itu dari Tuhan, keraguan itu dari syaitan, maka pilihlah apa yang datang dari Tuhan. Tetapkan hati saya, tetapkan hati kami, dan tetapkan sahabat seluruhnya dengan keyakinan dariMu, Allahumma ameen!
:)
Maksud firman Allah SWT :
” Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu ”
Yunus : 107.

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha tuk semua yang sudi menjenguk blog yang tak seberapa nie..Macammana Hari Raya korang..?Tentu meriah dengan sambutan yang meriah kan..

Sambutan tahun nie macam biasa kami semua adik beradik berkumpul bersama-sama..Bezanya pada pagi raya cuma ada 3 orang adik-beradik bersama family masing-masing.Yang 3 orang adik-beradik lagi membawa haluan masing lah no..ke rumah keluarga mertua masing-masing.Kalau nak ikutkan saya pun patutnya beraya di Kuala Pilah,umah mertua..Tapi hubby baik sangat tahun nie..Mungkin dia faham dan kesiankan saya yang kena mengusung anak-anak balik ke sana menaiki bas..bawa pulak beg berbondong-bondong..hehe..so dia kata kita raya kat Penang je lah..hehe..Thanks Hubby..luv you..

Tahun nie mula2 biasa lah kan..solat Aidiladha..Alhamdulillah tahun nie berkesempatan.Dah lama jugak tak dapat sembahyang raya tau..ada je halangan dan dugaan..amboi..

Pas tu tengahari dah bersiap-siap di dapur sebab abah saya buat korban..jadi malam tu ada lah buat jamuan sedikit untuk ahli keluarga dan sanak saudara terdekat..Menu of course lah sup tulang..daging bakar..air asam..kerabut perut campur taugeh..dan hati masak kicap..Fuh..banyaknye kolestrol...Tapi masakan abah memang sedap dan tak de tolok bandingan terutama air asam..hehe..

Bercakap tentang pengorbanan...Saya memang tak buat korban pun tahun nie.Belum berkesempatan dan Insyaallah tahun depan saya teringin nak buat..Amin,,Insyaalah..Tapi kalau secara dalaman..memang setiap orang ada pengorbanan dalam diri masing-masing kan..?Saya dan hubby berkorban untuk tinggal berjauhan untuk masa depan keluarga.Biar apa orang nak kata tapi kami berdua dan family tau kenapa kami lakukan pengorbanan nie..

So kat ofis hari nie jugak..ramai jugak la yang melakukan pengorbanan..korban cuti...untuk bersama family tersayang..dan saya berkorban untuk bekerja..selamat bekerja dan selamat bercuti...

Terima kasih kerana sudi menjenguk di sini..

4 Nov 2011

Keta oh Keta

Sekarang nie asyik hujan kan..Sejuk je kalau tidor...Sedap je tarik selimut..Tapi tu la..bila hujan-hujan nie..rasa risau pulak..Keta saya tu..Tayar dah hampir botak..saya tak perasan.Ye la selama nie hubby yang uruskan semua..Bila dah bersendirian..(huhu)..terpaksa la ambil tahu..

Sejak dua menjak hujan lebat di waktu petang nie..(time balik keje)..saya memang rushed kalau nak balik keje nie..ye la..carpool yang menumpang..Asni dan Nurul tu memang nak kena balik cepat..dorang ada baby..baby pulak kat Babysitter..so dorang nak cepat balik je lah sebab tak best kalau letak anak lame-lame..So saya faham..saya pon rushing la kalau bawak keta tu..

Tapi bila sampai kat selekoh je..ai..lain macam pulak saya tengok..licin semacam je rasa tayar nie..menggelongsor tau..tapi buat relaks lagi..Bila dah banyak kali..ai..makin menjadi-jadi ko..Sekali bila check..Y aAllah..tayar da botak la wei..tahu naik je..dah nampak benang-benang halus(ayat pinjam ayat hubby)..Mau tak terperanjat..Adus..Duit lagi..Baru je servis ri tu..tukar minyak hitam..minyak gear box..wah da kira terer la saya nie dapat sebut semua benda tu..hihi

Dulu memang tak pernah la ambil tahu pasal kereta..Tapi bila hubby kata saya kena la belajar berdikari sebab dia tak boleh nak check selalu..(terasa tau bila dia cakap cam nie)..tapi dalam duk terasa tu..saya rasa memang betul apa dia cakap..

Saya tak taulah..saya memang nak cantik kan kereta Gen 2 saya nie..kalau boleh nak make up dia cantik-cantik..pakaikan lipstic..eyeshadow..blusher..tapi saya tak reti..tu yang kereta tu cam tu..cam biasa-biasa jer..tapi keta saya bersih tau..bersih di dalam(hehe)..kat luar..sebab dia kaler hitam..memangla kotor kan..nama pun musim hujan..ahaks..

3 Nov 2011

Kisah Gembira VS Sedih

Rehat tengahari tadi saya,nurul ngan kengkawan ofis sempat pegi ziarah sorang lagi member kitorang..Nor yang selamat melahirkan baby boy semalam..Kat Hospital Pulau Pinang..Kalau suruh saya pegi sendiri..memang sesat lah..so konvoi dua keta pegi sana.Seronoknya tengok baby..Ni anak ke-2 Nor tau..Yang sulung girl dan da masuk 2 tahun..Comel sangat ibu dan anak..Berseri-seri..

Tapi di sebalik keseronokan tu..saya terkejut tentang satu kes mengenai kisah rumahtangga seorang kawan se jabatan jugak..tentang kecekalan seorang isteri yang berdepan dengan dugaan apabila suaminya membuat permohonan untuk berkahwin lain tanpa menceraikannya.

Zup..tersentap darah saya tau..Selama nie saya ingat dia bahagia dengan hidup dia..Tapi di sebalik wajah manis tu..dia simpan semua kesedihan yang dia rasa.Yang saya pelik..nape la suami dia nak kahwin lain..?Dapat isteri comel..manja..berbudi bahasa..tapi tak reti nak bersyukur tau..

Yang paling sedih..belum kahwin pun si suami da buat macam dia dah kahwin..Siap ada hari balik umah untuk jumpa isteri..dan ada hari pulak untuk keluar dating dengan mak we tu.Apa yang saya tau..isteri dah kering airmata untuk menangisi..Dia hanya berserah memandangkan suaminya masih mengakui sayangkan dirinya dan wanita lain itu..Memikirkan anak dan pujukan keluarga membuatkan dia masih bersabar dan cuba memenangi hati suaminya kembali.

Saya tak dapat bayangkan kalau saya di tempatnya..Nauzubillah..Harap-harap dia tabah..dan suaminya kembali pada dia..amin

2 Nov 2011

Solat Dhuha

Pagi tadi saya pegi surau sebaik je sampai ofis.Tengok ada 2 orang staff sedang solat dhuha..Hmm da lama saya tak solat dhuha..So saya nak share tentang Solat Dhuha dengan korang ye..Bukan nak tunjuk pandai..tapi just sharing..Ni pun saya copy dari blog Nursyirah.wordpress.com


Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…
           

Tumpang simpati

Pagi tadi saya dapat tau ada sorang kawan saya di Jabatan yang sama..menghadapi situasi PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) ngan saya..membuat permohonan untuk bertukar ke Sarawak tapi hampa bila permohonan tu ditolak dengan alasan belum sah jawatan.

Saya tumpang bersimpati dengan Ct..sebab walaupun saya PJJ sekurangnya saya masih dalam lingkungan keluarga.Sedangkan ct asal dari Sarawak..berkahwin dan suaminya turut berada di Sarawak..Sebatang kara menyewa kuarters di Penang ni..Tak de kenderaan..atau saudara mara..Kasihan dia.Saya faham perasaan dia walaupun kami jarang berkongsi cerita.Ct nie pemalu sikit orangnya.Saya makin rapat dengan dia sejak Induksi sama-sama.

Anyway Ct..semoga Ct kuat..Semoga Ct dapat bertukar ke Sarawak kembali...Saya tahu Ct kuat sebab Ct adalah kawan saya...dan saya turut mengalami perasaan yang sama dengan Ct walaupun sikit berbeza.

1 Nov 2011

Kawan?

Saya dan dia memang berkawan sebab sama di tempat keje.Kami sama-sama sambung belajar..dan ketentuan Allah..kami terpisah setelah saya di tukarkan ke sini...

Saya tak tau samaada dia adalah kawan yang betul-betul ikhlas atau tak..Tapi adakala saya senang berbicara dengan dia.Kadang-kadang memang nampak dia seorang yang ikhlas..tapi adakala saya susah nak berkongsi sesuatu cerita dengan dia..di atas sebab-sebab tertentu..Tapi tak bermaksud saya nak mengata dia balik.Saya masih bersabar walaupun kadang-kadang saya perasan dia sindir secara tak langsung tentang sesuatu topik.

Tapi semalam..saya makin tercabar dengan sikap dia..tutur kata dia..saya tak faham kenapa dia cuba memancing saya untuk bercerita dan berkongsi masalah sedangkan di akhir-akhir kata..dia menuturkan perkataan yang sangat-sangat saya tidak selesa..

Saya faham jika dia tidak menghadapi masalah dan kerumitan yang saya alami.Mungkin dia telah ditakdirkan untuk berada dalam situasi yang sangat selesa.Tak pernah berasa seakan telah diuji oleh Allah..

Siapalah saya jika nak berkata-kata tentang ketentuan Allah..Tapi saya mintak dia meletakkan perasaan empati nya di tempat saya.Saya tak pernah untuk mempertikaikan apa-apa pun ketentuan hidup dia.Jika itu yang dia pilih..saya hormati sebagai seorang kawan..

Tapi jika dia memilih untuk menjadi duri dalam daging..saya mintak maaf..saya terpaksa membuang dia dari hidup saya walau tak sepenuhnya..Saya memang terkesan dengan setiap kata-kata dia semalam...Terima kasih..saya bersyukur seadanya dan saya faham jika dia tak memahami situasi saya.

Buat insan bernama H****** ... seperti yang saya katakan semalam...jangan terlalu meninggi diri..jika Allah tarik sesuatu nikmat yang kita ada hari ini..tak mungkin kita tidak terduduk...Allah tu Maha Kaya..Terima Kasih kerana berpura-pura menjadi kawan saya..Kawan?

15 minit terakhir

Alamak..lagi 15 minit lagi nak balik..patutla rasa lenguh pinggang..Mengeliat dulu lah..penat pulak..Jap gi dah nak jam 4.30 petang.Tak pe lah..malas dah nak buat keje.Kat luar tengah hujan lebat pulak tu.Tingkap keta terbuka sikit..harap-harap tak basah la kusyen keta.

Ok nanti saya sambung kat rumah je lah...macam terkejar-kejar pulak..nak menaip..nak mengemas..ok..jumpa korang lagi ye..eh..ade ke orang?huhu

31 Oct 2011

Story..

Korang penah dengar tak tentang cerita nie?Sebenarnya saya da try banyak kali untuk cari sumber sahih tentang cerita nie..tapi saya tak jumpa.Saya tak ingat langsung kisah nie berlaku pada zaman Nabi yang mana..Memang tak ingat..cuma inat sikit-sikit je mungkin masa tu Ustaz saya cerita..tak pun saya yang membaca riwayat Sahabat-Sahabat Nabi.Sungguh saya tak ingat.Tapi saya nak jugak share cerita nie.Mungkin kalau korang pernah dengar korang boleh betulkan cerita saya..

Ceritanya macam nie..tentang seorang bapa dan anak yang berjalan jauh dengan membawa seekor keldai bersama mereka.Si bapa kerana kasihankan anaknya telah meminta anaknya menaiki keldai tu dan dia berjalan di bawah sambil memegang tali.Sampai di satu kampung..Dia terdengar orang kampung di situ mempersoalkan tentang anaknya yang sihat tetapi menaiki keldai.Sedangkan si bapa yang tua berjalan kaki..

Si bapa terus meminta anaknya turun dari keldai..Dan si bapa yang tua tadi menaiki keldai tersebut dengan harapan dia melakukan perkara yang betul.Tapi sampai kat kampung yang lain pulak..dia terdengar pula orang kampung tersebut mempersoalkan tentang ketidakpuasan hati si bapa menaiki keldai..manakala anaknya pula berjalan di bawah.Si bapa terus mengajak si anak menaiki keldai itu bersama-samanya.

Sampai di satu kampung yang lain pulak..Terdengar pulak orang kampung tersebut memperkatakan tentang mereka yang tidak mengasihani keldai yang kecil tersebut sehingga kedua-duanya menunggang keldai tersebut.Si bapa lantas turun dan menurunkan anaknya dari keldai tersebut.Mereka berdua terus berjalan bersama keldai tersebut tanpa mengambil kira apa yang semua orang kampung tersebut katakan..

MORAL OF THE STORY

Tak payah dengar apa orang nak cakap..Saya bukannya apa..teringat tentang cerita nie..bila saya sedar..orang di sekeliling saya suka mempertikaikan apa yang saya buat.

Saya balik ke S.Alam seorang diri..ada orang kata sian anak-anak yang saya tinggalkan..

Saya bawa Najah..dorang kata siankan Zahin tak dapat jumpa abah dia.

Bila saya bawa keduanya..dorang cakap siannya kat saya kena bawak anak2 balik ke S.Alam..naik bas pulak tu..

Tapi dorang tau tak..Ingat senang ke..bawak 2 orang anak yang kecil..Terpaksa tukar bas bila sampai di KL (ikut suka hati driver)..Nak pegi toilet..nak tinggal anak kat luar toilet (dalam toilet jugak)takut orang culik..

Tambas bas kalau dah 3 orang dah tiga kali ganda sebab takde diskaun untuk budak..nak pulak tiap weekend balik..Cuti hubby dah habis..

Nak drive keta mana nak larat..Penang ke S.Alam dengan saya yang amnemia nie..cepat penat..kos lagi...Takkan nak usung mak abah tiap minggu mintak temankan..

Susah nak cakap..sekarang nie..saya nak tutup telinga..sebab saya sendiri pon dah stress sangat berulang alik..Kalau tak balik orang suka buat lawak bodoh cakap jangan tinggalkan suami lama-lama..Nanti dia cari lain..So tutup telinga..senyum,tak payah kata apa2..sebab da stress....stressssssssssssssssss...............sory..


Dulu dan Sekarang

Teringat masa dulu-dulu..masa sekolah dulu..Tetiba tersengih sorang-sorang..sampai Zahin tanya..

"Ummie nape senyum sorang?"
Ish..nampak pulak dia...Hmm..terus jawab.."Takde pape..Ummie senyum kat abang ngan adik lah.."

Nasib baik dia tak komen banyak..Terus pandang TV balik.

Sungguh..Bila duduk sorang-sorang nie..Memang teringat masa zaman sekolah dulu..Masa zaman sekolah menengah la yang rasa paling best sangat.Zaman tu la macam-macam benda kita buat dengan kawan-kawan.Saya memang ramai kawan dulu.Saya tak pilih bulu.Tak kisah lah siapa pun dia..Buruk kah..cantik kah..Pendek kah...Tinggi kah..Tapi..saya memang jenis yang suka bermanis muka dengan semua orang walaupun saya tau dulu muka saya tak cantik..berjerawat..masam..kadang-kadang ade je dengar orang cop saya sombong..

Saya pulak memang statik jer..duk kelas yang sama je..Tapi kawan-kawan saya yang bertukar kelas..atau pun saya pulak yang dapat kawan baru..Yang masuk ke kelas saya.Tapi,walaupun bertukar kelas..Saya masih lagi mengingati dorang.Saya masih lagi mengekalkan kemesraan dengan dorang..Tegur dorang..Tapi dorang (tak semua) ada yang tak nak tegur saya..Hwa...

Masa kat sekolah dulu..Saya bukan minah cintan-cintan tau..kawan-kawan saya adalah hidup saya selain keluarga.Banyak benda yang kami share.Paling saya sayang kawan-kawan yang masih lagi ingat saya sampai sekarang nie..Tak boleh nak mention nama setiap rakan baik yang saya ada..dorang sentiasa kat hati..tapi saya tau dorang tau yang saya sangat-sangat sayangkan dorang..Sebab tu saya masih lagi ambil berat pasal dorang walaupun mungkin kadang-kadang dorang tak perasan kot..hehehe..

Masa sekolah dulu ..selalu sangat share dengan dorang apa je..dorang tak de pun nak kutuk-kutuk..mengejek-ngejek kat belakang.Dorang simpan je apa yang saya citer..Macam tu jugak dengan saya..dengar je citer dorang..pas tu sama-sama nangis..hahahaha....Sebab masing-masing mendengar..memahami...di antara satu sama lain..

Pernah jugak..kitorang sama-sama meminati (admire la konon) mamat yang sama..adus..bila sorang dah terbuka citer tentang mamat yang dia minat.yang saya ngan kawan sorang lagi..dah terkedu..apahal pulak sama nie?adus..tapi tak sampai mana pun kalau dah nama syok sendiri..hahaha..tak kuasa nak gitau mamat tu saya minat ok..

Yang paling best bila boleh pulak minat band omputih..pas tu layan citer cina. ..bila dah besar sikit layan citer hindustan..boleh pulak menari time lagu hindustan tu yang tak tahan..pas tu tup-tup bertukar citer korea..dah jiwang pulak layan citer korea..Hai..memang tak tetap pendirian kan..

Tapi paling saya tak lupa..orang lain sibuk pegi tuisyen..Kengkawan saya nie..sibuk pulak ajak berkelah kat air terjun.Boleh pulak dorang siap bawa pakaian tuk saya mandi.Sebab dorang tau family saya macammana.Ada yang bawak makanan.Saya bawak diri sendiri je.Naik bas je masa tu..(budak sekarang ada motor tau)Tu la kenangan yang paling tak boleh lupa.Tapi tu la..masa tu pakai kamera yang berkodak.Ada la sekeping dua kat dalam album kat umah saya di S.Alam.Dah lama jugak tak buka album lama tu..apa khabar lah agaknya gambar-gambar lama tu kan?

Tapi sekarang...

Saya ada kat sini..kat umah mak ngan abah..kawan-kawan masih lagi keep in touch walaupun dah jarang sangat berkongsi cerita bila masing-masing dah kawen.

Kawan-kawan ada jugak sesekali berjumpa time dorang bersalin..time kenduri..kadang-kadang ada jugak called..sms..mms...fb..

Tapi setiap sorang tu sibuk dengan karier masing-masing.Sibuk ngan family..sibuk ngan anak-anak..Kalau dulu berkongsi apa saja dengan dorang..Sekarang dah tak macam dulu..Masing-masing ada suami..tak pun kalau ada masalah..mungkin dorang ada kawan lain yang lebih rapat kat tempat keje..Tak pun..pendam sorang-sorang..huhu..

Kalau dulu mandi air terjun dengan dorang..kawan-kawan...sekarang mandi air terjun ngan family..Hehe melampau la kan kalau mak budak keluar mandi macam sekolah dulu..tak bawak anak-anak.Kalau ada pun..mesti nak bawak anak sama..ye tak?

Kalau dulu minat citer cina..hindustan..korea..tapi sekarang saya tak sempat pun tengik TV..Tak taulah kawan-kawan saya tengah layan citer apa..

Banyaknya perbezaan dulu dan sekarang...Tu lah lumrah hidup kan..Tapi saya nak..semua kawan-kawan saya tau..saya sangat menghargai dorang..Dorang boleh cari saya jika dorang susah..boleh share apa pun yang dorang nak..saya ada kat sini..Miss uoll..muah muah..

To my all my bestfriend..SMATD..94-98..muah muah..

Hai..

Lama kan saya tak menulis..cuti..ingat tak nak amik cuti..tapi bila fikir-fikirkan...rugi la tak ambik..Rabu dah cuti..ambik je la cuti Khamis dan Jumaat..so terus selasa tu apply cuti.Nasib baik bos ok jer..So terus booking tiket tuk saya ngan anak-anak balik ke S.Alam..

Kat S.Alam..tak de buat apa sangat..just spend time satu family je..hujan..so banyak aktiviti terencat.Cuma sempat gi stadium tengok bola..Negeri Sembilan lawan Terengganu.Hubby kan minat dan fanatik kat N.Sembilan..so saya layankan aje...

24 Oct 2011

Tips Tenangkan Hati


Saya baru realize yang saya berada dalam emosi yang tak berapa stabil 2,3 hari nie.Banyak benda yang saya fikirkan membuatkan hati jadi tak berapa tenteram.Kenapa ntah tapi saya cuba jugak buat tak tahu dan layan je kerenah anak-anak..Dalam duk melayan emosi yang tak berapa stabil nie..tetiba saya terjumpa artikel tentang tips-tips untuk tenangkan hati yang gundah..Mungkin tips yang diberikan ini dapat membantu kawan-kawan jugak ok..
  1. Latih diri dan hati untuk  sentiasa berasa SYUKUR dan belajar hidup bersederhana.
  2. Jangan terlalu mengejar dunia(MATERIALISTIK)..Kejar akhirat sama.Habiskan masa di tikar sejadah dan mengadu pada Allah kerana Allah akan mendengar setiap doa hambaNya.Cuma untuk mengabulkan setiap permintaan kita hambaNya mungkin akan mengambil masa yang cepat atau lambat.Tapi kita kena berusaha,Berdoa dan Bertawakkal.
  3. Bantu orang lain dan eratkan SILATURRAHIM.Kalau dengar ada orang sakit..ziarahlah.Kalau ada rumah terbuka atau ada kenduri kahwin raikanlah...Insyaallah Allah akan curahkan ketenangan ke atas kita..
Wallahua'lam...Jom kita try ye...Then kita hitung sendiri sejauhmana keberkesanannya..Selamat Mencuba...

21 Oct 2011

Rumah Mak masuk air

Semalam hujan lebat.Saya keluar ofis pun baju saya dah basah.Terpaksa jugak redah sebab ada member tumpang,dia nak balik awal sebab nak ambik anak kat BB sitter.

Sesampai kat umah jiran sebelah umah jerit dalam hujan lebat..Bagitau umah dia naik air.Saya relaks je lah sebab fikir umah mak abah saya pernah sekali je masuk air dolu-dolu..Tup-tup masuk umah..saya nampak besen bergerak-gerak..Ya Allah..umah mak masuk air.Terus saya jerit kat mak..bagitau air naik.Mak kata..mak tau dah..nak buat macammana..HUHUHU...Sedih..sian mak saya...tapi nasib baik kat dapur tu tak banyak barang..kalau adapun barang semua ada atas kabinet.3 inci jugak air naik.Kat ruang tamu pun naik air..Habis karpet abah saya..Sedih tau...Tapi mak abah saya relaks je.Mungkin sebab doramg seorang yang kuat semangat.Ababh kata takpe lah..bukan selalu naik air..

Malam tu kami sekeluarga tengok je air tu...Ye lah nak buat apa..?Memang kena tunggu air surut sendiri.Tengah malam tu baru surut sikit.Kakak saya terus ambik mop lap sikit-sikit.Dalam bilik air langsung air tak surut.Kitorang berkumpul je kat depan.Nasib baik umah mak abah saya besar.Lega la sikit.

Pagi ni saya memang berat nak datang keje.Tapi saya datang jugak sebab fikir malas nak ambil EL.Zahin pun demam panas.Malam tadi saya bawa gi klinik sebab tengok dia macam lembik je.Panas badan dia 40 darjah celcius.Sian dia.Mungkin dia rindu hubby.Sebab 2 malam sebelum demam dia asyik tanya hubby je..Sian mak abah saya jugak...sian dan sedih..Tapi saya bersyukur..sekurangnya tak la teruk sangat berbanding jiran sebelah umah yang satu umah dibaiki air...Lagila sedihkan...?

20 Oct 2011

Tips untuk Kebahagiaan Rumahtangga

Saya tertarik dengan satu artikel yang telah saya baca..Bahawa rumahtangga dibina atas dasar kasih sayang dan kepercayaan yang kuat.Suami dan Isteri kenalah berusaha kuat untuk mengukuhkan rumahtangga masing-masing.Tempoh sesebuah rumahtangga kadang-kadang boleh dijadikan pengukur sesebuah kebahagiaan..Tapi adakalanya juga semua tu tak boleh dijadikan sebagai ukuran kebahagiaan.Suami dan Isteri perlu tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.Masing-masing kena tunaikan hak ke atas pasangan masing-masing.

  1. Berfikiran positif...Hiasi rumahtangga dengan gelak ketawa..Jauhi salah sangka terhadap pasangan..
  2. Berdoa untuk rumahtangga yang baik.Bersyukur dengan setiap kelebihan dan kekurangan pasangan.
  3. Anggap dan jadikan Suami atau Isteri sebagai kawan rapat dan kawan baik supaya kita dapat share segalanya dengan dia.Kita juga kena bersedia mendengar segala keluh-kesah pasangan dan perlu ada perasaan simpat dan empati.
  4. Jangan cepat melenting dan mudah marah.Sedia memaafkan segala kesilapan dan kesalahan pasangan.Jangan simpan dendam dan benci nanti akan lebih merosakkan rumahtangga.
  5. Banyakkan berkomunikasi dengan pasangan dan perlu ada juga puji-pujian supaya pasangan berasa dihargai walaupun atas perkara atau perbuatan yang kecil.
  6. Banyakkan senyuman dan sentuhan.Bercakaplah dengan penuh kasih sayang dan jangan sesekali meninggi suara.
  7. Jangan memendam perasaan dan luahkan apa yang terpendam supaya pasangan faham.Pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.Seeloknya ketika waktu nak tidur.
  8. Sesakali berilah 'suprise' untuk pasangan supaya lebih hubungan menjadi lebih erat.
  9. Jangan terlalu mengongkong pasangan.Sesekali biarlah dia keluar bersosial dengan rakan-rakan.(Hmm yang nie kalau boleh setakat main bola tak pe saya setuju.Kalau nak ke Night Club of course la saya pun naik hantu..hahahaha)
  10. Bantu pasangan dalam melakukan kerja-kerja rumah..(Yang nie lagi setuju ok..)
  11. Hubungan seksual yang sihat dan sempurna perlu ada(Yang nie faham-faham je lah..malas nak komen)







Genting Highlands (3)

Sampai je kat dot dot..apa ntah nama tempat tu...Terus saya ngan hubby naik cable car untuk ke atas puncak Genting Highlands.Genting Highlands sekarang ni tak sejuk sangat dah macam dulu.Last saya pegi masa 2009 kira sejuk jugakla...Tu first Impression masa kat atas cable car tu..

Tapi sampai je kat atas..kitorang main macam-macam gakla permainan.Hubby kata anak-anak takde so dia nak saya enjoy ngan dia.Tapi saya memang berpeluh gak la bila dia ajak saya main permainan yang adventure sikit..Mau tak..saya dah la ibu yang beranak dua.Saya tak rasa saya seberani dulu.Risau..berdebar...Jangan la dia ajak saya naik benda yang pelik-pelik.Tapi dia still pujuk ajak naik jugak.

Hubby tengah bersedia nak jadi spiderman.Yang ni memang saya surrender..tak nak sebab meniarap..Takut.....

Muka masing-masing bersememeh..Maklumla..tengah syok nak naik Solero..tetiba hujan..so tempias la sikit kena kitorang..Elok lepas makan..baru g naik semula..Hubby la beriya nak naik jugak-jugak.

Hahahhaa..malu nak upload gambar nie..Muka ketakutan.Saya tak buka mata masa naik Roller coaster..Nak tercabut jantung nie rasanya..Peh..memang saya tak nak naik dah..cukuplah 2x..sebelum kawen dan selepas kawen..Memang tak sama..Ketakutan selepas kawen lebih kuat..Serammmm....
Bas nie ada kat atas tu..Dua tingkat..Boleh makan-makan lagi tau kat atas bas nie..Ada macam-macam menu wastern food...Makanan mahal nak mampus..Tapi dah lapar..makan je la....


Nie depan Pirates ape ntah..Naik keta 2 orang masuk dalam nie.Then ada la pameran ala-ala umah hantu tu..Tapi tak seram langsung.Muka yang keluar dari sini pelik semacam sebab rasa cam bodoh jer masuk dalam nie...

Gambar yang terlalu terang pencahayaan..Saya nak bear ni..tapi hubby tak tembak dengan tepat..So terlepas sudah.Buang duit je..

Gambar terakhir yang sempat ambik sebab bateri handphone masing-masing dah low..Tu la camera tak bawak..Masin mulut saya cakap kat hubby suh simpan semua kenangan dalam hati...Memang ada dalam hati je la...
 
So..sape-sape yang rasa dia dah lama tak spend time ngan hubby korang..korang amik la masa sikit ye..Tuk spend time ngan hubby.Kadang-kadang memang kita akan teringat kat anak-anak bila kita tinggalkan dorang tuk bersama hubby walaupun dalam masa yang singkat.Tapi semua nie sebenarnya akan tinggalkan kesan yang baik tuk kita dan hubby..Terutama tuk rumahtangga juga..Tapi setiap orang ada pandangan sendiri. Mungkin sebab saya dah berumahtangga lebih dari 7 tahun so selama nie asyik berkepit dengan  anak-anak kan... So Selamat Mencuba..

18 Oct 2011

Genting Highlands (2)

Sampai kat KL Sentral,tengok-tengok tiket bas ke Genting Highlands da terlepas..Yang ada just kul 12.00 tengahari..Hah..Biar betol..jam baru kul 9.00 pagi..Nak buat ape nih sementara kul 12.00tengahari..?

Hubby bagi cadangan supaya kami naik dari Puduraya sebab kat situ npun ada pakej yang sama.Saya terus called kat Puduraya.Pompuan tu cakap ada lagi tiket tapi kena gi terus ke sana.Kitorang pon ambil keputusan naik LRT ke Masjid Jamek then jalan kaki ke Pudu..Adui..dah lama sangat tak berjalan sampai terasa menggeletar kaki dan betis.Nasib baik saya tak pakai heel..kalau tak memang mintak dokongla..hehehe

Sampai je kat Puduraya..kaki saya da melecet.Tu lah gatal sangat nak rasa cam zaman dolu-dolu..Tak hingat awak tu dah ada anak dua..hehe..tapi tak kisahla..kira orait la tu..hehe..Singgah jap kedai mamak beli handyplus..mamak tu senyum je kat saya sambil tanya..pakai kasut baru ke?Aiseh mamak nie sibuk pulak...

Sampai kat Puduraya..wah..da cantik la Pudu nih..tak macam dulu...Bersinar-sinar lantai..Siap ada aircond lagi.Teringat masa study dolu-dolu..panas Ya Rabbi kat Pudu nie..Yang paling menarik siap ada pengawal keselamatan yang berlegar-legar kat situ.Ramai jugak tau..Rasa selamat la sikit berbanding dulu tak rasa selamat langsung.

Kitorang terus beli tiket pergi dan balik.Ceh..konon-konon nak naik kat Puduraya dan balik turun kat KL Sentral.Tapi tak boleh pulak.Kena naik kat Pudu dan turun kat Pudu jugak.Hmm..maknanya pas nie kalau turun kat Pudu kena menapak lagilah pegi Masjid Jamek.Hmm hubby kata takpelah..redah ajer...Kitorang pun naik lah bas ke GH kul 10.30 pagi.Naik je bas..ZZZZZZzzzzz..terus tidor....

Bersambung.......




17 Oct 2011

Genting Highlands (1)

Hampir setahun saya ngan hubby berjauhan.Kalau sebelum duk asing nie..saya selalu sibuk ngan study sampai hubby selalu jugak tanya..kelas tak off ke minggu nie?Selalunya jawapan saya memang tak..Memang kelas saya full setiap kali hujung minggu.Kadang-kadang saya faham..hubby mungkin rasa saya sangat sibuk sampai nak spend time ngan dia gi kenduri pun susah.Selalu sangat dia gi orang-sorang..dan kadang-kadang bawa anak-anak bersama..tanpa saya..
Bila dah berjauhan macam nie...Pon masih tinggalkan dia seorang..Tanpa anak pula..Kadang-kadang tergerak gak hati..sian hubby kat sana..Tetiba je bila hubby suh saya balik minggu lepas..saya terasa nak sangat spend time ngan hubby berdua..berdating..Teringat masa baru kawin dulu hubby selalu bawa saya gi Genting Highlands..Kadang-kadang kitorang gi naik kta..kadang-kadang naik bas kat KL Sentral..siap ada pakej tau pergi dan balik Genting sekali ngan outdoor..So..malam khamis tu saya mesej hubby..gitau dia saya ada satu permintaan nak gi Genting..just kitorang berdua..Mula-mula risau gak dia tak setuju..sebab kitorang tak pernah gi mana-mana berdua..tanpa anak..

Malam tu jugak hubby called..Dia kata ok jugak gi Genting berdua..Lagipun bila berdua kita akan lebih mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin..selama 7 tahun setengah kawin..kitorang selalu ngan anak-anak..So nie lah masanya kitorang nak menghabiskan masa bersama..

Petang Jumaat tu saya naik bas seorang diri..Da lama jugak tak naik bas seorang nie..Yelah..selalunya bertemankan Najah atau beserta Zahin sekali..So macam lambat je bas bergerak.Sampai je S.Alam..rasa terubat sikit rindu kat Hubby..

Pagi-pagi lagi saya dah bangun..Lepas solat Subuh,bersiap dan terus kitorang gi makan sarapan kat Seksyen 20.Plan hubby..Lepas makan terus parking keta kat Taman Jaya,PJ then naik tren (LRT) ke KL Sentral..Then naik bas ke GH..Tapi sebaik sampai ke Taman Jaya..laa...Car park kat situ dah tak de la...rupanya dorang dah bangunkan bangunan baru..Terpaksala parking tempat yang mahal sikit..RM7 sehari.Selalunya dulu kitorang parking maksimum RM3 je sehari..Hubby kata tak pelah..sehari RM7..Pejam mata je lah...

Dah parking keta..terus panjat tangga..nak naik LRT..Peh.. dalam hati memang mengibas cerita lama lah..Best giler jalan ngan seorang yang ada ikatan sah...berdua..berpegangan tangan...hehe...Macam pelik jugak sebab da lama sangat tak panjat LRT nih...hehe..
Naik LRT kat Taman Jaya terus ke KL Sentral..orang tak ramai masa nie...ye la..pagi lagi ko...semua tidor lagi agaknyer....

Hehe..Hubby konon-konon cam masa muda-muda dulu lah tu konon-konon...

Bersambung..

Lesu Badan

Saya tak sempat nak update blog sebab sibuk jugak dua hari nie.Saya baru sampai dari S.Alam malam tadi lebih kurang jam satu pagi.Pagi nie rasa penat sangat..kaki rasa lenguh.badan rasa sengal.Nanti saya update ok..

13 Oct 2011

Kena sound

Tadi kat ofis..tetiba saya dapat panggilan dari seseorang..Saya kenal orang tu tapi tak secara in person..Atas urusan tugas je.Tetiba saya kena sound..Saya terkejut sangat..Tak sempat nak cakap apa..tetiba je kena sound.

Tapi saya masih berlembut dan menerangkan perkara yang sebenar.Saya tak sangka kenapala orang@manusia ni suka marah2 tanpa fikirkan tentang perasaan orang.Dalam cuba nak menerangkan lagi..tetiba saya dengar orang tu letak tepon dengan nada kuat..

Ya Allah...Tak faham dengan sifat manusia nie...Kenapala suka buat ikut kepala sendiri..Tak taulah apa saya nak cakap..Rasa darah naik ke muka..Terus saya bagitau boss yang memang ada depan saya..Bos saya kata biarlah tak yah fikir..Memang orang tu macam tu.

Tapi boleh ke akal kita nak terima amarah orang dalam keadaan kita bercakap dalam nada lembut dan dia meninggi suara..Tapi bila kawan-kawan rapat bagitau memang sikap dia macam tu..Saya rasa lega sangat..Biarlah dia..Sekurangnya saya rasa lebih lega..Biarlah...Tu urusan dia ngan Allah..Yang penting dia..telah saya maafkan..Terima kasih diatas aib ini..sesungguhnya saya malu dengan diri saya sendiri..

12 Oct 2011

coret corot..

Alhamdulillah lega rasa hati bila balik dari Dewan Sri Pinang tadi..Lega sekurangnya jalan yang saya tempuh makin hampir ke garisan penamat...

Wah macam lumba lari pulak...Tak la..sekurangnya kalau saya da settle semua benda..cepatlah saya disahkan ke jawatan nie kan...

Malam tadi Najah tanya saya..."Ummie dah habis periksa ke belum?"
Saya jawab.."Belum..sok ada sehari lagi...Nape?"
"Adui..pening kepala adik..bilala ummie nak habis..asyik periksa je..pening..pening..."(Amik ko..budak 3 tahun cakap pening..)
"Tak pe lah..sok habislah...Adik nak ikut Ummie balik S.Alam tak Jumaat nie..Tapi hari sabtu takde sape jaga adik..Ummie Ada keje..abah pun..Adik camna..nak duduk dengan Mak Tok ke camna..?"
"Tak pe..Ummie pegi sorang-sorang..Biar adik duduk ngan Mak Tok..Kalau adik ikut nanti takde sape jaga adik.."

Terharunya...terus cium dia berulang kali...

Kalau ikutkan memang nak bawak dia..Tapi atas sebab-sebab tertentu..terpaksa tinggalkan dia...Tapi tengoklah..kot tetiba rasa nak bawak dia pulak ke...

Semua ibu mesti sayangkan anak-anak yang Allah kurniakan kat kita kan...Macam tu lah saya..Saya tak tau macammana lagi nak gambarkan rasa sayang kat Zahin dan Najah...Diorang jelah harta dunia akhirat yang saya ada...Saya terlalu sayang sangat-sangat..Walaupun kadang-kadang being a parent..of courselah ada je benda yang buat kita marah..Tapi rasa sayang mengatasinya kan..?


11 Oct 2011

Saya Sangat Sibuk

Hari nie saya sangat sibuk...Balik dari Dewan Sri Pinang...Bergegas ke ofis..Ntah apa yang sibuk sangat ntah..balik umah..sibuk dengan anank2...bagi mandi..bagi makan...bagi minum..buka games..so saya adelah sangat ssssssiiiibukkkkkkk.....Banyaknya keje yang saya kena buat...Ade lagi...lupa...Buh minyak keta...buh angin tayar...basuh keta....OMG...sibuknye....

9 Oct 2011

Dah sedia tuk new born?

Malam tadi termimpi pulak..mimpi tentang saya hamil dan perut dah besar tau..Dalam mimpi tu nampak kebahagiaan..Hubby asyik senyum pandang saya...Owh..patutla termimpi..2 minggu lepas saya de bincang ngan hubby tentang kehamilan..

Sebenarnya hubby risau sebab saya makal pil dah lama sangat..Dia kata stop lah dulu sebab rasanya tak bagus sangat tuk jangka masa yang lama..So saya dengan rasa takut,called sorang doktor nih..Doktor tu suggest supaya saya buat pap smear dulu..Kalau tak de ape2..baru boleh sambung makan pil.Tapi doktor tu kata dia tak suggest tuk seseorang individu tu makan pil lebih dari 3 tahun.

Takut jugakkan bila dengar cam tu.So saya tengah tunggu masa yang sesuai tuk g buat pap smear.Pap smear ni bagus kita buat selepas 10 hari kita period tau.Lagi satu kita tak boleh buat pap smear jika telah bersama suami dalam tempoh kurang 48 jam.Sebab nanti benda lain yang dapat detect..(faham-faham lah ye)

So bila da bincang pasal pap smear ni ngan hubby..saya terperasan macam dia nak sorang lagi baby..Dia kata Najah dah besar dah nak masuk 4 tahun.Tapi bila bincang-bincang..dia kata kesian jugak kat saya sebab saya nih kalau mabuk teruk gile...Saya memang tak boleh makan..tak boleh minum..minum je muntah..bau makanan je muntah lagi..tu belum bangun..berjalan..mulalah nak pitam.Saya ada masalah anemia..kurang darah..dah tu sel platlet dalam darah jugak kurang..darah dalam badan saya nih cair sangat kata doktor..

Saya takut sangat nak mengandung sebab saya tau saya tak kan kuat.So saya plan kalau nak mengandung..saya kena bersedia fizikal dan mental.Saya kena makan obimin atau asid folix sebelum saya ngandung supaya badab saya betul2 bersedia nak menghadapi saat mengandung.

Tapi..kadang2 saya teringin jugak nak mengandung..Sebab saya tau hubby akan betul-betul jaga saya.saya sukakan baby..saya tau Najah ngan Zahin pon mesti akan suka baby.Cuma saya rasa tak bersedia lagi..Biarlah saya dah kembali ngan hubby...supaya bila saya sakit..pening..dia ada di sisi saya.Saya tak nak susahkan hati mak abah..sebab dorang tau saya memang mabuk teruk masa mengandung kat Zahin dan Najah dulu..

Korang tau...sebelum ni saya penah gugur..Tak taulah istilah gugur tu boleh guna ke tak.Saya tengah study lagi masa tu..Tahun lepas..Saya lambat datang period.Masa tu memang tertinggal makan ubat.Then bila gi kelas..saya turun darah..banyak sangat..saya ingat saya period.Rasa tak sihat..nak demam..Terus gi klinik.Bila doktor check up..terparanjat sangat..doktor tanya saya tau tak saya mengandung beberapa minggu..tapi kandungan tu gugur...sungguh saya tak tahu pun..hubby pon terkejut..tapi mungkin sebab kami tak perasan dengan kehadirannya hubby mintak saya lebih alert lepas nie dari segi disiplin makan ubat dan check kalau period tak teratur.


Mungkin sebab saya sibuk dan hubby juga sibuk..Atau mungkin kami sama-sama sedih..kami tak bincangkan pun tentang tu.Mungkin bukan rezeki kami..Tapi saya harap bila saya dah bersedia nanti..new baby yang kami tunggu dan nantikan akan memberikan sejuta kegembiraan tuk keluarga ni.Buat masa nie..biarlah saya fokus dengan keje..hubby pon sibuk kat sana..Zahin dah naik darjah satu tahun depan.Biarlah perhatian lebih kat dorang.

Apapun..congrat tuk abang ipar saya dan isteri...dengan kelahiran baby yang pertama tuk perkahwinan mereka...baby boy..tahniah ok...

Kat bawah nie saya nak share ngan korang Persediaan tu hamil bagi Ibu-ibu yang ada masalah macam saya..

PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
1.Persediaan Fizikal
Pastikan ibu sihat dan berat badan ideal.Dalam masa 3bulan atau 6bulan pastikan ibu mendapat pemeriksaan di klinik supaya bebas dari Kencing manis,darah tinggi dan penyakit2penyakit lain.Boleh juga buat pemeriksaan darah supaya bebas penyakit berkaitan.

2. Umur sesuai
Umur yang sesuai ialah umur 20 - 35 tahun.
Jika umur lebih dari 35 tahun bimbang risiko anak cacat.Ibu juga boleh terkena darah tinggi,kencing manis atau kesukaran melahirkan anak.

3.Ibu mendapat makanan yang berkhasiat.
Mengambil asid folik dapat mengrangkan risiko kecacatan pada otak dan saraf tunjang sebanyak 80%.

4.Persediaan Kewangan
Yang ni memang penting lah kan..kalau tak cukup duit macammana nak menampung kos ahli baru dari segi pampers..susu..Kos baby sitter..

Kursus Induksi Umum 2011

Just nak share ngan korang semua..Ni lah gambar masa saya kat Induksi..Saya pasti akan rindukan susasana kat sana..Kawan2 kat sana..Kak Wati..urusetia Usm yang bertungkus-lumus memastikan segalanya berjalan lancar..


Hari pertama..kami ditugaskan berkenalan dengan semua yang ada..sambil meminta dorang menandatangani di belon yang kami tiup..


Amboi...sessi Tuan Salman...aktiviti nak segarkan mata...dia pegang dahi tapi dlm masa sama dia sebut telinga..terkekek ko saya tergelak..


Nie lah keseluruhan group...saya suka dorang semua..sangat sporting...selama 10 hari terasa sepaerti keluarga baru..


Nie geng JHEAIPP..yelah..kitorang kan major kat kursus nie..hehe


Saya akan rindukan semua kenangan di sini...USM 2011...akan ku kenang korang semua yang best...

Blog blog...

Dari minggu lepas saya duk godek (bahasa utara kot) blog nie..Cam ade tak kena jer..tapi saya tak reti nak repair..rasa macam nak juling mata asyik duk kelebek blog nie...hujan makin lebat..tapi saya cam tak ngantuk jer..kalau tidu mesti best kan...selimut..bantal pelik..cam dah panggil je nih...

Eh..haah la...camna lak post saya ni renggang2...jarang2 nih..alahai..camna nak buat nie..??


Anak-Anak

Tetiba jer hujan turun...lebat sangat..baru saya perasan,saya sibuk tagging buku Perintah Am..sebab nak exam JPA selasa dan rabu nie..Tengok belakang..Ya Allah..anak2 saya dah tidur rupanya..sungguh saya tak perasan..Hujan makin lebat..saya tinggalkan buku tu..terus buka blog...

Hari nie..saya marah betul kat Zahin...Dari pagi dia menaikkan amarah saya yang dah lama saya pendam..Saya tampar dia di tangan..saya jerkah dia sekuat hati..dia nangis dlam bilik air..saya jirus dia mandi sambil saya menangis..Saya tak tau kenapa rasa stress sehingga tahap nie..?Tapi saya bukan nak lepaskan kat anak..saya marah sebab dia makin nakal..dia tak dengar cakap..Kakak perasan saya marah sambil nangis..dia terus suruh saya kuar dari bilik air..dia terus mandikan Zahin..

Saya nangis puas2..Najah pandang dan terus pegang tangan mintak maaf..hmm...Bila dah ok sikit..saya sikatkan rambut Zahin dan pegang tempat saya tampar tadi..Rasa sedih pulak tengok dia..Tapi sungguh..bukan sengaja saya nak marah..semuanya bersebab..

Saya tak tau mana silapnya..Tapi sejak saya balik ke penang Zahin makin lasak..nakal..tapi tak lah selalu sangat dia macam tu..adakalanya dia seorang anak yang sangat baik dan mendengar kata..Mungkin saya tertekan..saya marah dia dengan rasa stress yang saya ada..

Bila tengok muka dia yang tidur tu...saya tersentuh hati..Dia pun macam terkejut sangat umie dia mengamuk tadi..kakak pun mungkin tak sangka saya boleh bertindak macam tu..Bila called hubby dan cerita apa yang berlaku tadi..hubby suh saya bertenang dan banyakkan bersabar..Dia suh saya berusaha bertukar ke S.Alam secepat mungkin supaya Zahin tak memberontak sangat..Hubby fikir nakal Zahin bersebab tapi tak tau;ah..Saya tak tau samaada saya tersilap dalam mendidik anak..
Tapi saya tau..semua orang yang mempunyai anak seusia Zahin faham dengan situasi ni..Kadang2 anak menjadi nakal..dan kadang2 menjadi anak yang patuh kan..

Saya dah belek tangan Zahin yang saya tampar tadi..tapi takde kesan pun.Tak pe lah.at least dia tahu umie marah sebab dia nakal..Hmm..mendidik anak bukannya mudah...Padahal bukan saya tak penah belajar ilmu psikologi perkembangan kanak2...Sekurangnya bila marah Zahin..Najah terus berkelakuan baik...

1 Oct 2011

Apa patut saya buat??

Hubby ngan Zahin da tidur.Penat sangat agaknya.Tinggal saya ngan Najah yang sibuk main games kat sebelah.Mak abah pun senyap je..Ntah2 da tidur jugak.

Korang..saya nak share ngan korang satu benda.Saya tak tau apa yang patut saya buat.Tapi yang pasti..saya tak boleh terima jika saya tak berusaha..Macam tu jugak kalau saya gagal jika saya dah berusaha..

Macam nie..semalam saya dapat tau kat Mahkamah di S.Alam ada kekosongan satu post yang sesuwei benar ngan skim gred saya.Tapi yang saya tau..
1)Kerajaan da bekukan semua pertukaran dan kekosongan di setiap agensi sehingga tahun 2013.
2)Selagi tak disahkan dalam jawatan,saya tak boleh mintak tukar walaupun saya kemukakan rayuan.

Saya tak taulah apa yang patut saya buat..Saya takut kedua perkara kat atas mengekang permohonan pertukaran saya.Sebab saya baru menjalani Induksi..Belum disahkan jawatan sepenuhnya.Induksi Kurus belum ambik lagi..macammana saya nak apply pertukaran.Kawan saya kata takut kalau saya tak call,bimbang kekosongan tu terisi dengan orang lain.Setahu saya juga..Selangor susah nak amik bukan anak negeri tuk berkhidmat ngan dorang.Memang saya lama kat Selangor..tapi saya bukan anak negeri..

Semalam hubby suh saya buat surat rayuan..tapi saya buntu sebab saya dah tanya SUK Penang sendiri..tapi dorang mintak saya sah dalam jawatan dulu baru mintak tukar..Macammana nie..sape yang boleh tolong saya...?Saya nak sangat bertukar balik ke S.Alam..nak bersama hubby ngan anak2 saya..nak balik ke umah saya yang 9 bulan saya tinggalkan..saya siankan hubby yang makin kurus tu..Saya siankan anak2 yang selalu rindukan abah dorang..Tapi apalah daya saya...Saya tak nak anak2 rasa abah dorang abaikan dorang..Saya tau hubby bersungguh2 meluahkan rasa rindu kat anak2..dia sunyi kat sana..di rumah kami..Makan minum tak menentu..Saya sendiri penat berulang alik saban minggu.Tapi kalau saya tak balik..saya tak sanggup biarkan dia seorang diri kat sana..

Korang..tolonglah...kalaulah korang tau apa yang patut saya buat.....

Spend time ngan family

Balik Induksi petang semalam rasa penat sesangat.Siapkan anak2 mandikan dorang..bagi makan..saya terus terlelap.Awal lagi masa tuh..lebih kurang 6.30petang.Tapi saya tak nyenyak sangat sebab budak2 ni bising.Tapi dalam kul 7.00 malam hubby tepon.Dia gitau bas dia kul 12.30 malam.Saya fikir takpe lah..baik tidor awal nanti kalau dia sampai kul 5.30 takdelah saya ngantuk nak g amik dia kat Butterworth.

Dalam kul 10.00 malam hubby tepon,dia kata dah ade kat simpang pulai..Biar betu..Rupanya dia nak suprisedkan saya..Saya tidur balik.Tup-tup kul 1.00 dia tepon gitau dah sampai.Kelam kabut saya bangun dan bersiap g amik dia.Dalam hati takut jugak nak drived malam-malam.Tapi saya beranikan diri jugak.Lebih kurang 20 minit jugakla nak ke sana.Nampak je hubby..Ya Allah..alhamdulillah..ilang sikit kerinduan di hati..Dia pun nampak macam rindu sangat..2minggu tak jumpa tau..tu belom dua bulan..

Hari nie..hubby ajak kuar tengok wayang..Ok la jugak..sebelum tu kitorang g Tesco dulu..saje cari selendang.Sebab kat Jusco tak banyak pilihan.So jalan-jalan sekejap baru kuar g Jusco.
 
Sampai Jusco hubby kata nak tengok cite Johnny English..ala pelakon dia Rowan Atkinson(betol ke ejaan nih) Ala..yang berlakon cite Mr Bean tuh..Tengok2 wayang start kul 4..kitorang g solat dulu pas tu jalan..rupanya ada Petrosains kat situ..Bestla jugak.Ada pameran tentang Dinosour..Memang happening ok...Tengok ye gambar kat bawah nih..Tapi..gambar gelap sebab memang dalam tu samar2..Ok..nak tau kat mana?Kat tingkat 1 kalau tak silap tadi..hehe sebab jalan-jalan tak perasan pulak..kat mana?di Jusco Bandar Perda(Penang) ok..


Gambat ni memang gediks sikit sebab dorang shoot free tau 5 keping gambar..then dorang hantar kat email kita..You all tau jelah..tetiba kata nak shoot 5 gambar..macam2 aksi lah yang kitorang buat tapi secara candid..Tu yang kuar gambar tak semenggah nih..


Amacam..sesapa yang ade kat penang tu..jomla..eh..pegilah sini..korang mesti enjoy punyalah..tambah2 budak kecik ok...

Dah habis tengok Dinosour..baru tengok wayang..best sangat cite tuh..enjoy la...wah promote lagi..bukan dapat apapun..hwa..